Tak Perlu Berlumba Jadi MENANTU TERBAIK, Cukuplah Jaga Hubungan Dan Hormat Mentua, Ipar

Share

Dalam hidup berumahtangga, sebolehnya kita ingin menjadi menantu terbaik. Namun, seringkali kita dengar masalah yang kerap berlaku antara mentua, ipar dan menantu. Pasti ada yang tak puas hati dan kurang senang bila ada orang baru dalam keluarga.

Namun, tak semuanya begitu. Tak perlu bersangka buruk selagi kita belum kenal keluarga baru, baik menantu, mentua atau ipar sendiri. Kadang-kadang, ada masalah seperti inilah yang boleh menjadi punca penceraian, akibat campurtangan mentua dan ipar.

Begitu juga menantu, ditakdirkan mempunyai ramai ipar duai, janganlah kita nak berlumba-lumba untuk jadi yang terbaik pada mentua. Tak perlu nak ubah diri kita semata untuk menjadi menantu kesayangan dan sebagainya.

Paling penting, kita sebagai menantu kena jaga jarak dan tak perlu nak ubah persona diri semata-mata nak pikat hati mentua. Ikuti perkongsian daripada Yasmin Hanani dalam tentang perkara ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tiada Anak Bukan Tak Bahagia TAPI Diberikan Mentua Dan Keluarga Baik Pun Rezeki

Jangan Jadi Ipar Yang Berperangai ‘HODOH’ Sampai Buruk Ipar Dijaja-Jaja

Info Lebih Menarik DI SINI

Menantu Terbaik, Jaga Hubungan

Hubungan mentua dan ipar?

Baik macam mana pun mentua dan ipar kita, jaga jarak.

Jangan masuk campur bukan urusan kita.

Tolong jangan bagi tip merapu ambil hati mentua dan ipar hingga menjadikan diri kita hilang kebebasan dan hilang identiti.

Sejak dulu kita sering mendengar ungkapan seperti “mentua lalu pun tak sedar” kenapa perlu takut dengan mentua?

Sejak kecil kita dimomokkan “tak pandai masak nanti mentua tak suka”

“Tak pandai kemas nanti kakak ipar membebel”

Tak Perlu Ubah

Kita kahwin dengan suami atau kita kahwin dengan mentua dan ipar? Hinggakan seluruh hidup kita perlu diubah untuk memenuhi kehendak mentua dan ipar? Masak kena ikut cara mentua biar suami suka. Kemas kena ikut cara ipar biar suami selesa. Seriously?

Ada berapa banyak kita jumpa tip “menantu kesayangan” “cara mengambil hati mentua”. Amboi, tip ambil hati mak ayah sendiri tak ada pula nak belajar.

Dalam Islam, wanita tak perlu ubah persona dirinya semata-mata kerana sudah berkahwin. Kita juga tak perlu ubah surname kita ikut surname suami kerana itu hak individu wanita yang dijamin dalam Islam. Kahwin 8 suami berbeza pun nama kita tetaplah Markonah binti Pudin. Bukan nama jadi Mrs Suami kita.

Kita hormat mentua, hormat ipar tapi kita ada batas kehidupan dan peribadi kita. Namun bukan lah bermakna buat hal masing-masing tak ambil cara keluarga mentua, salah tu. Yang malas kurangkanlah malas bila balik rumah mentua. Tolong la apa yang patut.

Namun tak perlu beria menjadi orang lain bila berkahwin. Lagi malang berlumba nak jadi menantu terbaik, buat apa. Buat kerja macam biasa sudah lah.

Orang perempuan ini kena fikir luar dari lingkungan rumah tangga sahaja. Jangan cari cela orang sana sini, cari cerita buruk ipar, ipar tak suka masak, bawa cerita menantu makcik rumah depan malas, comot dan sebagainya.

Itulah pun drama yang asyik dihidangkan di TV saban hari, jadi menantu bukan kesayangan, drama ipar dari neraka, telenovela mertua macam hantu. Sehingga hidup kita hanya berkisar tentang ipar duai mertua.

Sampai masa kita juga akan menerima menantu, ingatlah anak dan menantu ada kehidupan sendiri, selagi kehidupan mereka dalam batasan syarak, kita jangan suka masuk campur benda yang tak perlu. Melainkan ada unsur maksiat dan penderaan baru kita berikan nasihat.

Mentua yang baik rezeki
Ipar yang baik juga rezeki

Mentua yang kurang baik, kita buat sadin saja sudahlah. Jangan pening kepala. Tak perlu banding beza mentua kita dengan mentua orang. Hari ini bandingkan mentua kita dengan mentua orang.

Esok banding menantu kita dengan menantu orang.
Lepas tu, sikit-sikit terasa hati, merajuk dengan ipar duai.
Jadi perempuan ni jangan lembik sangat.

Mingguan Wanita : Betul tu, kita jadilah diri kita sendiri. Cuma, bila berada di rumah mentua kenalah ringan tulang, tolong mana patut. Kat rumah sendiri tak apa kita nak tunggang langgang pun.

Sumber: ياسمين حناني محمد سفيان

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora