Nak buat pulut kuning ada banyak teknik dan cara memasaknya.Selalunya pulut perlu dikukus sebanyak dua kali.Pulut kuning sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari.Malah disediakan pada hari istimewa seperti majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.
Rupanya ada cara lebih ringkas untuk buat pulut kuning yang sedap, teksturnya cantik berkilat dan tak lembik.Buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi keluarga yang dikongsikan oleh Puan Masmira Idris ini.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut dan sebiji-sebijik (tak benyai atau lembik/ kembang). Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe”
Bahan-Bahan:
1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 inci Halia (kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus)
5 helai Daun Pandan
250-300 gram Santan segar dan pekat
2 cawan air panas
1.5 sudu besar gula
1.5 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1.Bilas beras pulut 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam).
2.Sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.Sejat dengan penapis.
3. Panaskan air dalam pengukus dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut dan daun pandan tadi.
4.Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5.Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam dan gula.
6.Kemudian masukkan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
7.Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.Keluarkn daun pandan.
8.Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (orang kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu..Baru lah pulut jadi lembut.. Pastikan kacau pulut sampai rata hilang ketul.
9.Kemudian, tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dalam 10-15 minit baru cedok untuk packing atau makan.
Try lah kawan-kawan insyaallah menjadi dan puas hati.
Ads
Info Ekstra!
1. Beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang sikit, elakkan yang jenis montok-montok. hehe
2. Perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
3. Cincang halia nipis-nipis dan paling halus. Orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
Ads
4. Daun pandan 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus. 2 helai koyak 3 jugak untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus.
5.Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk.
6.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut.
Ads
7.Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
8.Resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang berhasrat nak buat pulut kuning sendiri di rumah atau nak dibuat niaga.
Puding Triffle ni rupanya bukan sahaja cantik, malah sangat sedap dan senang nak buatnya. Meskipun ada 4 lapisan iaitu kek span gulung, kastard, buah-buahan dan agar-agar namun cukup mudah disediakan dan sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut. Apatah lagi dimakan sewaktu sejuk-sejuk.
Boleh cuba resipi Puding Triffle sedap yang dikongsikan oleh Puan Norrishah Durrah Shaari ini.
My adik request nak Puding Trifle ni. So, as a sister kita buatkanlah. Ada penggemar Puding Triffle ni tak? Senang jer buat dia. Ada resepi dekat setiap gambar, cara sayalah. Bagi kawan-kawan yang belum pernah buat boleh try buat.
Bahan-Bahan:
Lapisan Pertama:
Kek Span Gulung
Lapisan Kedua (Kastard):
1 tin susu cair
1 tin Air (Guna tin tadi)
3 Sudu besar tepung kastard
3 sudu gula
Lapisan Ketiga (Buah-Buahan):
Buah Segar (potong kecil)
cocktail fruit dalam tin
Lapisan Keempat (Agar-Agar):
1/4 peket agar-agar tali
2 cawan air
2 sudu gula
Cara Membuat:
1.Beli kek gulung dekat kedai dan potong-potong dia bagi sama saiz tau. Kemudian susun dalam mangkuk macam ni.
2. Kemudian kita buat layer yang kedua. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sampai pekat.Bila dah keluar macam letupan kecil, terus tutup api. Kacau sebati kemudian curahkan ke dalam bekas kek kita tadi.
3. Ratakan dengan kemas.
4.Ni buah-buahan yang saya guna plus dengan cocktail fruit tadi. Tak habiskan 1 tin tu pun sikit je ambil.
5.Kemudian kita susun, tekan sikit buah-buahan tu. Biar masuk ke dalam supaya bila kita letak agar-agar nanti tak timbul buah-buah tu.
6.Nilah ghupenya..close up.
7. Lapisan terakhir yang atas sekali kita curahkan agar-agar.Cara buat agar-agar tu terpulang pada anda. Ada yang suka guna agar-agar serbuk tapi saya guna agar-agar tali je lebih buat agar-agar hari tu. Tak perlu guna banyak, saya kerat agar-agar tali tu jadi pendek dalam 1/4 peket macam tu. Didihkan air, masukkan agar-agar tadi dan letak sikit gula dalam 2 sudu. Kacau agar-agar sampai larut, selepas itu tapis dan curahkan agar-agar tu ke atas buah-buahan tadi.
8.Biarkan sejuk sekejap dekat luar, kemudian masukkn dalam peti ais. Siap!
Ini memang rare! Jika selalu buah-buahan seperti strawberi, kiwi dan markisa di makan begitu sahaja atau dibuat jus, tapi melalui perkongsian Puan Yasmin Karim ia boleh dijadikan sambal! Memang unik dan lain daripada yang lain. Jika tak cuba tak tahu rasanya. Mak-mak boleh cedok resipi dan buat sendiri dirumah nanti.
Menurut beliau resipi sambal buah yang dibuat ini agak pedas, jadi ubahsuai ikut tahap kepedasan masing-masing. Malah jika ada yang nak share dan buat berniaga dengan resipi sambal buah ini pun dipersilakan. Alhamdulillah moga, bertambah murah rezeki kepada pemilik resipi ini.
Berikut antara resepi sambal buah yang dikongsikan;
SAMBAL STRAWBERI
Bahan-Bahan:
BAHAN A (KUKUS)
5 biji Cili Merah
5 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang merah
5 biji Cili Padi Merah
20 gram Kismis
BAHAN B
15 biji Strawberi
30 gram Gula Melaka
15 gram Belacan
1/2 sudu makan Garam
TIPS BONUS PILIH CILI
Kalau beli cili, min suka beli yang lentik-lentik dan kerinting. Jangan beli yang lurus dan berkilat macam showroom ferrari tu. Sebab pedas dia menyegat sangat sampai hilang deria rasa semua ?
Cara Membuat:
1.Strawberry potong 4 dan gaul dengan gula melaka. Biar dalam 15 minit kasi jus strawberry tu keluar.
2. Kukus semua bahan A sampai layu dan blend kasar.
3. Letak 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dah kukus dan blend tadi. Bila dah pecah minyak atau ada bunyi sizzling baru masuk strawberi, belacan, garam dan gula.
Hidang dengan peha ayam yg gebu. Min ada chicken wings je sebab peha dah kena rembat.
SAMBAL KIWI
Bahan-Bahan:
BAHAN A (KUKUS)
2 biji Tomato Hijau
5 ulas Bawang putih
5 ulas Bawang merah
15 biji Cili Padi Hijau
5 biji Cili Hijau
1 biji Bawang Holland
BAHAN B
3 biji Kiwi hijau (pilih yang keras)
40 gram Gula Melaka
1/2 sudu makan garam
Cara Membuat:
1. Potong kasar bahan A dan kukus sampai layu.
2. Blend kasar bahan A.
3. Tumis bahan A dgn 2 sudu minyak.
4. Bila bahan A dah masak masukkan kiwi, gula melaka dan garam.
Min hidang dengan tempe garing Kapten Chef dan Telur mata. Yum!
SAMBAL MARKISA
Bahan-Bahan:
5 biji Limau Kasturi
5 biji Buah Markisa
5 gram Belacan
10 biji Cili padi hijau
5 biji Bawang merah
1/4 sudu teh Garam
1 sudu besar Gula
Cara Membuat:
1. Tapis dan ambil jus buah markisa dan limau kasturi.
WAJIK Pulut Merelip Sukatan Cawan, Sedap Pekat Likat Manis Berlemak!Wajik antara makanan tradisional yang sering dibuat oleh orang dulu-dulu. Selalu dijumpai waktu jemputan kahwin dan majlis kenduri kendara. Cantik merelip dan memang sedap rasanya pekat likat dan manis berlemak.
Rupanya mudah je nak buat wajik ni. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Zailah Ismail ini sebagai panduan;
Tok laki suka sangat makan ni. Aritu pergi jemputan ada wajik ni. Amik sepotong, sedap. Nak amik lagi, segan. Arini gigih sis buat, harap-harap menjadi. Tok laki suka, kata sedap. Beranilah dia cakap tak sedap.
Resepi Wajik guna cawan
Bahan-Bahan:
4 cawan pulut
5 cawan santan..*saya guna santan kotak je. Malas ni gi kedai beli kelapa biji.
4 cawan gula merah (masak dengan 1 cawan air dan tapiskan)
1 cawan gula pasir (Ikut masing-masing yea..nak manis ke idok)
Cara Membuat:
1. Rendam pulut selama 3 hingga 4 jam. Kemudian kukus 25 hingga 30 minit dan ketepikn dulu.
2. Masak gula merah, tapiskan dan sediakan kuali besar sedikit, supaya senang nak mengacau.
3. Selepas itu, letak gula merah tadi, masukkann gula pasir, santan dan sedikit garam.Saya suka lebihkan santan sikit biar lemak-lemak sikit. Kacau sampai mendidih dan likat.
4. Kemudian masukkan pulut tadi, kacau sampai sampai pulut serata dan pekat.
Mingguan Wanita:Mudah je nak buat wajik rupanya, resipi guna sukatan cawan. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti. Puas hati makan, sedap manis berlemak.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...