Bila ingat kembali kisah lama, mesti akan timbul rasa menyesal dan berfikir kenapa kita tak buat yang terbaik pada masa itu.
Kadang-kadang dengan kisah lama inilah memberikan kita rasa serik, lebih-lebih lagi buat pasangan yang berpisah.
Dek kerana tidak mahu membayangi kisah lama, kita sanggup ketepikan kebahagian diri kita sendiri. Tak perlulah dikenangkan perkara yang sudah berlaku. Kita kena move on kerana kita layak untuk bahagia.
Nak tahu kita move on atau tidak dengan kisah lama, ikuti perkongsian daripada PUAN DIYANA TAHIR, Pakar Perhubungan & Keintiman, Ehati International Sdn Bhd tentang tanda-tanda ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Allah Merancang Masa Depan Yang Lebih Baik, Sebab Tu Perlu Move On!
Tak Perlu Meratap TAPI Terus Move On Selepas Dicurangi
Info Lebih Menarik DI SINI
NAK BAHAGIA : BERHENTI GENGGAM KESILAPAN MASA LALU
Kebahagiaan adalah satu istilah yang luas maknanya. Persepsi bahagia berbeza antara seorang individu dan orang lain. Ada yang meletakkan kebahagiaan pada kebendaaan atau spiritual dirinya. Seberapa banyak pun persepsi bahagia, ia akan berbalik kepada satu soalan, bagaimana nak menjemput bahagia di dalam diri? Soalan ini kerap ditanyakan pada diri anda. Tapi, sekiranya impikan bahagia, seharusnya melepaskan sesuatu daripada genggaman anda.
Anda mungkin tidak sedar bahawa ada sesuatu yang masih belum ‘let go’ hingga menyebabkan usaha anda mencari bahagia menjadi sia-sia. Apakah “sesuatu” itu ?
Ia adalah kesilapan anda pada masa lalu. Perkara inilah yang selalu berlegar di dalam ruang fikiran sehingga membuatkan anda takut nak keluar daripada safe space.
Perkara utama yang anda wajar lakukan untuk bina bahagia adalah untuk melepaskan segala kesilapan yang telah anda lakukan. Tapi ia tidaklah semudah yang disangka, sehingga ada juga di antara kita yang tak tahu sebenarnya anda masih belum ‘move on’ lagi, perkara inilah yang menyebabkan sukar untuk mengecapi bahagia.
Tak salah untuk kenangkan kesilapan lalu, namun jangan terlalu mengenangnya hingga memberi impak negatif pada diri sendiri. Ramai yang melontarkan kata-kata, ‘move on je lah, buat apa nak ingat balik’. Tanya pada diri sendiri , adakah kita betul-betul dah move on daripada kisah silam? Atau sebenarnya kesilapan lampau itu masih menjadi penghalang untuk anda berbahagia sekarang? Jangan terlalu terbawa-bawa dengan kesilapan lampau. Anda seharusnya take charge dalam mencari kebahagiaan di dalam diri anda.
Bagi melepaskan perkara yang lalu, anda harus kenalpasti dahulu perkara yang membuatkan anda masih mengenggam kesilapan ini.
Sekiranya teraniaya dan ditipu oleh orang yang anda percayai, kesakitan itu pasti akan ada di dalam diri kerana anda juga manusia biasa yang punya perasaan. Anda boleh merasakan kesakitan itu, tapi bukan bermakna perlu menyimpan kesakitan itu selama-lamanya. Kepercayaan yang dikhianati menyebabkan manusia sukar untuk memaafkan. Padahal kemaafan adalah intipati penting bagi anda yang inginkan kebahagiaan. Tanpanya, kepercayaan anda akan terus dibelenggu kesakitan, penyesalan dan derita.
Ketahuilah mungkin ada kesilapan yang sebenarnya berpunca daripada diri anda sendiri. Malangnya anda tiada kekuatan untuk memaafkan diri sendiri. Anda terus menerus menyalahkan diri anda hingga diri anda terbeban dengan segala perasaan negatif.
Perkara inilah yang selalu membuatkan anda susah nak move on daripada kesilapan lama. Setiap saat anda teringat tentang kesilapan yang telah anda lakukan. Setiap kali nak tidur, terbayang lah segala kesilapan lama. Lagi-lagi apabila berdepan dengan situasi yang ‘trigger’ kembali kesilapan anda. Jadi semuanya terpulang kepada anda untuk mengendalikan diri anda dan urus emosi agar dapat mengawal diri daripada terus dihantui kesilapan lalu. Rawat hati anda untuk melepaskan dan melupakan.
Semua orang akan merasai perasaan bersalah ketika menjalani kehidupan mereka. Selalunya, perasaan ini akan timbul apabila anda kesilapan itu datangnya daripada diri sendiri. Anda rasa bersalah kerana kekurangan yang ada dan itulah yang membuatkan anda tidak bahagia. Kadang-kadang, rasa terbeban pun akan menyebabkan timbulnya rasa bersalah. Bukan itu sahaja, bila anda gagal dalam sesuatu perkara juga akan menyebabkan rasa bersalah menyelubungi hati anda.
Sedar atau tidak , keyakinan diri adalah faktor yang akan mempengaruhi kehidupan sama ada anda capai bahagia atau tidak. Perkara utama yang lazimnya mempengaruhi keyakinan diri anda adalah circle yang anda sekarang. Sekiranya social circle anda merupakan circle yang positif, secara tak langsung keyakinan diri anda juga akan bertambah. Lagi-lagi bila anda berada di dalam circle yang sentiasa menaikkan semangat anda. Sebaiknya, hindarilah circle yang menjatuhkan anda ini kerana suasana sebegini hanya akan merugikan anda.
Ketahuilah sekiranya anda tiada kekuatan untuk memaafkan, perkara yang anda perlu ubah adalah mindset anda.
Setiap manusia ada kemurahan dan kemurnian hati untuk memaafkan. Belajarlah memaafkan diri anda sendiri terlebih dahulu. Kesilapan itulah yang akan mengajar anda untuk menjadi lebih bijak dalam mengendalikan kehidupan anda. Ingat, Allah Maha Pengampun. Allah memberi peluang kepada umatNya untuk berubah dan belajar melalui kesilapan lalu. Jadi kenapa anda sendiri yang tidak memberi peluang kepada diri anda untuk memaafkan diri anda? Renungkanlah.
Bagi yang masih buntu nak macam mana nak move on, ada cara yang mudah untuk anda lepaskan kesilapan yang membelenggu diri. Perkara yang paling mudah untuk berdamai dengan kesilapan lalu adalah dengan bertanyakan kepada diri baiknya kesilapan itu pada anda sekarang. Kesilapan ni selalunya adalah perkara yang negatif.
Gunakan rasa bersalah anda itu dengan cermat untuk baiki diri anda ataupun untuk biarkan diri anda terus down. Jika anda gunakannya untuk membuatkan diri anda berada di tampuk yang sama, anda tak akan boleh nak move on. Jika anda menggunakannya untuk baiki diri anda, percayalah, perjalanan anda untuk move on tu akan dipermudahkan.
Jangan biarkan diri anda terus terseksa kerana kesilapan lama. Ambil langkah pertama untuk keluar daripada zon anda berada sekarang.
Tapi, anda boleh mencari bantuan untuk keluar daripada kesilapan lama ini menggunakan teknik terapi hati. Ada banyak terapi hati yang boleh anda lalui. Salah satunya adalah terapi syukur. Ini adalah salah satu cara untuk hadirkan kemaafan di dalam diri. Terapi syukur akan membantu anda untuk hadirkan rasa maaf kepada diri.
Ketenangan anda melalui terapi syukur ni akan membantu anda untuk lebih memaafkan kepada orang di sekeliling anda juga. Belajar mensyukuri sekecil-kecil perkara dalam hidup anda dengan rasa kesyukuran yang tinggi dan merasai kasih sayang Allah. Hatta dengan anugerah air mata yang Allah berikan untuk kita melepaskan lelah dihati dan kembali bangkit dengan rasa penuh kesyukuran atas setiap sesutu yang Allah anugerahkan kepada kita.
Mingguan Wanita : Usah dikenang perkara yang lepas. Pandang ke depan dan teruskan kehidupan mendatang dengan penuh syukur.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita