Kadang-kadang setiap hari bekerja, bosan juga. Kesibukan bekerja kadang kala buat mak-mak ni lupa yang dia sudah lama tak bercuti bersama anak-anak. Bercuti itu buklanlah semata-mata mengejar keseronokan tetapi bercuti tu terapi tau. Sesekali apa salahnya bawak anak, isteri berjalan. Pasti istri kembang hati bila suami ajak berlibur.
Tidak perlu jauh-jauh, dekat pun jalan. Asalnya habiskan masa berjalan, makan dan berseronok. Baru-baru ini saya berkesempatan bawa anak-anak bermalam di Port Dickson di Negeri Sembilan. Sengaja saya rahsiakan daripada pengetahuan anak-anak hinggalah tiba di hari kejadian. Anak-anak cukup teruja apabila tiba di hari kejadian, umminya beritahu yang hari ni kita nak tidur hotel.
Melompat bintang anak-anak, anak kedua, Adelea, awal-awal lagi bertanya itu dan ini. “Umi nanti kat hotel kita ada kolam kan, hotel tu nanti tingi-tinggi ada lif tak, umi lepas mandi kolam kita mandi pantai kan”. paling tak tahan bila anak kedua yang baru berusia dua empat tahun ni bertanya, “Umi duit umi dah banyak yer, sebab tu kita boleh tidur hotel”. Lucunya lah anak, baru empat tahun selamba jer sound maknya. Anak wartawanlah katakan, mulut tiada insuran.
Dari awal kami dah plan untuk check in hotel lebih awal agar anak-anak dapat mandi swimming pool di sebelah petangnya sesudah check in. Teruja bukan main anak-anak ku yang empat orang tu. Kala ini terasa syahdu tiba-tiba bila anak-anak berkali cakap terima kasih umi, terima kasih daddy atas pemberian kami yang tak seberapa. Mungkin orang lain dapat ke luar negara, kita mampu luar negeri jer…luar Selangor kan,
Habiskan masa dengan anak-anak terasa begitu cepat. Tetapi paling penting semua happy. Sepanjang di Port Dickson, kami turut luangkan masa ke Muzium Tentera Darat yang telah anak-anak saya berkali-kali. Setiap kali pergi, setiap kali itu juga mereka nak naik itu dan ini. Maklumlah bapaknya askar. Jiwa askar tu membara sangat dalam jiwa memasing.
Dalam pada itu, kami anak-beranak kaki picnic ni tak ketinggalan habiskan sepanjang hari di Pantai Telok Kemang. Entah kenapa takn ramai pula orang pada hari tersebut. Hitam legam masing-masing bersidai bawak matahari bermain pasir dan mandi laut.
Bukan setakat anak-anak, umi dan daddy pun tumpang sekaki enjoy main pasir. Sebeanrnya tak susah pun nak beli jiwa anak-anak. Kalau tak mampu sekali pun, luangkan masa bersama anak-anak bawa ke taman permainan, ke taman tasik. Paling penting cari waktu yang khusus untuk beri sepenuh perhatian pada mereka. Tidak perlu berbelanja beribu, asal anak-anak happy.