Tangan yang memberi sedekah lebih mulia daripada tangan yang menerima. Dalam Islam, sedekah adalah pembuka pintu rezeki. Dengan bersedekah, dapat menyuburkan rezeki seseorang. Semakin pemurah, semakin mencurah-curah rezeki yang Allah turunkan kepada kita. Malah, setiap agama di dunia ini mengajak penganutnya membuat kebaikan termasuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Ada orang yang beranggapan, mereka akan bersedekah bila sudah kaya, sudah ada banyak duit. Sekarang mereka tak perlu bersedekah kerana duit mereka ‘cukup-cukup makan’ saja. Mereka tak sedar, bukan kena tunggu kaya raya baru nak bersedekah. RM1 pun lebih besar nilainya daripada RM1juta ringgit jika derma/sedekah itu lebih untuk tujuan mendapat nama dan populariti.
Terselit Kes Penipuan Dalam Sedekah
Tak dinafikan sekarang ini banyak kes penipuan yang didalangi oleh pihak tertentu sehinggakan bila nak bersedekah kita rasa was-was. Bagi saya mudah saja. Kalau hati kita sudah digerakkan untuk bersedekah, teruskan saja niat itu. Selebihnya berserah pada Allah SWT. Lainlah kalau kita terangan nampak mereka menipu kan.
Begitu juga sekiranya tengah menjamu selera, saya akan ‘kalah’ jika ada yang datang minta sedekah/derma walau pun tingkah laku mereka agak mencurigakan. Tak sampai hati pula kerana kita sedang mengadap rezeki. Jadi, saya akan sedaya upaya ikhlaskan hati untuk berkongsi sedikit rezeki dengan mereka juga.
Jangan salah faham, kalau tak mampu sedekah wang ringgit, macam-macam cara kita boleh ‘sedekah’, seperti sumbangkan tenaga. Kalau masjid/surau berhampiran kediaman kita mengadakan gotong-royong, ringankan badan untuk turut serta. Badan sihat, pahala pun dapat.
Ads
Malah cara sedekah yang lebih mudah adalah memberi salam atau menghadiahkan senyuman kepada orang lain. Mudah kan? Bahkan macam-macam lagi kita boleh bersedekah dan mendapat pahala yang berpanjangan. Kongsi ilmu dengan orang lain juga sedekah dan bayangkan jika ilmu itu dapat membantu seseorang itu merubah kehidupannya jadi lebih baik?
Tapi perlu lakukan dengan keikhlasan dan kesucian hati. Jangan ada agenda tersembunyi. Sekarang pasti kita ada macam-macam grup whatsapp yang terdiri daripada grup rakan-rakan sekolah, rakan sepejabat, persatuan penduduk dan macam-macam lagi.
Jika tahu ada rakan atau ahli yang dalam kesusahan, apa salahnya bantu dia. Tapi sila PM tepi, janganlah sengaja up di dalam grup; “bagi no akaun, please,”, “ok done bank in…”. Hai…Takkan nak tolong kawan semata-mata dengan harapan dapat pujian daripada rakan-rakan lain pula kan? Nanti pahala ke mana, dosa pula yang dapat!
Ads
Antara Kelebihan Sedekah:
1. Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT
2. Mendapat ganjaran pahala
3. Melahirkan Rasa Syukur
Ads
4. Terhindar daripada sifat kedekut
5. Sembuhkan penyakit
6. Suburkan rezeki
7. Beri ketenangan pada hati dan jiwa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap hari masak hidangan berkuah pun boleh jadi jemu. Nak juga tukar selera dengan bakar ayam atau daging. Cukup dengan lauk ini pun boleh bertambah-tambah nasinya.
Namun, nak bakar ayam atau daging bukan terus letak macam itu, mahunya nak kena pes perapan, barulah rasa lebih sedap dan beraroma.
Tak perlu pening-pening pun nak buat pes perapan untuk bakar ayam atau daging. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar ini.
Bahan yang digunakan pun cukup ringkas. Paling penting resipi rahsia ini mampu buat kita sekeluarga menjilat jari. Selamat mencuba.
