Tak Perlulah Masuk Campur Dan Bezakan Anak Menantu, Jadilah Mentua Yang Waras

Share

Sekarang ini, anak sedang meningkat dewasa. Boleh bayangkan apabila anak memberitahu untuk berkahwin. Secara tak langsung, bermulalah episod untuk mak-mak bakal bergelar mentua dan mempunyai anak menantu yang boleh dikatakan kita tidak langsung mengetahui peribadinya.

Memang mentua tidak mengetahui baik buruk anak menantu, sehinggalah dia tinggal sebumbung. Barulah tahu perangai sebenar. Dapat menantu yang baik dan mampu menjaga anak pun rasa bersyukur.

Begitu juga bila kita menjadi mak mentua. Bukan senang untuk menantu memenangi hati mentua. Kalau jenis mentua yang cerewet entah macam manalah jawabnya. Ini belum lagi mentua yang masuk campur dalam hal anak menantu.

Sebenarnya dalam perkara ini, sebagai mentua tidak perlulah kita masuk campur dalam hal rumah tangga anak kita. Sama juga semasa kita awal-awal kahwin dulu. Binalah keluarga sendiri, malah bila ada menantu yang ramai tak perlulah nak membezakan antara satu sama lain.

Jadi, bila ditakdirkan suatu hari nanti kita menjadi mentua, jadilah mentua yang dihormati, disegani oleh menantu. Seperti perkongsian daripada Sayfuel Mohd ini tentang perihal bila kita mula bergelar mentua.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Mentua Kena HORMAT PILIHAN Anak, Terima Menantu Dengan Terbuka  

Tinggallah Berasingan Dengan Keluarga. Sebab Menantu Perempuan Banyak Perkara Remeh Nak Dipertikaikan

Info Lebih Menarik DI SINI

Rezeki Mentua peroleh Anak Menantu

Suatu hari nanti, ditakdirkan dan rezeki kita untuk menjadi mentua. Kena ingat dan jadikan panduan tentang ‘title’ ini ye mak-mak.

1. Kalau anak perempuan, minta ajelah menantu bagi mas kahwin semampunya. Tak payah minta hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan ringkas sekali. Kalau menantu itu anak dari keturunan kaya-kaya, tidak mengapa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah.

2. Jangan bagi mereka tinggal dalam rumah yang sama lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, minta saja mereka keluar rumah dan cari tempat lain.

3. Tak payahlah masuk campur hal mereka. Suka hati mereka nak susun perabot macam mana, nak potong sayur jenis apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang

4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.

5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup.

6. Tak payah gosip dengan anak-anak lain pasal mereka. Ingat! Anak kita pun menantu orang juga.

7. Kalau mereka bergaduh, bagitau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.

8. Kalau menantu itu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti, dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu sibuk kerja. Jangan menyesal pulak.

9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.

10. Jangan buat tak tentu dengan anak orang.

MW: Kalau dipanjangkan umur, setiap mak-mak bakal bergelar mentua. Kena ingat semua ini.

Sumber: SayfuelMohd

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora