Tak Pernah Ke China, Wanita Kedah Ini Pula Disahkan Positif Koronavirus

Share

Ini adalah kes pertama yang membabitkan warga tempatan yang tidak pernah ke China. Wanita Kedah berusia 40 tahun ini merupakan adik kepada lelaki warga tempatan yang disahkan positif 2019-nCOV sebelum ini.

Pada 1 Februari, wanita terbabit mengalami demam dan sakit tekak. Dia mulai batuk pada 4 Februari dan mendapat rawatan di sebuah klinik swasta untuk sakitnya itu.

Wanita ini berhubungan secara langsung dengan lelaki warga tempatan terbabit yang merupakan abangnya. Ketika lelaki berkenaan pulang ke kampung halaman di Kedah untuk sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari lalu.

Bila mana abangnya dikesan positif koronavirus, pihak Pejabat Kesihatan Kuala Muda, Kedah menjejaki ahli keluarga lelaki itu. Termasuklah wanita ini dab beberapa ahli keluarga yang lain untuk mendapatkan sampel klinikal.

Baca sini : Balik Dari Negara Jiran, Lelaki Dari Selangor Ini Disahkan Positif Koronavirus

Wanita Kedah Ini Positif Koronavirus..

Hasil ujian pengesanan dan pengesahan ke atas dirinya adalah positif. Manakala 41 lagi ahli keluarga yang lain termasuk suami dan anak wanita itu disahkan negatif.

Wanita ini kemudiannya, dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan ketika ini dalam keadaan stabil.

Bagi kes kedua pula membabitkan pelancong wanita dari Wuhan, China berusia 37 tahun. Dia tiba di negara ini bersama ibu dan tiga rakannya pada 25 Januari lalu.

Mereka dilaporkan turut melawat (beberapa) tempat pelancongan di sekitar Kuala Lumpur. Dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana alami demam ringan pada 1 Februari lalu.

Demikian laporan kes dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Daripada jumlah berkenaan, menjadikan kes koronavirus ini sejumlah 14 kes.

MW : Mak ayah, teruslah berjaga-jaga dan pastikan ikut langkah-langkah pencegahan novel koronavirus sebagaimana yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baca sini : Jangan Beli FACEMASK Tak Sesuai, pakai Nak Elak Penyakit Bukan Bergaya

Sumber/Foto : Berita Harian, Harian Metro

Published by
NETTY AH HIYER