
Isi Kandungan
ToggleTak perlu nak susah-susah buat sarapan pagi ni, mak-mak boleh cuba buat resipi Pizza tanpa uli ni yang cara yang paling mudah.Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini tak lagi. Mak-mak boleh guna roti paratha je sebagai ‘base’ untuk pizza.
Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, resipi pizza paratha ni mesti anak-anak suka dan boleh buat sendiri je.
Bahan-Bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.

Info Ektra:
Selain sosej, boleh juga gantikan dengan udang, hirisan ayam, daging dan sebagainya tetapi sebaiknya masak dulu hingga separa masak.
Guna 3 jenis topping sahaja. Ikut style dominos pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasanya.
Selamat Mencuba!
Sumber: Rafiza Idayu
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Tahun Tak Berjumpa Anak, Kerana Gelang Pink Ibu Sanggup Tahan Rindu

Isi Kandungan
ToggleIbu ini, Noraini Mat sudah dua tahun tak dapat bertemu anaknya yang belajar di luar negara. Apabila anaknya pulang ke tanah air untuk menghabiskan cuti semester, dia perlu menjalani ujian swab, kuarantin selama 14 hari di rumah (ketika itu), malah memakai gelang pink juga antara syarat wajib patuh.
Biar pun ketika ujian Covid-19, anaknya negatif, kepatuhan duduk rumah dan ikut langkah-langkah kuarantin yang betul tetap dilakukan oleh keluarga ini.
Kongsi ibu ini, “Kalau dah suruh kuarantin kat rumah tu buatlah betul-betul. Ni boleh pulak ke sana ke sini buat tak heran buleh. Ini tag tangan anak kami. Dipakai ketika tiba di KLIA.”
Negatif Covid ketika ujian swab kali pertama,
Kuarantin di rumah ikut SOP.
Makan dan minum keperluan dihantar ke bilik.
Hanya wasap @ vc sahaja dibenarkan.
Dilarang sama sekali keluar dari bilik kecuali untuk ke bilik air.
Kami tidak berkongsi bilik air.
Kami sediakan bekas pakai buang untuk makan dan minum.
Sebelum anak kami balik dari luar negara, kami sanitasikan bilik yang akan digunakan untuk kuarantin. Kereta, bagasi dan segala bagai kami sanitasikan sebelum masuk ke rumah ketika menjemput beliau pulang. Mandi dan bersihkan diri di luar rumah sebelum masuk ke bilik kuarantin.
Baca sini : 14 hari duduk dalam kuarters sekolah, tak boleh lari selagi gelang pink masih di tangan.
Hari ke-10 kuarantin, kami tetap tidak membenarkan anak kami menziarahi bapa saudaranya yang meninggal. Padahal jarak rumah kami tidaklah jauh mana. Kami rasa amat bertanggungjawab jika membenarkan anak kami ke majlis yang ramai orang.
Sehingga saat ini (ketika status dimuat naik), kami sekeluarga belum bersalaman dan sebagainya. Walaupun itu yang kami inginkan selepas hampir 2 tahun tidak berjumpa.
Alhamdulillah.. hari ini, hari ke-13. Ujian swab kali kedua di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar mengesahkan, negatif Covid-19. Tunggu hari ke-15 untuk tanggalkan tag keramat ini.
Gelang Pink, Lebih Gah Berbanding Gelang Pulut Dakap
Dan pada hari ke-15 iaitu 23 Julai lalu, gelang pink anaknya yang belajar di luar negara itu pun ditanggalkan.
Tulisnya,
“Berakhir sudah tempoh kuarantin 14 hari anak kami. Gelang merah jambu menjadi kenangan, ditanggalkan pada hari ke-15. Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua yang mendiakan kesejahteraan keluarga kami.
Gelang merah jambu yang menjadi viral seluruh alam. Lebih gah berbanding gelang pulut dakap @ roti tawar. Gelang ini bukan biasa-biasa.. terlalu istimewa kerana perlukan pengorbanan.
Pesannya lagi, “jadilah rakyat Malaysia yang patuh dan bertanggungjawab. Hargailah pengorbanan semua pihak demi kepentingan bersama.”
Baca sini : Saringan kedua, wanita gelang pink disahkan Covid-19, sedang dirawat di hospital.
Ibu ini yang juga seorang guru berasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman sebegini kerana melihat peningkatan kes positif Covid-19.

Barangkali ada yang masih tidak faham mengenai istilah kuarantin. “Kuarantin ini sepatutnya perlu dilakukan betul-betul, maknanya kena isolasi. Tak boleh ke sana sini.”
Sebab itulah bila anak lelakinya, Muhammad Muizzuddin Nizar, 23 yang menuntut di Universiti Al-Azhar pulang ke tanah air pada 8 Julai lalu, syarat kuarantin itu dibuat betul-betul.
Dua Tahun Tahan Rindu Nak Dakap Anak
Rindu nak mendakap anak itu jangan ceritalah. Tapi ibu ini sentiasa ingatkan. “Anak sudah ada dalam rumah dan depan mata. Hanya sabar sikit saja lagi. Lagipun saya terkesan dnegan pengorbanan frontliners kita yang dah bertungkus lumus banteras Covid-19 selama beberapa bulan. Kita ni pula hanya perlu duduk rumah saja.
Tak mahulah apa yang kita buat selama ini jadi sia-sia hanya dengan kesilapan yang sedikit. Jika tak patuh, bukan hanya risikokan keluarga tapi orang sekeliling. Lebih bimbang nanti viral pula andai kata kita ni menjadi penyebab.”
MW : Semoga kisah keluarga ini jadi inspirasi untuk yang lain. Ingat! Kita belum bebas lagi dari Covid-19, sentiasalah jaga jarak, pakai topeng muka bila berada di tempat yang sesak.
Sumber/Foto : Noraini Mat Noraini, Mstar Online.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ringkasan Inti Pati PENTING Belanjawan 2021 KHUSUS Buat Wanita

Isi Kandungan
TogglePengumuman bajet 2021 cukup dinantikan rakyat setiap tahun. Apatah lagi tahun ini pengagihan bajet lebih mencabar, susulan pandemik Covid-19 dan ramai rakyat yang terkesan terutamanya dari sudut ekonomi. Oleh itu, setiap sen yang diperuntukkan seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Pembentangan belanjawan negara untuk tahun 2021, diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat petang tadi bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’.
Sempena pembentangan belanjawan ini ramai pihak termasuk golongan wanita tidak terkecuali ingin mengetahui manfaat dan kepentingan yang bakal diperolehi.
Antara ringkasan inti pati PENTING belanjawan KHUSUS bagi memperkasa golongan Wanita golongan wanita seperti berikut;
1. Memperkasa Usahawan Wanita
- Sejumlah RM95 juta ringgit pembiayaan mikro kredit khas disediakan melalui TEKUN, MARA dan AgroBank.
- RM50 juta disediakan di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia YaPEIM bai menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.
- Program bimbingan terutama dalam aspek pembungkusan dan pelabelan strategi pemasaran serta bimbingan teknikal perniagaan juga akan diberikan kepada lebih 2,000 usahawan wanita melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro atau BizMe.
- Kerajaan akan menyediakan program khusus untuk kontraktor wanita Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan dalam kontrak Kerajaan.
2. Tangani Keganasan Rumah Tangga
- Kerajaan akan menyediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat dengan peruntukan RM21 juta. Pusat ini dengan kerjasama NGO akan menyediakan perlindungan sosial dan sokongan moral kepada golongan wanita terutamanya dalam mendepani masalah keganasan rumah tangga, penceraian dan penderaan.
3. Perkhidmatan Penjagaan Kanak-Kanak
- Bagi menambah baik sistem sokongan sedia ada buat petugas barisan hadapan dan golongan ibu bekerjaya, RM30 juta disediakan untuk menyediakan taska di bangunan-bangunan Kerajaan, terutamanya di hospital.
- Bagi sektor swasta, geran padanan sehinggan RM20 juta akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis.
4. Subsidi Saringan Kanser Serviks & Ujian Mamogram
- RM10 juta diperuntukkan bagi program saringan kanser serviks dn insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mndapat kanser payudara.
Di samping itu, antara inti pati lain yang menarik memberi manfaat buat individu dan isi rumah pula antaranya;
One-Off RM500 Untuk Anggota Barisan Hadapan
- Pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota-anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. KWSP
- Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan bagi ahli yang terjejas kehilangan pekerjaan. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021.
- Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 9 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bagi meningkatkan pendapatan boleh guna.
3. Penambahbaikan Bantuan Kebajikan Bulanan;
a) Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada RM250 keada RM300
b) Kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.
c) Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450
d) Kadar Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimun RM450 sekeluarga kepada RM150 seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun atau RM200 seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.
4. Bantuan Sara Hidup digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR):
Pendapatan Kurang RM2,500
- Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.
Pendapatan RM2,501- RM4,000
- Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM800 manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.
Pendapatan RM4,001- RM5,000
- Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000, kategori ini akan menerima RM500 bagiyang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan sebanyak RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih.
Individu Bujang Pendapatan Kurang RM2,500
- Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350. Had umur kelayakan individu bujang juga diturunkan kepda 21 tahun berbanding syarat sebelum ini iaitu, 40 tahun.
5. Bantuan Bayaran Bersasar
Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40. Peminjam dalam kategori ini akan diberi pilihan:
Opsyen 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
Opsyen 2: Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
6. Program eBelia Kredit RM50
Program eBelia akan mengkreditkan RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet bagi mereka yang berumur 18 hinga 20 tahun.

7. Pelepasan Cukai
Bagi menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk membiayai kos pendidikan tinggi anak-anak, pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih Skim Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.
8. Inisiatif Pengangkutan Awam
a) Inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 bagi membolehkan pengguna menikmati bas dan rel kendalian Kumpulan Prasarana dengan harga RM30 sebulan.
b) Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had dengan harga RM5 sebulan akan diperkenalkan untuk pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan OKU bermula tahun depan. Pas ini bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beafort-Tenom.
Baca Di Sini:
Segak Berbaju Melayu Bersamping, Tengku Zafrul Pecah Tradisi Bawa Beg Kelabu
MW: Atas pelbagai inisiatif yang diumumkan, semoga belanjawan 2021 ini dapat memberi manfaat buat semua golongan darisegala peringkat demi kemakmuran dan keharmonian negara.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Ditakdirkan Kakak Diambil Allah..’ Pakaikan Baju Raya Awal, Sekurangnya Ada Kenangan Bersama

Isi Kandungan
ToggleBapa ini, Rashidee Abd Rashid memilih pakaikan baju raya awal untuk anak sulungnya Raudhah yang menghidap kanser otak tahap 4.
Merakam gambar kenangan bersama-sama dua orang adik-beradiknya yang lain. Redha bapa ini dengan ujian yang menimpa anaknya, dalam masa yang sama mengumpul kekuatan berdepan ujian hebat di bulan Ramadan ini.
Pakaikan Baju Raya Awal Untuk Kakak
Hari ni kakak dipakaikan Baju Raya.
Jika ditakdirkan kakak Diambil Allah sebelum Raya sekurangnya ada gambar bersama adik-adiknya.
Mohon Doa Dari kenalan agar urusan Kakak dipermudahkan. Doakan Kami juga sebagai ibubapanya kuat dan tabah dengan dugaan yang kami harungi.
Keadaan kakak agak lemah harini.kakak hanya boleh angguk atau geleng sahaja tanpa suara.Kakak tidak boleh minum dengan sempurna seperti air tersangkut Di kerongkong.
Alhamdulillah Kami dikurniakan kejiranan yang sering membantu kami dan bersedia jika berlaku sesuatu musibah dan ujian.
“Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. [Riwayat al-Tirmizi]
Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya.”
Perkongsian gambar kenangan tiga beradik berbaju kurung hijau sedondon bapa ini mengundang sebak di hati netizen. Rata-rata mendoakan kesembuhan kesihatan Raudhah.
Baca sini : Allahyarham Hafal 30 Juzuk Al-Quran, Bersyahadah Dengan Sempurna Sebelum Dijemput Ilahi
Kakak Pernah Minta Baju Raya Warna Putih
Sebulan yang lalu Raudhah pernah meminta baju raya berwarna putih daripada ayahnya.
“Kelmarin kakak dah mula lemah untuk berjalan tetapi Masih boleh gerakkan kakinya. Tapi harini (20.03.22) kakinya langsung tak boleh digerakkan. Berat Badan pulak semakin susut, sebab dah beberapa hari kurang makan. Beratnya lebih kurang 14.8kg berumur 8 Tahun.
Doktor mengatakan “mungkin” sel kanser Dah menyerang saraf tunjang. Jika betul ianya adalah Kanser lepas ni dah tiada rawatan lagi. Doktor Akan inform setelah melihat MRI beberapa hari lagi.

Saja tanya dia haritu, kakak Raya ni nak pakai baju warna apa? Putih jawabnya. Meremang satu badan aku dengar. Warna lain taknak ke? Kataku. Putih tak cantik ke? dia membalas.. Baju sekolah pun putih, aku sambung..Kalau tak nak putih kakak nak Hitam .
Lepas tu nak mintak ke Sekolah. Terpaksa la dukung bawak pergi sekolah sebab dia masih tak dapat jalan.”
Dalam pada mengisi hari-hari bersama anak sulungnya itu, ibu bapa anak ini cuba usaha untuk menunaikan permintaan Raudhah.
Mingguan Wanita : “Kakak meminta Baju Raya Berwarna Putih” Alhamdulillah Allah tunaikan permintaan Kakak
Puteri Saya Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee disahkan Meninggal Dunia pada 1 Syawal tepat jam 12 tengahari. (2022)
Sumber/Foto : Rashidee Abd Rashid
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI