Rupanya antara cara mudah untuk bersihkan kerang, hanya perlu letak serbuk kunyit dan garam. Elok kulit kerang putih bersih tak perlu ‘sental’ atau berus untuk hilangkan lumpur berkerak.
Memang ada macam-macam cara untuk hilangkan lumpur pada cengkerang kerang ni. Namun petua ni yang paling mudah.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Ain Fatin Lyana ni. Memang senang sangat!
Bahan Diperlukan:
Garam
Kunyit
Air Secukupnya
plastik
Cara Membuat:
1.Masukkan kerang dalam bekas dan masukkan air secukupnya.
2.Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit.
4. Ramas-ramaskan seketika biar semua rata.
5.Biarkan sekejap dalam 10 hingga 15 minit.
Ads
6.Buang air rendaman tadi dan bilas bersih kerang tersebut.
7. Hasilnya kerang memang elok putih bersih, tak berkerak lumpur lagi.
‘Bercinta’ betul kalau nak basuh toto. Saiznya boleh tahan besar dan dah tentu-tentu tak muat kalau basuh guna mesin basuh di rumah. Jawabnya, kena hantar dobi.
Rupanya, mak-mak tak perlu pening kepala nak hantar dobi basuh toto. Boleh saja guna mesin basuh di rumah. Tapi, jangan main masuk terus toto tu. Memang tak akan muat, ada caranya.
Bila nak basuh toto, jangan sesekali sumbat terus ke dalam mesin basuh. Memang tak akan muat dan mungkin cara pembersihannya pun tak sekata. Jadi, nak pastikan span toto tak rosak, kena pastikan gulung ikut cara yang betul.
Dulu selalu pakai Cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul, sekarang saya guna Cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
INFO
Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Basuhan ini sesuai untuk kotoran minor sahaja
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu.
Selepas itu, baru boleh masuk mesin.
Cadar patchwork juga boleh dibasuh guna kaedah yang sama.
1. Gulung comforter sebelum masuk mesin. Gulung ikut saiz mesin seperti dalam gambar. Saya guna mesin 8 kg.
2. Letak bahagian kotor di bahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif. Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak.
3. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Dah tahu caranya, tak perlulah nak hantar dobi lagi. Basuh sendiri kat rumah. Jimat duit.
Bunga Kantan antara bahan yang diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya. Jimat banyak kalau ada tanam pokok bunga kantan sendiri ni di rumah. Sebab harga sebatang bunga kantan di kedai mahupun pasar boleh tahan mahal juga harganya.
Perkongsian oleh Saqdam Zaim Arffainini yang merupakan seorang Peladang Pokok Kantan boleh dijadikan panduan bagi yang mencuba tanam pokok kantan ini di rumah.
Pokok Kantan (Torch Ginger)
Pokok kantan atau biasanya lebih dikenali bunga kantan oleh masyarakat Malaysia dan bunga kecombrang dari Indonesia, yang sering digunakan dalam masakan juadah Malaysia seperti Assam laksa, Assam pedas, Kerabu dan sebagainya.
Bunganya yang cantik berwarna kemerah jambuan ini adalah satu satunya kategori bunga yang boleh dimakan selain dari bunga kobis kerana aroma dan rasanya sangat menyelerakan dan melengkapkan lagi resepi masakan. Harganya boleh mencecah sehingga Rm3-Rm8 sekuntum pada musim perayaan, Rm1-Rm2 di waktu biasa.
Bunga kantan ini bermula dari rhizome seperti gambar di bawah yang diambil dari rumpunan pokok kantan.Cara pengambilan anak pokok ini dengan mengorek rhizome dari rumpunannya.
Rhizome ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rhizome dari pokok yang kurang matang tidak digalakan kerana tumbesaran pokok tidak memberansangkan.
Rhizome yang telah di cantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baik nya pokok ditanam berhampiran dengan tali air.
Rhizome yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru.
Selepas 2-3 minggu, rhizome akan mengeluarkan anak yang baru.
Untuk tempoh minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok.
Ibu rhizome (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak.
Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok.Kalau banyak sangat anak pokok, kena buang sikit untuk pengudaraan.
Apabila pokok sudah berusia 1 tahun. Ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar.
Dalam tempoh 2 tahun. Pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk menggalakkan pengeluaran bunganya.
Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh dicelahan batang pokok kantan.
Pucuk muda pokok kantan yang lebih tajam dan gelap.
Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok.
Apabila sudah hari ke 4-7 hari. Bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali.
Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan.
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah.
Batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong dari pangkalnya untuk menggalakan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik. Batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya. Daun daun kering boleh digunakan untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Pengiraan Hasil Pokok (Sebulan)
jumlah rumpun pokok(R) x jumlah kuntum (K) x harga semasa (RM) x jumlah tuaian sebulan (T)
contoh.
100R x 3K x 1RM x 7T = Rm2100
500R x 3k x 0.5RM x 7T = Rm5250
800R x 3k x 0.8RM x 7T = Rm13’440
Apapun, kita merancang tapi sebaik baiknya perancangan Allah Lebih baik. Untuk tempoh 4 tahun ini saya mengadaptasikan hidup ini kearah pertanian pokok kantan. Sememangnya satu tempoh yang lama untuk menunggu. Apa yang penting adalah APA YANG KITA MULAKAN. Pasti akan ada hasil untuk orang yang berusaha. Saya Saqdam Zaim Arffain. Peladang pokok kantan.
MW: Memang berbaloi tanam pokok bungan kantan ni di rumah. Selain guna untuk diri sendiri, boleh juga dijual dijadikan pendapatan sampingan. Ikut panduan yang dikongsikan ini.
Semakin bertambah usia, makin banyak pula jeragat yang muncul di muka. Kadang-kadang siapa ada ‘kawannya’ bintik hitam, putih sekali. Mulalah nampak wajah kusam dan tak berseri.
Kalau nak guna produk tertentu, takutnya tak sesuai. Rasa rugi dan tak berbaloi pula beli produk yang mahal-mahal. Jadi, nak murah dan jimat kos, mak-mak boleh saja guna dua bahan yang senang nak dapat.
Inilah antara perkongsian daripada Marina Sangat untuk hilangkan jeragat dan bintik hitam di muka dengan amalan petua dulu-dulu. Sapu saja campuran limau dan tepung gandum saja.
Sebenarnya ini petua orang dulu-dulu. Caranya pun sangat senang dan mudah sebabnya bahan yang digunakan senang nak dapat. Walau bagaimanapun, setiap petua kenalah lakuakn secara konsisten, barulah nampak hasilnya.
Bahan-bahan:
Sebiji buah limau – kasturi/purut/lemon (kalau lemon maybe kena hiris halus sebab kita perlukan jusnya sahaja)
1 sudu kecil tepung gandum /kalau tak ada tepung gandum /tepung beras boleh asalkan berasaskan tepung.
Caranya:
1. Perahkan jus limau dan campurkan ke atas tepung.
2. Gaul sebati.
3. Pastikan sebelum lumur di muka, bersihkan muka terlebih dahulu. Barulah tepek perlahan-lahan pada muka.
Info:
Amalkan 3 kali seminggu dan konsistenkan pemakaian, nanti akan nampak perubahannya, bintik putih dan jeragat pun berkurangan. Paling penting kulit pun nampak bersih dan licin.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Petua dulu-dul juga yang boleh membantu. Selamat digunakan dan bahan pun senang nak cari. Godek-godek kat dapur saja.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...