RESIPI PES PERAPAN RAHSIA KOMPOM MENJILAT JARI BERGETAR TUNAS RASA
“Kali ini, Kak Za nak kongsikan tentang pes perapan untuk bakar bakar ayam dan daging.
“Ramuan rahsia ni memang simple saja tapi diakui sedap oleh ramai orang yang pernah mencubanya la. Memang makan tak tengok kiri kanan dah ni.
BAHAN BAHAN
2 inci lengkuas *
3 inci halia *
6 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah *
4 labu bawang besar *
3 batang serai *
2 cawan gula perang*
6 biji limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar serbuk rempah sup *
2 sudu besar serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
Blend bahan yang bertanda (*)
Cara Membuatnya:
1. Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
2. Bolehlah perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
3. Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Selamat mencuba.
#NOTA PERAP :
Kalau korang suka boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa saja.
Mingguan Wanita : Inilah rahsianya ye! Nanti bolehlah cuba.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ramai wanita yang memang suka kumpul dan pakai barang kemas sebagai perhiasan.Jika ada bajet lebih, beli barang kemas baru.Kalau takde bajet pakai je yang sedia ada.Namun barang kemas lama, terutama yang dipakai setiap hari akan kelihatan tak berkilat dan tak berseri.
Bila dah nampak kusam, ramai yang suka cuci di kedai untuk kembalikan serinya. Sebenarnya ada petua jimat dan cara semulajadi untuk cuci barang kemas ni agar nampak berkilat macam baru dibeli. Paling penting selamat, berkesan dan tanpa bahan kimia, dengan hanya menggunakan beberapa bungkus uncang teh.
Boleh rujuk perkongsian tip daripada Anis KakNik sebagai panduan.
“Pengumpul barangan kemas lepas ni dah tak payah susah-susah nak pergi kedai cuci. Boleh cuci sendiri saja, kos cuci pon tak perlu.Cara cuci emas selamat dan berkesan, tanpa bahan kimia”.
Bahan-Bahan Diperlukan:
2,3 uncang teh
Berus Gigi
Air Suam
Cara Membuat:
1. Rendam teh 2, 3 uncang dalam air suam.
2. Rendam barang kemas kira-kira 30 min atau lebih.
3. Gosok dengan berus gigi terpakai, berus gigi baru pun boleh.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat rujukan mak-mak yang nak cuci barang kemas. Cara semulajadi yang jimat kos, jadikan emas kembali bersih bersinar dan berkilau macam baru beli.
Sumber: Anis KakNik
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak simpan sayur agar kekal segar dan tahan lebih lama daripada biasa ada caranya yang tertentu.Cara penyimpanan sayur-sayuran yang betul, mampu membuatkan ia kekal segar, tahan lama dan tidak mudah rosak. Sekaligus menjimatkan belanja dapur dan mengelakkan pembaziran.
Jika dah cuba macam-macam cara tak berjaya, boleh cuba guna Aluminium Foil pula. Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Eyfa Emir ini.
Tips Simpan Sayur Tahan Lebih Seminggu
Saya dah cuba macam-macam cara untuk simpan sayur supaya tahan lama.
Keluarkan dari plastik la. Potong masuk dalam bekas la. Tapi kalau sayur hijau selalunya tak tahan sangat. 2-3 hari dah busuk.
So far, cara ni paling berkesan untuk saya. Cuma perlu aluminium foil dan ada juga yang letak tisu. Tapi saya tak guna tisu pun. Hehe.
1. Sayur baru beli, jangan basuh.
2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur.
3. Lipat elok-elok dan labelkan.
4. Simpan dalam peti ais bahagian bawah.
5. Bila nak guna baru basuh, lebihan simpan semula dalam tu.
Insyaallah tahan lebih seminggu dan segar. Cuba lah. Semoga bermanfaat!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat agar sayur-sayuran yang dibeli kekal segar, tahan lama dan tak mudah rosak. Sekaligus mengelakkan pembaziran dan jimat belanja dapur. Selamat Mencuba!
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...