Tak Perlu Nak Susah-Susah,Wanita Ini Kongsi Resipi Pizza Tanpa Uli, Semudah ABC!

Share

Tak perlu nak susah-susah buat sarapan pagi ni, mak-mak boleh cuba buat resipi Pizza tanpa uli ni yang cara yang paling mudah.Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini tak lagi. Mak-mak boleh guna roti paratha je sebagai ‘base’ untuk pizza.

Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, resipi pizza paratha ni mesti anak-anak suka dan boleh buat sendiri je.

Bahan-Bahan:

Roti Paratha Segera (sejuk beku)

Sos Spagetti segera

Sosej (dihiris nipis)

Nenas (dipotong kiub)

Bawang Holland (dipotong dadu)

Keju Mozarella

Cara membuat:

1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.


2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.


3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.


4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.


5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.


6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.

Info Ektra:
Selain sosej, boleh juga gantikan dengan udang, hirisan ayam, daging dan sebagainya tetapi sebaiknya masak dulu hingga separa masak.

Guna 3 jenis topping sahaja. Ikut style dominos pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasanya.

Selamat Mencuba!

Sumber: Rafiza Idayu

Published by
Suhaidah Abd Wahab