Setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri. Bukan sahaja luaran tetapi dalaman yang boleh menjadi sebab utama suami pandang terus terpikat. Mungkin bagi orang lain, wanita itu hanya biasa sahaja tetapi di mata suami, dialah paling cantik.
Namun, adakah itu didefinisikan cantik sebelum berkahwin. Sedangkan selepas berkahwin, kecantikan itu tidak lagi wujud di mata suami. Hanya yang ada lebih kepada tanggungjawab yang dipikul dalam rumah tangga.
Tidak hairanlah, bila berkahwin, suami mula ‘mata keranjang’ dengan pandang wanita luar lebih cantik. Sedangkan dahulu, isterilah yang dipuja siang dan malam. Kenapa bila sudah berkahwin, suami mula mencari seribu alasan.
Perkongsian daripada Imam Muda Hassan patut dijadikan panduan terutamanya suami di luar sana. Jangan ingat, isteri hanya cantik sebelum dimiliki tetapi bila sudah menjadi isteri mulalah mempertikaikan kecantikan isteri.
Kalau seorang lelaki sudah mengahwini seluruh perempuan di dunia ini kecuali seorang, nescaya yang seorang itupun dia mahu juga.
Ads
Berkata seorang lelaki kepada seorang Sheikh, “aku hairan dengan isteriku”.
“Dulu sebelum kahwin, ketika aku melihat dia, pada mataku seperti Allah tidak menciptakan sesiapa pun sepertinya”.
“Ketika aku bertunang dengannya, aku dapati ramai pula sepertinya”.
“Ketika aku mengahwininya, aku dapati ramai pula lebih cantik daripadanya”.
“Selepas beberapa tahun perkahwinan kami, aku dapati… Semua perempuan lebih indah daripada isteriku”.
Maka berkata Syeikh, “inginkah kau aku khabarkan apa yang lebih dahsyat daripada itu?”
Ads
Kata lelaki itu, “ya, khabarkan!”
Maka berkata Syeikh, “kalau engkau telah berkahwin dengan seluruh wanita yang ada di alam ini… Nescaya engkau lihat anjing yang sesat di jalanan itu lebih cantik daripada setiap wanita tersebut!!”
Tundukkan Pandangan
Tersenyum lelaki itu dengan senyuman kecil lalu bertanya, “kenapa Syeikh kata begitu?”
Kata Syeikh, “kerana yang musykilah (bermasalah) itu bukan pada isterimu. Tapi pada manusia yang kalau telah diberi hati yang tamak… Dan pandangan yang liar…Dan tidak malu kepada Allah…Maka tidak ada apa lagi yang mampu memuaskan pandangan matanya kecuali tanah perkuburan…”
Sambung sheikh, “Wahai lelaki.. masalah kamu adalah engkau tidak menundukkan pandanganmu terhadap perkara yang telah Allah haramkan”.
“Adakah engkah mahu isterimu kembali kepada zaman dahulu (iaitu yang tercantik di dunia)?”
Kata lelaki itu, “ya, mahu”
Ads
Maka kata Syeikh, “Tundukkan pandanganmu…”
Penulisan ini teman petik dari penulisan dari Dato, Dr Abdul Basit ketika beliau mentadabbur Ayat 30-31 Surah An-Nur.
Perkongsiannya sangat baik dan benar. Mata lelaki seringkali ditipu daya oleh Syaitan dengan para wanita. Sudah dapat yang cantik, dilihat yang lain lebih dari yang sedia ada.
Begitu juga, Wanita yang pada mulanya dilihat tidak cantik pada pandangan matanya, namun jika setiap hari dilihatnya, lama-lama cantik juga pada akhirnya. Begitulah pandangan mata seorang lelaki.
Lihatlah di mana kecantikan pasangan kita, bukan hanya sekadar melihat pada kecantikan luaran sahaja.
Perbaiki Diri
#jiwatenang
MW: Kena ingat, isteri inilah yang menjaga segala keperluanmu dan anak-anak. hargailah pengorbanannya.
Benar, rezeki anak adalah ketentuan tuhan, namun usaha dan caranya juga perlulah betul. Setelah mendirikan rumahtangga, pasangan suami isteri lengkapkanlah diri dengan perkara asas ilmu untuk ‘bersama’. Usah malu dan bertanyalah pada doktor mahupun yang pakar dalam bidang ini jika tidak tahu.Jangan sampai jadi seperti kisah pasangan suami isteri ini.
Tanda tanya pasangan suami isteri yang sudah berusaha selama empat tahun untuk mendapatkan cahaya mata akhirnya terjawab apabila doktor menjelaskan si suami sebenarnya tersilap ‘pintu’ selama tempoh itu.
Jumpa Doktor Jalani Pemeriksaan
Pasangan suami isteri masing-masing berusia 26 tahun dan 25 tahun dari Bijie, China itu mengambil keputusan untuk bertemu dengan doktor pada awal tahun ini untuk menjalani pemeriksaan jika mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat.
Pakar Obstetrik, Dr Liu Hongmei yang menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap pasangan itu terkejut apabila si suami menjelaskan cara mereka melakukan hubungan intim.
Menurut si suami, mereka selalu mengadakan hubungan seks dan isterinya juga mengalami kesakitan yang luar biasa setiap kali mereka bersama. Namun begitu, dia sanggup menahannya dengan harapan dapat hamil.
Berdasarkan penjelasan pasangan itu, doktor pada awalnya percaya si isteri berkemungkinan mempunyai sejenis penyakit ginekologi. Namun selepas menjalani pemeriksaan, ternyata si isteri masih dara.
Doktor kemudian memeriksa dubur wanita itu dan yakin permasalahan pasangan itu terjawab di mana selama ini si suami tersilap ‘pintu’ dan lebih lebih mengejutkan kesilapan itu diulangi selama tempoh empat tahun.
“Pasangan ini sangat muda. Mereka sihat, sudah empat tahun berkahwin tetapi tidak dapat mengandung dan disebabkan itu keluarga mereka banyak memberikan tekanan,” kata doktor.
Diberikan Buku Panduan
Dr Hongmei kemudian menyerahkan buku panduan seks kepada pasangan itu sebelum membenarkan mereka pulang ke rumah.
Beberapa bulan kemudian, wanita itu dikhabarkan telah hamil. Gembira dengan perkhabaran itu, pasangan berkenaan telah menghantar 100 biji telur ayam dan seekor ayam hidup kepada doktor berkenaan yang kini telah bersara, sebagai hadiah kepada hospital tempat kerjanya dulu.
Macam-macam hal.Mungkin inilah pentingnya bagi pasangan suami isteri melengkapkan diri dengan pengetahuan ‘dalam kain’ selepas berkahwin.Walaupun dianggap kes terpencil, namun kesilapan sebegini boleh menggugat kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga.
‘Bukan semua kerja rumah, perempuan kena buat.’ Bila semua bekerjasama, semua jadi mudah. Jika semua kerja rumah isteri atau ibu yang kena buat mestilah membebankan.
Sebaiknya, bekerjasamalah dalam melakukan kerja rumah. Tidak kiralah isteri berkerja atau suri rumah sepenuh masa, bantulah mereka ringankan beban.
Bersama tinggal sebumbung, bekerjasamalah lakukan kerja rumah. Bila masing-masing lakukan kerja rumah barulah isteri atai ibu bahagia dan tak stres.
Bukan Semua Kerja Rumah
Kongsi Puan Nurlia Mohd Noor, bahagia setiap orang tak sama. Bahagia cara kita bila ketua keluarga on washing machine di ruang atas dan isteri sama- sama bantu sidai pakaian di ampaian.
Kemudian bantu masakkan nasi untuk lunch nanti. Itu pun happy sangat dah. Terima kasih suami ku!
Selepas subuh tadi Mama on washing machine bawah, kemudian anak- anak sambung pula sidai di ampaian bawah. Setel breakfast sama-sama, dorang bantu cuci pinggan mangkuk. Terima kasih si kembar!
Bahagia itu kita yang cipta. Bila orang dalam rumah bekerjasama semua benda jadi mudah.
Orang nak kata apa biarlah. Rumah kita, undang-undang kita. Zaman sekarang bukan zaman semua kerja rumah orang perempuan kena buat.
Bila Semua Bekerjasama
Sorry.. Mungkin sebab sudah terbiasa tengok rutin Mak Abah masa dulu-dulu, jadi benda sama juga kita buat. Satu perkara saya belajar bila sama- sama bantu buat kerja rumah, isteri atau ibu jadi happy dan tidak stres. Selepas Mak meninggal Abah kata,
“Seumur hidup aku kahwin dengan Mak kamu sekalipun dia tak pernah marah dan meninggikan suara dekat aku. Apatah lagi nak melawan..”
