Anak-anak adalah amanah dan suatu tanggungjawab bagi mak ayah. Perlu faham, meskipun berlaku perceraian di antara suami isteri ia lansung tidak memutuskan hubungan dengan anak. Nafkah kebajikan anak perlu diberikan, perhatian dan kasih sayang juga perlu diambil kira. Lebih-lebih lagi melibatkan masa depan dan pendidikan anak-anak.
Ramai mengetahui, meskipun telah hampir empat tahun menempuhi penceraian, personaliti media sosial Nurfarahin Romli atau lebih dikenali Farah Lee,31 tetap menjaga hubungan baik dengan bekas suami Ally Iskandar,43. Demi kebaikan anak mereka Maream Esabel,6.
Meluahkan secara umum, Farah ada berkongsi mengenai kepentingan memberikan kebajikan dan pendidikan terbaik untuk anak.
Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.
Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka.
Nak-nak ayah-ayah yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya. Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita.
Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin#ommabebel
Baca Lagi Di Sini:
Farah Lee Akui Wanita Boleh Hebat ‘Sendiri’, Berkat Air Mata Arwah Papa & Doa Mama
MW: Setuju sangat.Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Farah Lee ini.Percayalah setiap rezeki kita, adanya rezeki dan bahagian untuk anak-anak. Jangan lah terlalu berkira terutamanya apabila melibatkan masa depan dan pendidikan mereka. Menjadi tanggungjawab mak ayah untuk berusaha memberikan yang terbaik buat anak-anak.
Sumber: Farah Lee