Zaman sekarang ini, milk booster untuk banyakkan susu badan pun berlambak-lambak di kedai malah siap ada yang fungsinya boleh putihkan kulit wajah. Biasalah kaum perempuan ini jenis suka puaskan nafsu membeli macam-macam tanpa ambil tahu kesannya pada tubuh badan.
Tetapi yang jadi isunya, betul ke milk booster itu boleh banyakkan susu badan? Berbaloi ke beli? Ok untuk kesedaran bersama, jom baca kupasan daripada Dr Erna Nadia ini..
Untuk membanyakkan susu badan, tak perlu pun milk booster.
Cukuplah dengan:
1. Minum air masak banyak banyak 2. Kawal stress anda (tekanan tinggi, susu kurang) 3. Minum susu 4. Makan makanan yang boleh lebatkan susu seperti lobak putih, sawi, horlicks, kurma merah. 5. Rajin pam susu 6. Jangan beli susu formula (sebab bila ada susu formula kat rumah, kita akan fikir ouh tak apalah tak cukup susu badan, nanti boleh topup) 7. Belajar teknik yang betul untuk menyusu dan pam.
Ingat, demand and supply.
Makin kerap susu badan, makin lebatlah susu badan insha Allah.
Kalau kita malas, memang semua benda tak boleh aje.
Kata kata itu doa, kalau asyik kata tak boleh atau tak ada,memang itulah yang kita dapat.
Ads
Ada yang kata, dalam milk booster ada kurma la cokelat la yadayadayada.
Saya kata, baik makan yang natural sahaja. Kan sama jugak?
Makan yang fresh kan lebih bagus.
Kalau dah berubah bentuk tu, takkanlah tak ada bahan lain kan?
Paling senang la nak ikut logik akal adalah :
Kalau ada tarikh luput tu, ada bahan lain lah tu.
Sebab kalau makanan fresh, boleh tahan sekejap aje.
Suka sangat membazir awak ni semua ya.
Ads
Milk booster Energy booster Slimming booster Whitening booster Semua nak booster.
Mati tak nak?
Ads
Hurm. Dari bazir beratus beli pelik pelik, baik beli makanan fresh. Jimat dapat, khasiat pun dapat, sedap lagi berlipat ganda.
Pesanan kali ke sejuta, tak perlu milk booster.
Nota Kaki :
Kalau orang lain boleh, kenapa anda banyak alasan?
(Lain lah jika anda ada masalah kesihatan yang doktor sendiri kata tak boleh susu badan)
Dr. Erna Nadia
Semua orang nak yang terbaik untuk anak anak mereka dan yang terbaik adalah susu badan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu hamil stress bukan saja sebabkan dirinya alami gangguan emosi. Malah bayi dalam kandungan. Jika tak dirawat, ia beri kesan pada ibu dan emosi bayi dalam kandungan jadi negatif. Ibu yang sedang menyusu pun kalau terganggu emosi akan jejaskan perasaan bayi yang sedang disusukan. Boleh akibatkan bayinya stress sama, merasai kesedihan, emosi negatif mahupun kemurungan ibu.
Perkongsian bermanfaat daripadai Dato Dr. Suriyakhatun Osman tentang emosi ibu mengandung ini menarik sekali. Ia akan jadi pengajaran agar ibu hamil jangan stress kerana tanpa sedar, aura negatif ibu rupanya menganiaya emosi anak sepanjang kehamilannya.
Punca Ibu Hamil Stress
1. Keadaan fizikal yang kurang enak disebabkan keadaan kesihatan sebelum mengandung.
2. Perubahan hormon dan fisiologi tubuh yang menyebabkan sedikit masalah ringan.
3. Situasi kehidupan termasuk pekerjaan, keadaan rumah tangga, kewangan dan lain-lain yang mencetuskan tekanan emosi termasuk kejutan yang berlaku tiba-tiba.
4. Fenomena mengandung anak sulung: perubahan situasi hidup, peringkat menyesuaikan diri pada rumah lain, keluarga lain, ada kalanya cara masakan dan waktu makan berbeza.
Fahamkan Ini: Keadaan emosi ibu semasa mengandung inilah nanti yang akan mempengaruhi kesihatannya, fisiologi tubuh serta emosi anak dalam kandungan.
Kredit foto : hellosehat.com
Cuba Pula Fikirkan Keadaan Bayi Yang Baru Lahir
– Ada yang banyak menangis
– Cepat terperanjat
– Takut Serba Serbi
– Wajah nampak sugul
Bandingkan Pula Dengan Bayi Ini
– Yang ceria
– Suka senyum & ketawa
– Kelihatan relaks dan selesa
Ibu Menyusu Pun Tak Boleh Stress, Boleh Sebabkan Bayi Stress Sama
Jika masa mengandung ibu asyik kira duit dan takut kurang duit, kebimbangan tentang kewangan akan jejaskan emosi kandungan. “Saya pelajari perkara ini semasa belajar homeopathy dan saya seringkali merawat emosi anak melalui merawat emosi ibu.”
Bukan setakat emosi ibu masa mengandung malahan emosi ibu semasa menyusukan anak pun boleh pengaruhi anak.
Contoh Ibu Hamil Stress Dan Kesannya Pada Bayi Dalam Kandungan
Kredit foto : ummuayyash.com
1. Bila Ibu Menyusu Merajuk Dengan Suami, Bayi Sama Terkesan Dengan Emosi Ibunya
Dalam masa 10 tahun yang lepas, ada seorang ibu membawa anaknya yang baru dua bulan sebab anaknya tidak mahu susu ibunya. Saya perhatikan sendiri bayi yang tengah lapar itu menjerit menangis bila ibunya cuba menyusukannya.
Dari gaya tangisan seolah anak itu merajuk sedih. Saya bertanya pada ibu, adakah dia (ibu) sedang merajuk? Ibu menjawab. ‘Ya’, dia baru bergaduh dengan suami dan amat sedih dan marah.
Saya mengajar ibu teknik berlapang dada serta memberikan ubat homeopathy Ignatia yang memang diberikan pada orang yang kecewa dan sedih oleh perbuatan orang yang dia sayang. Anak dan ibu mendapat penawar yang sama. Depan mata saya anak itu terus sahaja mahu menyusu dan sudah tidak lagi menangis dengan tangisan sayunya .
2. Ibu Hamil Stress Ditipu Penjual Sampai Kerugian RM5000
Pada pesakit yang lain, seorang bayi berumur tiga bulan yang batuk sejak dari dalam hari (neonatal period) sudah ke hospital untuk dapatkan rawatan, Memang saya akan tanya sejarah ibu mengandung bagi setiap bayi yang saya rawat. Maka kali ini ibunya ceritakan bagaimana dia ditipu oleh seorang penjual dan kerugian RM5000 ringgit semasa mengandung 6 bulan.
Kejadian itu amat mengecewakannya. Bryonia adalah ubat untuk kecewa disebabkan perniagaan yang merugikan dan Bryonia juga amat baik untuk jenis batuk yang tidak berkahak. Maka selepas Bryonia anak yang sudah batuk sepanjang umurnya sembuh dari batuknya.
3. Anak Autistik: Ketika Hamil Ibu Ini Stress
Banyak lagi kisah stress ibu yang dialami oleh anak. Yang paling ringan anak hanya sedih dan murung tetapi ini boleh menjadi peribadi anak. Tetapi ada beberapa kes anak autistik dimana ibunya mengalami stress yang besar semasa mengandung.
4. Ibu Hamil Stress Dengan Mertua
Salah satu kes, ibunya sedang membuat tesis Phd dan kes yang yang lain, ibunya duduk rumah mertua semasa mengandung anak sulung sementara suaminya tidak ada sebab bekerja luar negara. Yang dia laporkan, mertuanya amat cerewet dan kritikal serta pandang rendah padanya.
4 Tip Rawat Emosi Ibu Hamil Stress Dengan Cara Paling Lembut
Kredit foto : dailymail.co.uk
1. Berlapang Dada
Pendek kata, ibu yang mengandung perlu faham bahawa dia perlu berlapang dada, bersikap syukur redha dan pasrah semasa mengandung.
2. Sentiasa Fikirkan Perkara Baik
Bermohonlah doa dan bermunajat, istaghfar dan selawat semasa mengandung. Bersangka baik dengan orang lain, ketepikan syak dan prasangka serta perasaan dengki, dendam dan jealous.
3. Peranan Suami, Ibu, Ayah, Mertua & Adik-beradik
Orang yang berada sekeliling orang yang mengandung pula terutama suami, ibu-ayah serta mertua dan adik beradik perlu menjaga hati orang yang mengandung, sering ingatkan dia bahawa dia sedang mengandung apabila dia beremosi negatif.
4. Majikan Bertimbangrasalah
Begitu juga majikan dan rakan sekerja pada orang mengandung perlu lebih bertimbang rasa terhadap ibu mengandung, tidak timbul istilah manja bila diberi muka. Anak yang dikandung merupakan harapan manusia generasi akan datang.
Sumber: Facebook Dr. Suriyakhatun
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kena marah atau nak marah pasangan, itu tak pelik. Malah tak logik kalau tak pernah bertikam lidah dalam rumah tangga. Biasalah, ada benda kita rasa si dia yang salah dan langsung tak boleh terima pendapatnya. Tetapi kalau betulkan, mungkin boleh jadi lawan.
Nak tak nak kita pilih untuk berdiam diri. Itulah yang aku rasa semalam. Tetiba dia buat aku marah. Yang tak best, waktu hujung-hujung aku dah nak tarik selimut. Apa lagi, aku membebel dua tiga kerat. Tup.. tup… dia balas.
“Dia yang mulakan dulu, lepas tu nak salahkan orang.”
Luah dia dengan rasa tak puas hati.
Isyh, rasa macam kena simbah minyak. Lagilah aku bising. Nampak tak perempuan ni dia jenis tak nak kalah. Dia salah atau idak, dia tetap nak menang. Situasi ni kaum suami kena faham.
“Mana ada, bila pula saya yang buat? Awak yang mulakan, ingat tak sakit ke?” Blaa.. blaa…
Ditepek lagi dan lagi.
“Dah, tak payah bising, sabar sikit.”
Tudiaa… perang dah bermula!
Kalau isteri marah tentang sesuatu, ayat suruh mereka BERTENANG tak akan membantu. Lagi buat mereka rasa tertekan dan tak nak dengar langsung apa yang anda cakap itu, ya. Dan ini adalah ayat yang paling salah!
Jadi, berhenti sebut ayat ini dan sebaiknya tak payah keluarkan ayat yang boleh buat isteri mengamuk.
Sebenarnya ada banyak sebab mengapa isteri marah – mungkin suami menyakitkan hati, rasa annoying atau sebagainya, dan period bukan sebab utama isteri marah. Tolong faham.
Kebetulan pula semalam aku tengah period. Dan cerita marah-marah habis dengan dia yang mula diamkan diri. Haaaa… agak bagus tengok dia dah mula diam dan ambil air wudhuk. Nampaknya aku boleh tidur dengan tenang walau hakikatnya aku pun salah.
Kalau ikutkan hati yang sedang marah, nak lagi aku sambung. Maklumlah syaitan tengah kipas, fuh… mujur fikirkan anak-anak pun dah tidur.
Kes ditutup! Bangun esoknya aku bercakap dengan suami seolah-olah macam tak ada apa yang berlaku. Alhamdulillah… betapa mudahnya nak bahagia suami isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang bukan mudah untuk hilangkan ketagihan merokok, meskipun pelbagai cara telah dicuba.Kesan asap rokok ini pula bukan sahaja bahayakan diri sendiri malah pada orang sekeliling, serta anak dan isteri di rumah. Namun begitu, meskipun suami atau ayah TAK MAMPU untuk berhenti merokok, sekurang-kurangnya ikut nasihat dan tips yang dikongsikan oleh Muhammad Ahmad ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
Boleh saya bagi nasihat?
“Jika Ayah tidak mampu berhenti merokok, sekurangnya jauhkan asap rokok dari anak,isteri sedang mengandung. Basuh tangan selepas merokok, tukar baju sebelum peluk cium anak(terutama bayi).
Kesan bahan kimia yang ada dalam asap rokok akan melekat pada langsir,sofa,baju, tangan, gigi(mulut) , badan dan sebagainya. Bahan kimia ini tidak akan hilang kecuali dengan membasuhnya.
*Dalam rokok mempunyi pelbagai bahan kimia termasuklah bahan kimia yang boleh menyebabkan KANSER.
*Asap Rokok boleh menyebabkan keradangan paru-paru kepada bayi dan kanak-kanak. Kesian oo bayi radang paru-paru ni.
*Mengikut kajian asap rokok juga dikaitkan anak-anak dengan hyperactive,ADHD dan kematian mengejut (SiDS)terutama terhadap bayi.
*Mengikut kajian juga asap rokok menyebabkan kanak-kanak mengidap asthma dan menghalang fungsi ubat asthsma.
Apa perlu buat?
*Dapatkan rawatan dimana-mana klinik kerajaan.
*Berhentilah merokok dengan perbanyakkan sedekah. (Duit nak beli rokok simpan dalam tabung niat untuk pergi umrah)
*Berhenti merokok ganjaran PAHALA berlipat kali ganda disisi Allah.
*Jangan hina, kecam orang merokok. Nasihat mereka dengan HIKMAH.
*Isteri tolong doakan untuk suami agar berhenti merokok.
*Tidak digalakkan TAG suami dengan ayat nasihat diruang komen. Adalah lebih baik SHARE status ini.
“Ya Allah hilangkanlah KETAGIHAN kepada semua perokok”
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...