Tak Perlu Bersaing Untuk Jadi Hebat. Itulah Pengorbanan Isteri Menjadi IBU

Share

Setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masing. Ada yang hidup senang, ada yang ditakdirkan cukup-cukup makan. Malah, ada orang ditakdirkan belum bertemu jodoh dan ada pula yang mempunyai anak ramai. Inilah yang dikatakan rezeki yang tertulis. Sungguh hebat tak aturan yang Allah tetapkan.

Berbalik tentang anak. Semua isteri yang bergelar ibu, mengimpikan zuriat sebagai penyambung kasih sayang dan pewaris dalam keluarga. Rumah jadi riuh rendah dengan kehadiran anak-anak ini. Di sinilah juga bermulanya satu perubahan dalam hidup keluarga yang dulu hanya berdua dengan pasangan. Kini, makin meriah dengan suara anak-anak.

Walau bagaimanapun, tidak semua isteri mampu menjadi ibu, merasai alahan mengandung, sakit bersalin dan berjaga siang malam untuk membesarkan anak. Setiap orang diberi ujian berbeza-beza. Sebab itulah, kita tak perlu bersaing untuk jadi hebat terutamanya bila bercerita tengan anak.

Ikuti perkongsian daripada Sharla Rose dalam pengalamannya semasa mengandungkan anak kembar tiga. Memang cukup bertuah kerana dia terpilih untuk menjadi ibu kepada anak kembar yang memang diimpikan oleh setiap isteri yang bergelar ibu.

Tidak Perlu Bersaing

Ada orang kata saya untung la 3 kali bersalin dah dapat 6 orang.
Tak payah macam kita orang yang yan beranak ramai 1-1 ini.. 6 kali bersalin..

Tak ada la awak rasa bersalin banyak kali macam kita orang ni..
Hidup ini bukan satu persaingan..
Siapa anak ramai..hebat atau kuat..
Tapi hidup ini adalah pengorbanan..

Pengorbanan pada diri sendri dan pada keluarga..
Walaupun saya tak melahirkan banyak kali..
Tapi saya juga bertarung nyawa..
High risk pregnancy..

Tiap-tiap minggu temujanji jumpa pakar sampai buku pink pun lunyai..
Turun naik hospital..
Keluar masuk wad..
Alahan 4-5 bulan melepek atas katil,
Anak semua premature.
Duduk berkampung dalam wad nicu..
Kena df serentak 2 baby,3 baby bergilir-gilir sampai ke pagi..

Perbelanjaan untuk sekali 2 baby, 3 baby..
Lepas czer turun naik hospital sebab baby prem,
Admit nicu 2 bulan..
Lepas discaj triplet serentak sakit sampai masuk picu,
Anak yang lain dekat rumah tak ada orang jaga..

Bukan Mudah

Memang orang nampak saya mudah…
Melahirkan sekali 2-3 baby sekali..
Tapi orang tak nampak betapa strugglenya ssya dan suami dalam membesarkan mereka..
Orang hanya nampak yang indah depan mata..
Tapi di sebalik tabir orang tak tahu..
Tapi orang mudah kata saya ini anak ramai tapi tak merasa beranak banyak kali..untung lerrr (dengan nada sini)

Mungkin yang melahirkan banyak kali tu mudah, lepas bersalin discaj, jaga dan uruskan baby seorang saja
Lepas baby tidur, mami pun boleh tidur dan rehat..
Tapi saya kena bergilir-gilir menyusu bayi…2 orang sekali…3 oang sekali.

Mungkin yang bersalin seorang anak itu beli kelengkapan baby hanya untuk seorang sahaja tapi saya kena beli untuk dua orang, tiga orang sekali.

Mungkin yang bersalin anak seorang itu hanya beli susu pampers untuk seorang bayi saja…
Tapi saya kena beli untuk 2 bayi dan 3 bayi sekali.
Mungkin yang bersalin seorang hanya menyusukan sorang baby je..
Tapi saya kena pump susu dan bahagikan kepada 2 baby, 3 baby..

Mungkin yang bersalin seorang hanya bawa sorang baby saja pergi check up..
Tapi saya padat dengan jadual check up dengan twin dan triplet dari baby sampailah 4 tahun..

Kita Tak Sama

Kasut kita tak sama,
Roda hidup kita tak sama,
Ujian kita juga berbeza..
Jangan mudah memandang rendah pada orang lain..
Kita semua wanita Allah ciptakan rahim,
Setiap orang akan merasai mengandung, melahirkan, menyusukan, membesarkan anak-anak dalam pelbagai bentuk ujian yang mengiringi sepanjang kita hidup..
Jadi, janganlah kita meremehkan kehidupan orang lain..
Kita semua diberi pelbagai bentuk ujian..

Tiada ibu yang tak sakit dalam melahirkan permata hati yang dikandung selama 9 bulan..
Semua yang bergelar ibu akan merasai sakit sewaktu melahirkan..
Tidak kira czer ke.. normal ke..
Semua ibu sakit..
Ibu berjuang untuk melahirkan..
Semua ibu gadaikan nyawa antara hidup dan mati demi anak yang dikandung..
Malah, semua ibu mengharapkan dirinya dan baby selamat dan sempurna..

Jadi..
Tiada beza antara kita sebagai seorang IBU..

Besarnya Pengorbanan Seorang Isteri Untuk Menjadi Ibu.

MW: Setiap orang tidak sama. Masing-masing ada caranya tersendiri. Bersyukurlah dengan apa yang Dia berikan.

Sumber: Sharla Rose

Published by
Nora