Semua Jadi Mudah
Saya percaya antara puncanya perkara sebeginilah. Perempuan ni bukan serumit yang disangka. Bila dia tak penat, tak stres, happy saja, tak ada sebab pun dia nak marah tak tentu hala.
Memuliakan suami itu betul, tapi jangan sampai menidakkan peranan dan tanggungjawab dia juga. Mengasihi dan menyayangi anak itu mesti tapi jangan sampai mereka jadi anak- anak yang tidak berdisiplin, tidak pandai berdikari dan sentiasa mengharapkan kita.
Semua orang harus sama- sama berkorban dan ambil tanggungjawab untuk mencipta bahagia dalam sebuah rumah tangga..
Kadang-kadang kita melihat orang lain cukup bahagia dengan kehidupannya. Mulalah bandingkan dengan orang lain dan timbul rasa cemburu atau iri hati. Sedangkan kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak perlulah nak membandingkan dengan orang lain.
Setiap orang ditakdirkan dengan cara hidup yang berbeza-beza dan masalah yang berlainan. Kalau semuannya sama, tiadalah hitam putih dan warna warni kehidupan. Sebab itulah, jika ada kekurangan, kita perlu bersyukur. Itulah anugerah dan rezeki yang Allah berikan.
Perkongsian daripada Intan Dzulkefli, cukup membuatkan kita rasa bersyukur dengan apa yang ada.
Tak Perlu Bersaing
Dugaan terbesar kita ini adalah susah sangat nak bersyukur.
Mungkin kita kata kita sudah bersyukur tapi hakikatnya masih belum. Jadi, macam mana nak bahagia jika tidak bersyukur kan?
Paling payah bila ada rasa nak bersaing dengan orang terdekat seperti adik beradik, kawan-kawan, jiran tetangga. Tentang material duniawi. Bab kahwin, bab tambah anak, tambah harta benda, rupa paras.
Benda-benda yang ulama’ kata tak berharga pun untuk timbangan amal, tak berharga untuk menyelamatkan kita masa dalam kubur. Tapi itulah yang nafsu kita ni kejarkan sangat kan.
Usah Pertikaikan
Nampak mereka bahagia kahwin muda, ada kereta, beli rumah, kita rasa insecure. Bersyukurlah.
Jika nampak orang buat bisnes sekejap terus kaya, kita merungut kenapa kita jual susah nak laku?
Nampak orang famous tayang itu ini kat media sosial kita pertikaikan kenapa la hidup orang lain ‘seems perfect’ je?
Bila nampak orang lain beranak tiap tahun anak semua baik je tak tantrum, kita pun cakap; “untungnya la dah la muka cantik, kaya, suami hensem, anak lawa-lawa”
Mungkin kita tak luahkan dengan kata-kata tapi hati kecil yang memberontak begitu. Oh bahaya!
Telitilah dengan penuh hikmah setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita. Berhentilah memandang orang-orang yang di ‘atas’ kita, kerana bimbang kita sibuk membanding-banding kehidupan mereka dengan kita dan hasilnya lahir prasangka yang sangat buruk kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, Allah yang Maha Penyayang.
Tahu tak kenapa kita susah nak rasa tenang dan bahagia?
Antara sebabnya, kita kurang bersyukur atas apa yang ada di sekeliling kita.
Apa yang Allah bagi kita kurang bersyukur, apa yang Allah belum bagi dan tak bagi kita persoalkan pula.
Pujuklah hati kita yang keras ini untuk selalu bersyukur selalu. Bukannya hanya kata syukur di mulut tapi di hati dan perbuatan kita juga.
Kan Allah dah janji siapa yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat? (Bacalah Surah Ibrahim, ayat 7).
Jomlah kita sama-sama selalu berdoa..
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang selalu merasa cukup dengan pemberianMu.”
Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan diberikan rasa kecukupan atas segala nikmat pemberian Tuhan. Itulah dia namanya, qanaah.
Allah… Sentap. Muhasabah diri.
MW: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Dengan bersyukur itulah membuatkan kita hidup bahagia dan tenang.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.