Sebelum ini tak pernah terfikir sambung belajar, lalai dan alpa dengan gaji 5 angka. Terkini isteri Fizo bergelar pensyarah. Tahniah buat Fazeera.
Untuk pengetahuan Fizo, 38, dan Fazeera diijabkabulkan pada Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan, Umaira, 1.
Fizo memilliki seorang anak perempuan, Wan Maryam, 6, daripada perkahwinan pertama.
Biarpun bergelar ibu kepada tiga cahaya mata, isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dengan cemerlang.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Fazeera berkongsi keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) yang diraihnya sepanjang melanjutkan pengajian.
Fazeera sempat berkongsi kisahnya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah tidak pernah terlintas dalam fikiran. Malah dirinya berkongsi kisah kerjayanya dulu sebagai pramugari.
“Faz sambung ijazah agak lewat, pada usia 25 tahun kerana dahulu ketika 20 tahun sudah melakar kenangan di awan biru.
“Namun, Covid-19 telah melanda seluruh dunia sehingga ramai yang terkesan termasuk saya.
“Tak pernah terfikir untuk sambung belajar sebab Faz lalai dan alpa dengan gaji lima angka.
“Breakfast di London, lunch di Paris, apartment mewah disediakan oleh syarikat.
“Shopping groceries pun di Australia. Terus tak ingat nak sambung belajar, sampailah sesuatu terjadi pada Faz pada tarikh 20 Julai 2020,” luahnya.
Kongsi Fazreena Covid-19 benar-benar mengubah paradigma dan keazamannya untuk menyambung pelajaran.
“Pada tarikh keramat itu, Faz menerima surat pemberhentian kontrak kerana situasi Covid-19 yang kian mencabar. Selama enam bulan Faz terkandas di Doha tanpa keluarga tercinta disisi.
“Balik sahaja di Malaysia dua bulan kemurungan. Faz tanya pada diri “sampai bila macam ini?”
“Faz memilih untuk menyambung pelajaran secara dalam talian sambil bekerja sebagai Customer Service Representative,” tulisnya.
“Alhamdulillah pejam celik, sudah kahwin, mengandung dua kali. Dengan ‘perut besar’ itulah Faz menduduki peperiksaan exam, belajar atas talian tiga hingga empat kelas seminggu. Syukur sekarang segalanya sudah berlalu,” katanya.
Fazreena juga bersyukur segala usaha, ujian dan rintangan yang dilalui olehnya sepanjang tempoh pembelajaran itu membuahkan hasil. Malah dalam kepayahan dihadapi, dirinya sempat merangkul anugerah dekan.
Fazreena juga berkongsi kini dia sudah menjadi pensyarah dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di University College of Aviation Malaysia.
“Alhamdulillah juga sekarang Faz sudah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta. Insya-ALLAH tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat sarjana pula.
“Kalaulah Faz tahu empat tahun lepas yang semua apa yang Faz ada sekarang ni bakal terjadi, Faz akan menghadapinya dengan tenang,” sambungnya lagi.
Baca Disini : “Alhamdulillah Maryam Dah Ada Geng” Fizo Omar Kini Ayah Kepada Dua Puteri
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.