Sumber Foto: FMC & Instagram Linda EVA

Ibarat mentari muncul setelah gerimis, begitulah kisah pemilik nama Muhammad Haziq Hasbullah, 20 yang juga merupakan anak sulung kepada penyanyi Linda kumpulan EVA, Gegar Vaganza 7 (GV7) yang sangat berhasrat untuk kembali aktif setelah melalui fasa kehidupan yang kelam.

Kemalangan yang berlaku pada tahun 2019 yang hampir mengakibatkan sebelah kaki anak muda ini dipotong telah menimbulkan rasa keinsafan dalam diri. Malah Haziq juga bersyukur akan nikmat yang Allah kurniakan sebelum ini.

“Tak Pernah Henti Berdoa, Setiap Kali Lepas Solat Mohon Allah Sembuhkan Haziq” Linda Eva GV7
Terlantar di hospital selepas kejadian berlaku.

Linda EVA Mohon Keajaiban Dari Allah

“Ya memang pihak hospital minta saya sign borang kebenaran untuk potong kaki haziq, tetapi saya sempat melakukan solat hajat dan mohon keajaiban dari Allah agar ada jalan lain dan kaki anak saya tak dipotong, syukur kerana Allah bagi kekuatan pada saya setelah itu untuk menghalang dari kaki Haziq di potong,” kata Linda Eva.

Mengimbas kejadian tersebut, sepanjang tempoh itu juga Linda berkata dirinya memang melihat sendiri bagaimana Haziq melalui fasa tekanan perasaan yang mendalam mengenang nasibnya yang mungkin tidak akan berjalan lagi seperti biasa.

“Tak Pernah Henti Berdoa, Setiap Kali Lepas Solat Mohon Allah Sembuhkan Haziq” Linda Eva GV7
Linda seorang ibu yang sangat tabah.

Jangan Putus Berdoa

“Sebagai ibu saya tak sanggup tengok anak saya begitu ,air mata tak henti mengalir, dan saya tak putus berdoa setiap kali lepas solat supaya Allah sembuh kan Haziq.

“Tambahan pula dia terlalu muda. Dan saya selalu ingatkan Haziq, hanya semangat dan kekuatan dalaman beliau sendiri yang dapat bantu dia untuk sembuh, selain jangan putus berdoa,” luah Linda.

Ads

Baca Disini Juga: 

Doa Ibu Sangat Mustajab, Jadi Mak Harus Berhati-hati dan Jangan IKUT Perasaan

Patutlah Neelofa Berjaya & Rezeki Mencurah, Berkat Doa Ibunya Tak Pernah Putus!

Ads

’Doa Ibu Paling Mujarab’ Nasihat Murah Rezeki Joy Revfa, Pedas Lagi Padu!

“Saya Amat Takut Bila Kaki Nak Kena Potong” Haziq

“Tak Pernah Henti Berdoa, Setiap Kali Lepas Solat Mohon Allah Sembuhkan Haziq” Linda Eva GV7
Haziq muncul di persada seni dengan semangat baru.

Namun pada Disember 2020 membuka lembaran baru dalam hidup Haziq. Kembali menyanyi dan berada atas pentas merupakan salah satu dari doa beliau sewaktu terlantar kesedihan.

“Alhamdulillah, kerana Allah makbulkan doa saya dan mama, saya amat takut waktu itu bila dapat tahu bahawa kaki saya akan di potong, saya bersyukur kerana ada mama yang kuat dan berusaha menghalang dari kaki saya dipotong, jika tidak saya tak tahu apa nasib saya sekarang”

Ads

“Haziq Sayang Mama”

“Berkat doa Mama dan kerana dorongan dan semangat yang Mama berikan setiap hari, kini saya mampu berdiri dan berjalan. Dan saya mampu untuk meneruskan kerjaya saya sebagai anak seni. Terima masih mama. Haziq sayang Mama” ungkap Haziq.

Kini Haziq muncul dengan single solo pertama yang berjudul, Kembali Tersenyum.

“Saya amat berharap single solo saya ini dapat mengubat segala kesedihan yang saya lalui, bukan sahaja tentang kemalangan itu, tetapi juga tentang kisah insan yang saya sayang.

“Saya telah mengasari insan itu hanya kerana kecewa dengan keadaan diri saya. Moga peminat terus setia bersama saya dan menyokong lagu ini dan kerjaya saya,” kongsi Haziq.

Sumber Foto: FMC & Instagram Linda EVA

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI