Ada saranan agar isteri asingkan siap-siap baju suami dan anak yang nak dibasuh. Itu sebagai satu adab untuk memuliakan suami. Perlukan sampai begitu sekali, untuk seorang isteri memuliakan suaminya?
Ustaz Farid Rashidi menjelaskan banyak cara untuk isteri memuliakan suaminya. Basuh baju pun salah satunya. Cuma tak perlulah nak asingkan satu-satu kalau tiada najis pada pakaian-pakaian itu.
Hadamkan penjelasan selanjutnya ya. Moga tiada mak-ayah yang keliru lagi.
Viral pasal basuh baju suami pula. Semuanya gara-gara tulisan ringkas yang memberikan bermacam tafsiran pada nitizen.
Apapun, dalam memuliakan suami itu banyak caranya. Basuh baju pun dah dikira memuliakan suami. Bermakna tak perlu pun asingkan baju suami dan anak kecuali memang bernajis.
Walaupun sekarang ni ada mesin basuh, tapi tetaplah letih nak membasuhnya apalagi baju pula bertimbun. Mana nak jemur lagi, lepas itu lipat, ada pula yang nak kena iron. Fuhh memang penat. Moga Allah SWT berikan ganjaran pahala buat semua wanita muslim bergelar isteri.
Dalam sedar tak sedar, isteri dah pun memuliakan suami bila bantu urus rumah tangga, memasak, kemas rumah, mengandung, melahirkan, menyusu, jaga anak siang dan malam, sabar mendidik anak, melayani suami, bekerja pula tambah pendapatan dan lain-lain lagi.
Suami perlu bersyukur dan berterima kasih pada isteri. Ucapkanlah padanya dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang.
Ingat, isteri kita bukan hamba atau kuli suruhan. Isteri kalau dia dah sayangkan suami, tak perlu suruh pun dia dah buat tau. Hargailah dia sepenuh hati.
Tentang viral itu, dalam berdakwah ada seninya. Bila nak sampaikan sesuatu, kita kena duduk setaraf dengan masyarakat. Ia lebih dekat di hati. Sampaikan dengan bahasa yang baik dan jelas. Orang lain pun macam kita juga, punya hati, perasaan dan sejuta masalah dalam kehidupan. Dan kita perlu sedar, di MEDSOS ini ada bermacam ragam manusia. Bahkan berbeza pula takat kefahamannya.
Maka, sampaikanlah ilmu dengan hikmah dan baik. Moga-moga Allah SWT berikan taufik dan hidayah buat kita selalu.
آمين يارب العالمين
#UFR
Ustaz juga berkongsi penulisan di channel Telegram Nota Fiqh Wanita & Rumahtangga : https://t.me/NotaFaridRashidi
Baca sini : Anak lelaki dimanja-manja, semua kerja isteri buat, seksanya mentua begini.
*Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis, Farid Rashidi