Rendang memang antara menu wajib setiap kali tibanya raya. Memandangkan tahun ni beraya di rumah sendiri, kenalah buat rendang sendiri untuk dimakan dengan ketupat dan lemang nanti. Jangan risau, walaupun tak pernah masak rendang sendiri di rumah, boleh cuba buat ikut resipi mudah, ringkas dan sedap yang dikongsikan ini. Dijamin terasa keaslian Rendang Ayam warisan zaman berzaman macam mak-mak dan nenek-nenek kita buat dulu.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini sebagai rujukan;

“Saya nak kongsikan resepi Rendang Ayam mudah dan ringkas.Walaupun ringkas, memang sedap dan rasa keaslian rendang warisan zaman berzaman.Makan bersama ketupat atau lemang memang terasa nikmat kesedapan bagai meletup- letup kemeriahan di dalam mulut. Hahaha..”

Mudah. Orang yang tak pernah memasak seumur hidup pun boleh cuba buat ikut resepi ni..

Resepi Rendang Ayam

Bahan-Bahan :

1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 asam keping
1 helai daun kunyit diracik halus
3 helai daun limau purut di hiris kasar
Minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan (Dikisar) :

20 biji cili kering
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 inci lengkuas

IKLAN

Cara Membuat:

1.Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

2.Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.

3.Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.

4.Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

Gaul rata dan siap.

Baca Lagi Di Sini:
Rendang Daging Minang Resipi Ori Dari Padang, Indonesia Tak Guna Kerisik!

Rendang Telur Makan Dengan Nasi Lemak & Pulut Kuning Memang Sedap!

MW: Mudahnya je buat Rendang Ayam sendiri di rumah. Ikut bahan-bahan dan langkah yang dikongsikan ini. Mesti jadi punya untuk menu pagi raya nanti.

Sumber: Zaky Mat Ali