Selalu kita dikaburi dengan kebahagiaan yang ditunjuk di media sosial. Sedangkan kita tak tahu yang setiap hari makan hati. Apa yang ditunjuk dan dicanang itu hanyalah satu lakonan semata-mata.
Namun, tidak semua yang tunjuk bahagia itu setiap hari makan hati. Mungkin ia betul-betul bahagia. Cuma bimbangnya ada pula yang dengki dan cuba nak rosakkan rumahtangga dan kebahagiaan kita.
Sebab itu, jangan terlalu ghairah nak buktikan kita bahagia, hakikatnya setiap hari makan hati. Kebahagiaan itu hanya dirasa tanpa suara.
Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki. Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini.
Tak guna membandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka. Bahagia jangan tunjuk, kaya jangan tunjuk, senang jangan tunjuk. Sebab apa?.. Sebab tak semua orang suka tenguk kita bahagia.
Yang ramai suka tenguk kita jatuh, itulah manusia. Biarlah tak menunjuk, biarlah orang tak nampak kebahagian kita, yang penting kita sendiri rasa bahagia. Daripada tunjuk bahagia tapi hakikatnya hari-hari makan hati.
Orang yang bahagia tidak akan tunjuk dia bahagia. Tapi orang yang derita akan bersungguh-sungguh tunjuk yang dia sedang bahagia.
Dengan duit yang tak berapa ada, kita membeli barang yang kita tak perlu ada untuk menunjukkkan pada orang yang kita tak suka.
Auditlah diri kita!.
Ads
Bahagia Tanpa Suara
Kebahagiaan itu selalunya di rasakan tanpa suara. Jika kita terpaksa ‘menjerit’ untuk memberitahu orang lain yang kita bahagia, kita sebenarnya belum bahagia lagi.
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?
Manusia ni level kebahagian tak sama. Tuhan tak bagi sama rata nikmat-nikmat hidup ni pada setiap hambaNya. Tapi tu tak bermakna Tuhan tak adil. Tuhan tu Maha Adil cuma kita manusia ni kena sedar yang adil itu adalah meletakkan sesuatu di tempatnya, bukan semua wajib dapat kesamarataan hidup.
Sewajarnya, elakkanlah bercerita atau terlalu menunjukkan kebahagiaan kita di media sosial. Ini kerana kita tidak tahu mata-mata yang melihat akan terbit perasaan iri hati dan dengki.
Ads
Kita tidak dapat menilai isi hati orang lain. Ditakuti ada anasir-anasir yang dengki akan cuba merampas kebahagiaan kita. Jangan buat orang berdosa sebab dengki melihat kebahagian kita. Kita tak perlu buktikan punyai kehidupan yang baik pada semua orang.
Mingguan Wanita : Bahagia tak bermakna nak kena tunjuk semua kat media sosial. Bahagia kita-kita sudahlah.
Diam tak diam, pelakon Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah, 40 bakal menerima kehadiran cucu sulung. Anak perempuan sulungnya, Andriana Balqis yang mendirikan rumah tangga sebelum ini, akan melahirkan cahaya mata pada bulan April nanti.
Menerusi instagramnya, Enot meluahkan rasa teruja dengan kehadiran cucu sulung yang dipanggil dengan nama timangan #budakcheese.
Katanya, “Besar dah perut kakak. Lagi 2 bulan jer nak bersalin. Dua bulan jugaklah aku bakal ada cucu. Dapat cucu pun kira rezeki. Untung orang kata aku muda dah rasa ada cucu.
“Esok cucu aku 20 tahun aku baru 62 tahun. In sha Allah, semoha Allah panjangkan umur aku. Aku panggil cucu aku #budakcheese sebab hari-hari dia mengidam makan #burncheesecake. Yelah dia lahir tahun tikus lah plak, memang hantu cheeselah.”
“Alhamdulillah dia belum keluar lagi, macam-macam orang bagi kat dia. Murah rezeki.. sebab tu orang kata setia kita yang hidup, Allah dah sediakan rezeki untuk kita. Rezeki macam-macam bentuk Allah bagi. Betul tak? So, korang mane nak wat review baju baby ke barang-barang baby ke bole lah dm tokmamok. Dia ok.. hahaha gitew.”
“Apa pun memang super excited nak tunggu dia keluar. Semoga Allah permudahkan segala-galanya.. Aamin..”
Demi Cucu, Sanggup Buat Burn Cheese Cake Malam-malam
Kata Enot lagi, “terkezut cucu tokmok dalam perut ni dengar tokmok bebel-bebel satu hari. Tak apa malam karang tokmok buat #burncheesecakeenotstyle yeh untuk #budakcheese kasi upah.”
“Cepatlah keluar boleh jadi tukang dengar tokmok membebel. Tak sabar tunggu #budakcheese keluar. Tokmok bagi dia makan banyak-banyak, bagi bam-bam, gebu-gebu, shantik shantik. Kalau tak tokmok tak kisah pun gemuk ke kurus ke tapi sebab lutut ni makin berat jadi kenalah turun kan berat untuk kesihatan.
“Sebab gemuk is Always seksi for me walaupun one day akak tak bam-bam lagi but akak suka orang bam-bam sebab diaorang ni cantik-cantik dan gebus-gebus sweet. Tapi kalau korang ada problem kesihatan u have to lah turunkan sikit berat badan. Bukan untuk sapa-sapa, untuk diri kita sendiri hokey! love u all! love my #budakcheese .”
Enot yang merupakan seorang ibu tunggal juga mempunyai seorang lagi anak, Ariana Qaseh Qistina.
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sudah pun diumumkan. Tahniah pada pelajar yang cemerlang, apa yang anda usahakan hasilnya terlihat sudah.
Tentunya kejayaan itu bukan usaha sehari dua. Jika tiada kerja keras yang tak kenal putus asa, sukar untuk raih keputusan cemerlang. Apa pun setiap kejayaan itu ada jalan ceritanya sendiri.
Kisah kejayaan salah seorang daripada 12 pelajar yang mendapat 4A dalam STPM 2018 bagi seluruh negeri Perlis ini, begitu bagus untuk dikongsi. Ada tip yang boleh dihadam oleh pelajar malah mak ayah untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar kelak.
Maslissa Mansor, 20 merupakan anak bongsu dari enam beradik. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman di Beseri, Perlis ini berkongsi tip raih keputusan cemerlang 4A dalam peperiksaan STPM 2018.
5 Tip Maslissa Raih Keputusan Cemerlang STPM
1. Mendisiplinkan diri dengan tidak melambatkan solat serta rajin membaca Al-Quran setiap kali sebelum mengulangkaji pelajaran.
2. Fokus ketika belajar di dalam kelas. Dia bukan berasal dari keluarga yang senang. Jadi, tidak pernah ikut mana-mana kelas tambahan di luar sekolah. Maslissa ambil sikap seadanya dan enggan menyusahkan mak ayah yang fuma bekerja kampung dengan pendapatan tak seberapa.
3. Waktu menunggu keputusan STPM pun, Maslissa buat kerja sambilan. Itu persediaan untuknya masuk universiti. Tabungan itu dah dibuat sejak sekolah rendah lagi. Dari dulu dia dah pasang impian mahu sambung pelajaran dan ubah nasib keluarga.
4. Pengorbanan ibu ayah yang tiada penghujungnya. Ibunya, Aishah On, 63 tahun dan ayahnya, Mansor Mad Seman, 69 pernah bergolok gadai demi membeli keperluan persekolahan dan buku rujukan Maslissa. Dan itu semua bukan bebanan malah berbangga dengan pencapaian anak.
5. Kata ibunya, sejak dari darjah satu anaknya tak tinggal solat. Ibu dan ayah tekankan pendidikan cara Islam. “Dia anak yang baik, tak melawan.”
MW : Semoga impian Maslissa mahu bergelar seorang pendidik dan menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak menjadi kenyataan.
Sumber/Foto : Astro AWANI
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perkongsian menarik dari saudara Ayman Rashdan Wong ini banyak maknanya. Kesibukkan dengan urusan harian ada kalanya membuatkan kita lupa memperbaiki dan menjaga amalan kita selaku hambaNya. Lanjutan PKP ke fasa tiga sehingga 28 April ini secara tak langsung kita bakal berpuasa ketika tempoh PKP. Sedar atau tidak, ini ‘jentikan’ halus yang Allah SWT berikan untuk seluruh umatnya memperbaiki diri dan meningkatkan amal serta taqwa.
Hikmah disebalik PKP time Ramadan ialah kita akhirnya dapat menghayati erti Ramadan yang sebenar.
Tak ada fikir malam nak makan menu apa, Syawal nak pakai baju apa atau nak balik kampung siapa. Tak ada lepak malam-malam lepas moreh sampai 3 pagi bangun terlajak sahur.
Ramadan sepatutnya time untuk ‘self-reflection’, dan self-reflection adalah lebih berkesan kalau kita menyendiri (solitude).
Nabi Yunus (Jonah) bertaubat apabila terpenjara dalam perut ikan paus selama 40 hari. Rasulullah menerima wahyu ketika bertafakur bersendirian di gua Hira. Kita lebih mudah untuk sedar dosa pahala kita dan ‘reconnect’ dengan Sang Pencipta kalau kita bebas daripada gangguan luaran, termasuk orang di sekeliling kita.
Sebab itu kalau kita baca sirah Rasulullah, kisah Sahabat atau alim ulamak, mereka mengamalkan ‘uzlah’ (mengasingkan diri) apabila masuk Ramadan. Beribadah setiap masa sepanjang sebulan. Sebab fokus bulan Ramadan adalah memperbaiki jiwa, bukan melayan nafsu fizikal.
Of course kita bukan alim ulamak, kita ada budaya sendiri, ada hubungan manusia yang kena dijaga. Tapi kita dah sampai satu tahap yang sangat berlebihan (excess) sehingga menyimpang dari makna Ramadan itu sendiri.
Bazar Ramadan. Membeli melebihi keperluan satu hal, then kekadang tak tau kenapa peniaga dan pelanggan boleh bergaduh sampai terpekik-pekik. Dah lah sesak. Habis kurus pahala.
Lepas beli makanan tu duduk seisi keluarga, sahabat, taulan tunggu masuk waktu Maghrib. Berapa ramai di waktu ni sempat membaca Quran atau berzikir? Atau niat kita dah jadi tunggu nak buka bungkusan makanan semata-mata?
Buffet Ramadan. Makan tak habis satu hal, makan pula sampai perut pecah, tak sempat Isyak dan Tarawih. Kenyang punya pasal esok hari Subuh gajah.
Ramadan sepatutnya time untuk berdisiplin, kurangkan makanan fizikal dan banyakkan makanan spiritual, tapi kapitalis pemilik hotel mewah trick kita untuk jadi lebih rakus berbanding bulan-bulan biasa.
Tarawih tak ikhlas. Boleh buat di rumah, tapi nak juga pergi masjid besar sebab nak rasa “gah” bersolat di belakang imam ternama. Kalau imarahkan masjid setempat tak per lagi. Instafemes pergi tarawih sebab nak ambil peluang show off pakai telekung dan jubah mahal, sambil menunjuk-nunjuk diri beribadah.
Hari-hari terakhir Ramadan lagi lah, dah tak ada rupa Ramadan. Sibuk buat persiapan balik kampung. Shopping baju raya. Shopping kuih raya. Jalan jam sampai 3 pagi. 10 malam terakhir disia-siakan akibat benda-benda materialistik.
Jadi ambil lah peluang PKP ni untuk back to basic. Tiada masa lain yang lebih sesuai untuk amalkan cara hidup sunnah apatah lagi di bulan Ramadan: makan secara minima, solat on time, tidur awal bangun awal, keep on membaca Quran dan berzikir sampailah azan Maghrib.
Sesungguhnya COVID adalah ‘reset’ button untuk ingatkan manusia tentang kemanusiaan, dan kembalikan manusia kepada asas fitrah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.