‘Tak Rimas Ke Dengan Budak-budak’ Ini Jawapan Jujur Fasha Sandha

Share

Beruntung sebenarnya mereka yang sukakan budak-budak ini. Buat diri jadi sentiasa muda pun iya. Dan pelakon Fasha Sandha pun ada sebab tersendiri kenapa dia berasa selesa, tak rimas pun bila di kelilingi ramai budak-budak.

Berkongsi pandangan di instagram miliknya, Fasha akui yang kanak-kanak lah buat hatinya jadi lebih gembira. Kerana mereka begitu jujur menghargai orang di sekeliling mereka.

Ramai Tanya, Tak Rimas Ke Dikelilingi Budak-budak

Kata Fasha,

Ramai tanya, tak rimas ke dengan kids.
Jawapannya, lagi ramai lagi I suka, sebab kids buat I happy, diaorang sangat jujur, dan pandai menghargai kita. Berbanding orang besar.”

Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi foto kenangan bersama kanak-kanak.

“Ni anak-anak buah kesayangan mami, anak BFF dan anak jiran pun. Kebetulan ada di negeri yang sama. Tak lengkap rasanya bercuti this time tanpa KR kids an elsa.

Happy New Year everyone.”

Dah dua bulan.. masyaAllah comelnya jantung hati Fasha Sandha dan Aidil.

Banyak Pahala Bila Ikhlas Santuni Kanak-kanak

Bila mana Fasha kongsikan kebahagiaannya dikelilingi kanak-kanak, ramai yang memberikan respons positif. Malah, ada peminatnya yang berpendapat Fasha serasi jika menjadi seorang guru. Tentu anak-anaknya seronok untuk menjadi anak muridnya.

Malah, ada juga yang berpandangan, banyak pahala untuk seseorang yang ikhlas menyantuni kanak-kanak.

Banyak benarnya, malah bila tak lokek dengan kanak-kanak, ada peluang untuk gembirakan hati mereka.. maka gembirakanlah. InsyaAllah, ada rezeki yang akan bertambah tuhan berikan ganjarannya nanti.

Untuk rekod, hasil perkahwinan Fasha bersama Aidil Aziz, Fasha dikurniakan bayi perempuan Aisha Amira, 4 bulan.

Sebelumnya, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun berpisah pada 2016. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata; Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 7 dan Putri Raysha Jemyma, 6 tahun.

Baik single daripada bersama orang yang salah.. padu pesan Fasha Sandha.

Sumber/Foto : Fasha Sandha

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer