Setengah isteri segan dan malu bila mengaku suri rumah. Kenapa perlu malu nak cakap kerja hanya suri rumah. Itulah kerja sebaik-baiknya untuk keluarga.

Namun, ada juga orang berpandangan, belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya hanya duduk di rumah, uruskan keluarga. Rugi sahaja mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi.

Jangan beranggapan kerja suri rumah ini dipandang rendah dan tidak memberi apa-apa faedah atau keuntungan kepada keluarga. Ketahuilah, kerja seorang suri rumah lebih penat berbanding isteri yang ada pekerjaan tetap.

Sekurang-kurangnya bila isteri berada di tempat kerja, dia boleh melupakan seketika kerja-kerja rumah dan ada masa untuk keluar makan bersama kawan. Sedangkan suri rumah, 100 peratus kerjanya hanya di rumah, tak ada ruang dan masa untuk berehat sebab memikirkan kerja yang banyak perlu diuruskan.

Hanya suri rumah sahaja yang memahami. Walau bagaimanapun, suri rumah sekarang semakin bijak dan mampu juga menjana pendapatan sendiri. Seperti apa yang dikongsikan oleh Sariah Suhailah ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Ingat SUAMI, Banyakkan SELAWAT. Ini Juga Cara Nak Lembutkan Hatinya

24jam/7hari Terperap Di Rumah, Sebab Itu Suri Rumah Lebih Mudah Alami Depresi!

Info Lebih Menarik DI SINI

Yakin Gelaran Suri Rumah

Kawan saya cakap, sekarang ni baru dia yakin nak cakap ‘Saya suri rumah.’ Selepas dah berniaga, dah ada duit sendiri, baru yakin nak sebut ‘suri rumah’.

IKLAN

Kenapa?

Kerana ada segelintir masyarakat kita yang pandang rendah pada suri rumah.

Baru je habis belajar, makcik bawang mula la jalankan tugas. Bila nak kerja? Nak kerja apa? Kerja kat mana?

Jadi, tanggapan kita ialah orang yang bertanya itu nak tahu kita ada duit atau tak. Kerja, ada duit. Tak kerja, tak ada duit. Walhal, ada yang hanya sekadar berbasa basi.

Yang ada duit ni, dipandang bagus. Padahal, ramai yang cukup bulan pun sesak nafas dek kerana habis membayar. Lepas la nak bayar kutu setahun buat beli pulut dakap. Huh!

IKLAN

Tapi, kita tak boleh nak tutup mulut orang. Yang boleh ialah, kita besarkan jiwa kita, ubah persepsi kita terhadap diri kita sendiri sebagai surirumah.

1. Suri Rumah Kerja Mulia
Sebaik-baik perkhidmatan ialah berkhidmat untuk keluarga kita. Yang menilai kita bukan manusia. Allah saja dengan kita.
Maka, kenapa kita rasa malu bila berkerja di rumah dengan hanya disaksikan Allah? Pasti, Allah tak pandang kosong. Dia akan pandang dengan penuh rahmat, penuh kasih sayang sebagaimana kita berkhidmat untuk suami dan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

2. Allah Nak Jaga Kita Dari Pandangan Manusia
Bila bekerja, kita terdedah kepada mata-mata orang, lelaki dan perempuan. Tak semua kita sempurna menutup aurat dan tak semua kita boleh jaga kata-kata. Malah, tak semua kita boleh jaga hati kita.

Bila kita kurang bertemu orang, maka Allah sedang menjaga kita. Menjaga aurat kita, menjaga mata, lidah, telinga kita dan paling penting menjaga hati kita.
Jadi, apa sebab kita nak malu dengan ‘title’ surirumah? Sedangkan Allah sedang melindungi kita.

3. Bagi Yang Bertanya Tentang Kerja Kita, Jawablah Dengan Penuh Kesyukuran Di Hati

IKLAN

“Alhamdulillah, saya tak kerja. Saya suri rumah. Sepenuh masa.” Jawablah dengan senyuman kesyukuran, puas atas khidmat kita untuk insan yang kita sayang.

Tinggikan kesyukuran kita, maka akan tenggelam segala resah dan prasangka. Insya Allah.

Yang berpeluang nak jana pendapatan, silakan. Malah, dialu-alukan. Saidatina Khadijah r.a. juga peniaga ulung, memberi sebanyaknya untuk Islam.

Tapi, yang tak berpeluang, usah rendah diri. Allah sedang mengangkat darjat kita dari sisi berbeza. Aamiin.
Jangan risau tak ada duit pencen, kerana Allah nak bagi pencen di akhirat.

Sariah Suhailah Chik
Saya surirumah.

#bahagiasentiasa
#fastaqimsolution

MW: Tak perlu malu pun digelar suri rumah. Baik suri rumah sepenuh masa atau yang bekerja, masing-masing ada tanggunggunjawab untuk keluarga.

Sumber: Sariah Suhailah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI