Tak Perlu DEDAH AIB Pasangan, Itu Bukan Jalan Penyelesaian, Sebaliknya Selesai Dengan Baik

Share

Dalam dunia yang moden dan semuanya tertumpu pada media sosial, inilah cara setiap orang meluahkan rasa suka, gembira, sedih dan sebagainya. Tak kurang juga yang dedah aib, sama ada orang tertentu atau pun pada pasangan sendiri.

Mungkin dengan dedah aib ini boleh memberi kesedaran tanpa memikirkan ia memberi kesan yang cukup menyakitkan dan akan diingati sampai bila-bila sebagai pengajaran.

Sebenarnya dedah aib pasangan bukan salah satu cara penyelesaian yang baik. Malah, boleh memalukan bukan saja diri sendiri tapi ahli keluarga itu.

Sebab itu, ada larangan dalam memdedahkan keaiban pasangan seperti yang dikongsikan oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Curang Itu Pilihan Bukan Boleh Dibuat Main-Main, Suami Janganlah Aniaya Pasangan!

Curang Itu Pilihan, Ia Tak Berlaku Kalau Tak Melayan, Jangan Salahkan Takdir

Info Lebih Menarik DI SINI

Dedah Aib Pasangan, Jangan Sesekali

Larangan Mendedahkan Keaiban Pasangan

1. Perselisihan dalam rumah tangga pasti akan berlaku. Namun, setiap pasangan hendaklah menjaga hubungan baik sesama mereka. Rasulullah mencela pasangan yang mendedahkan keaiban pasangannya.

2. Namun, sekiranya pasangan telah melakukan kesalahan, dosa dan maksiat, maka sekiranya boleh diselesaikan dengan baik, selesaikan dengan cara yang baik. Sekiranya tidak, mahkamah adalah tempat penyelesaian terbaik. Pendedahan di media sosial bukanlah jalannya.

3. Dalam al-Quran, Allah memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka, dan memelihara dari disakiti. Firman Allah:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

“Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)

4. Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:

جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء

“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”

5. Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah:

إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)

6. Dalam sebuah insiden yang lain, seorang wanita pernah datang dan mendedahkan kepada Rasulullah bahawa dia telah berzina. Rasulullah meminta wanita tersebut pulang dan memikirkan kembali pendedahan tersebut. Ini kerana, Allah masih membuka ruang taubat untuk kembali kepadaNya.

7. Namun sekiranya kesalahan tersebut telah sabit, maka selesaikanlah dengan pihak berautoriti seperti mana yang digariskan dalam syariat Islam. Janganlah dijadikan budaya bahawa setiap kesalahan atau kesilapan suami atau isteri itu dipamerkan dalam media sosial.
Semoga Allah membimbing kita.

Mingguan Wanita : Ada pasangan niat supaya memberi kesedaran dan pengajaran tapi sebenarnya ia boleh memalukan diri kita sendiri. Selesailah cara baik-baik.

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora