Semalam merupakan hari istimewa buat mereka yang bergelar ibu. Semalam juga kita meraikan peristiwa Nuzul Quran yang merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Di musim PKP ini ramai diantara kita mengambil kesempatan meraikan ibu, isteri secara sederhana. Perkongsian gambar-gambar menarik dan kata-kata dizahirkan oleh si ibu meluahkan perasaan kasihnya kepada anak-anak mahupun ibu mereka.
Lain pula situasi buat selebriti Rita Rudaini dalam perkongsiannya di dalam instagramnya. Jelas ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9 dia tak pernah terfikir akan melalui kehidupan sebagai ibu dan juga bapa dalam masa yang sama.
Xpernah terpikir akan jadi momdad…dlm masa yg sama rasa bertuah di pilih menjadi momdad…ALLAH hadirkan seseorg dlm hidup kita ada sebab…dan ALLAH keluarkan dia dr hidup kita for a better person….someone special n better for me ialah Ryan n Arjuna…Mommy bangga jd momdad pd Ryan n Arjuna 😘 Hepi mom’s day to all momdad ❤️
Dalam pada masa yang sama, Rita juga berkongsi kad kreatif yang dibuat sendiri anak-anaknya tanda kasih mereka buat ibu tercinta. MW secara peribadi memuji keperibadian anak-anak Rita yang nampak matang dari usianya. Kedua-duanya saling menjaga satu sama lain, serta berbakat dalam bidang sukan, akademik dan juga boleh diharapkan menjadi imam ibu mereka ketika solat berjemaah.
Semoga Ryan dan Arjuna menjadi anak-anak soleh dan pelindung buat ibu mereka bila dewasa nanti. Perlahan-lahan ibu mereka mendidik kedua-duanya sifat bertanggungjawab, menghormati satu sama lain dan menjaga baik hubungan kekeluargaan keluarga kecil mereka.
Buat semua ibu tunggal yang menggalas tanggungjawab menguruskan anak dan keluarga sendirian, anda wanita hebat yang Allah janjikan pahala luar biasa bila di hari perhitungan kelak. Semoga tiap keringat dan air mata yang jatuh dihisab setiap satunya dan diberi sebaik-baik ganjaran buat anda semua. Selamat hari ibu buat semuanya.
SUMBER : RITA RUDAINI