Tak Ramai Isteri Bersedia Mengandung Lagi, Suami Sebelum “Lepas Dalam” Bincanglah Dulu – Dr Imelda

Share

Tak ramai isteri bersedia mengandung lagi, suami sebelum lepas dalam bincanglah dulu – Dr Imelda. Tak semua isteri rasa bahagia tatkala disahkan mengandung.

Bukan menolak takdir dan rezeki dari Allah tapi banyak yang isteri fikirkan terutama jika usia sudah meningkat.

Tidak lupa masalah ekonomi selain anak bongsu sudah besar antara faktor-faktor yang membuatkan isteri tidak bersedia hingga rasa hendak menangis saat tahu mengandung lagi.

Wahai suami, mungkin ada keadah perancang keluarga yang perlu diperlu difahami bersama agar isteri yang membawa perut selama 9 bulan tidak rasa tertekan. Ikuti fakta perkongsian dari Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Prof Dr Imelda Balchin mengenai kaedah perancang keluarga yang perlu suami fahami bersama-sama.

Tak Ramai Isteri Bersedia Mengandung Lagi

Ikuti perkongsiannya :-

Hari ini chek nak bagi pesanan kepada semua suami-suami.

Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘tarik keluar dan pancut di luar’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 500 orang isteri akan mengandung juga.

Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘kondom’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 360 orang isteri akan mengandung juga.

Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘pil perancang keluarga’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 180 orang isteri akan mengandung juga.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Mudah Bersalin Bukan Sebab Dosa Diampunkan Suami, Dr Imelda Sekolahkan Pakcik Bawang

Belajar Kaedah ‘Merancang Sendiri’, Prof Dr Imelda Terangkan Caranya

Pantang Bersalin, Ini Tip Dr Amalina “Bukan Hanya Tempoh 44 Hari, Amalkan Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat”

Dilahirkan 2 Rahim, 2 Serviks & 2 Vagina. Doktor Sahkan Susah Hamil, Wanita Kongsi Rencana Allah Lebih Istimewa

Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘suntikan depo-provera setiap 3 bulan’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 120 orang isteri akan mengandung juga.

Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘alat di dalam rahim intrauterine contraceptive device atau IUCD’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 16 orang isteri akan mengandung juga.

Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘Alat di dalam rahim berhormon atau Intrauterine system atau IUS’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 4 orang isteri akan mengandung juga.

Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘susuk implant’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 1 orang isteri saja mengandung.

Suami Sebelum “Lepas Dalam” Bincanglah Dulu

Jadi hari ini, chek nak anda semua fikirkan dan berbincang dengan isteri masing-masing, jika anda mengandung esok, adakah isteri anda akan menangis dan datang mencari saya untuk meminta menggugurkan kandungan atau adakah anda akan redha dan terima kehamilan itu?

Kemudian chek nak anda semua ambil tahu apakah kaedah merancang keluarga yang anda dan isteri sedang gunakan sekarang.

Anda juga perlu tahu, menggugurkan kandungan itu bukan kaedah merancang keluarga, tetapi membunuh anak. Jadi, jika anda rasa anda dan isteri belum bersedia untuk hamil esok, dan akan menangis-nangis mencari doktor untuk permintaan menggugurkan kandungan, chek nak nasihatkan cuba usahakan kaedah merancang keluarga yang paling berkesan hari ini.

Anda juga perlu tahu, selagi isteri anda belum menopos dan masih lagi ada haid, maka masih boleh mengandung, walaupun usia sudah mencecah 40-an. Umur 44 tahun tu, kebanyakan wanita belum menopos lagi tau.

Bila tiada haid selama 12 bulan untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, baru boleh kata dah menopos dan boleh berhenti kaedah merancang keluarga. Bila tiada haid selama 24 bulan untuk wanita dibawah umur 50 tahun, baru boleh kata dah menopos dan boleh berhenti kaedah merancang keluarga. Secara purata, usia menopos ialah 51 tahun.

Jika tak pasti dah menopos atau tidak, sila berjumpa dengan doktor, toksah tanya kat sini tau, pasai chek tak balik rumah semalam sampai pukul 3 pagi dan dapat balik rumah 5 jam saja, laa ni kena start kerja dah, chek tak boleh duduk kat dalam media sosial untuk menjawab apa-apa sebab kerja doktor yang REAL hat kerja hospital tau, bukan doktor virtual.

Merancang keluarga itu lebih baik dari menggugurkan, dari segi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan emosi isteri anda. Jangan lupa, menggugurkan kandungan itu haram kecuali jika ada masalah perubatan tetapi menggunakan kaedah menrancang keluarga itu harus.

Sila baca di link ini

https://muftiwp.gov.my/…/1847-irsyad-al-fatwa-ke-146…

Jadi chek nak anda semua pikiaq hari ni, bincang bersama isteri anda hari ni, dan jadilah suami yang penyayang.

Sekian, terimakasih

Prof Dr Imelda Balchin
Pakar Obstetrics & Gynaecology

Ingat tau, toksah tanya soalan di ruang komen, chek nak buat dua Shirodkar cerclage hari ini untuk ibu-ibu hamil yang datang menangis kat chek sebab pernah kehilangan anak sebab pernah terbersalin terlalu pramatang. Chek sebuk. Chek ada banyak kerja menyelamatkan kandungan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros