Tak Perlu Nak CANANG Bahagia Hakikatnya Setiap Hari ‘Makan Hati’, Ujian Hidup Berbeza

Share

Selalu kita dikaburi dengan kebahagiaan yang ditunjuk di media sosial. Sedangkan kita tak tahu yang setiap hari makan hati. Apa yang ditunjuk dan dicanang itu hanyalah satu lakonan semata-mata.

Namun, tidak semua yang tunjuk bahagia itu setiap hari makan hati. Mungkin ia betul-betul bahagia. Cuma bimbangnya ada pula yang dengki dan cuba nak rosakkan rumahtangga dan kebahagiaan kita.

Sebab itu, jangan terlalu ghairah nak buktikan kita bahagia, hakikatnya setiap hari makan hati. Kebahagiaan itu hanya dirasa tanpa suara.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Perempuan Jangan Terdesak Cari Pasangan, Stigma ‘Tiada Suami’, Nikmatilah Hidup, Bahagiakan Orang Tua

Tak Perlu Bandingkan Orang Lain, Seburuk-Buruk Pasangan Ada Kebaikannya, Bahagia Cara Kita

Info Menarik Lain Di SINI

Setiap Hari Makan Hati, Berlakon Bahagia

Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki. Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini.

Tak guna membandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka. Bahagia jangan tunjuk, kaya jangan tunjuk, senang jangan tunjuk. Sebab apa?.. Sebab tak semua orang suka tenguk kita bahagia.

Yang ramai suka tenguk kita jatuh, itulah manusia. Biarlah tak menunjuk, biarlah orang tak nampak kebahagian kita, yang penting kita sendiri rasa bahagia. Daripada tunjuk bahagia tapi hakikatnya hari-hari makan hati.

Orang yang bahagia tidak akan tunjuk dia bahagia. Tapi orang yang derita akan bersungguh-sungguh tunjuk yang dia sedang bahagia.

Dengan duit yang tak berapa ada, kita membeli barang yang kita tak perlu ada untuk menunjukkkan pada orang yang kita tak suka.

Auditlah diri kita!.

Bahagia Tanpa Suara

Kebahagiaan itu selalunya di rasakan tanpa suara. Jika kita terpaksa ‘menjerit’ untuk memberitahu orang lain yang kita bahagia, kita sebenarnya belum bahagia lagi.

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

Manusia ni level kebahagian tak sama. Tuhan tak bagi sama rata nikmat-nikmat hidup ni pada setiap hambaNya. Tapi tu tak bermakna Tuhan tak adil. Tuhan tu Maha Adil cuma kita manusia ni kena sedar yang adil itu adalah meletakkan sesuatu di tempatnya, bukan semua wajib dapat kesamarataan hidup.

Sewajarnya, elakkanlah bercerita atau terlalu menunjukkan kebahagiaan kita di media sosial. Ini kerana kita tidak tahu mata-mata yang melihat akan terbit perasaan iri hati dan dengki.

Kita tidak dapat menilai isi hati orang lain. Ditakuti ada anasir-anasir yang dengki akan cuba merampas kebahagiaan kita. Jangan buat orang berdosa sebab dengki melihat kebahagian kita. Kita tak perlu buktikan punyai kehidupan yang baik pada semua orang.

Mingguan Wanita : Bahagia tak bermakna nak kena tunjuk semua kat media sosial. Bahagia kita-kita sudahlah.

Sumber: Rohana Saad

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora