Kalau tengok orang lain, semuanya bahagia dan penuh dengan kegembiraan. Beruntungnya wanita itu. Lepas itu, mulalah bandingkan dengan diri kita dan fikir adakah kita cukup bahagia cara kita. Kadang-kadang terfikir kenapa kita tidak seperti dia.
Tak perlu mengeluh, resah mahu pun sakit hati. Sebab kita sebagai mak-mak pun mampu bahagia dengan cara kita. Mungkin, cara orang lain itu, dia jadi bahagia. Tapi, kita dengan cara kita inilah membuatkan kita rasa bahagia.
Sebenarnya, tak susah pun untuk jadi wanita terbahagia atau nak bahagia cara kita. Perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop boleh mak-mak hadam dan dapat membuatkan kita bahagia dengan cara kita. Percayalah!
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini:Isteri Yang HATINYA Pernah Hancur, Perasaannya Pada Suami Takkan Sama Lagi!
Isteri Berleter Itu Normal, Tapi Kalau Dia Diam, Lagi BAHAYA, Suami Kena Tahu
Info Lebih Menarik DI SINI
WANITA
Kalau nak bahagia…
Nescaya Allah angkat darjat kita. Kita buat untuk Allah. Tapi automatik Allah angkat kedudukan kita di mata manusia. Allah sayang. Manusia hormat. Malaikat doakan. Apa lagi yang kita mahu kalau sudah terangkatnya nilai kita di langit dan bumi.
Apa pun kita buat, anak adalah prioriti. Jika mampu buat semua tanpa tinggalkan masa dengan mereka, silakan. Golden age anak-anak gunakan sebaiknya. Selepas dah selesai tempoh itu, Insya Allah tugas-tugas kita sebagai ibu kemudiannya akan jadi mudah.
Ini kajian. Wanita dan ibu yang banyak membaca kurang marah, kurang lupa, kurang bosan, lambat menopause, cepat tangkap, cepat selesai masalah, kreatif, pandai kawal emosi, ceria, bijak dan tenang.
Tak payah sakit hati suami tak layan kat rumah sebab suka main handphone dari layan isteri. Dia taknak layan kita, kita cari hobi sendiri. Tanam pokok. Buat kek. Masak. Menjahit. Basuh bilik air. Jangan buang masa kalau orang tak nak buang masa dia pada kita.
Kalau nak tenaga kita maksimum, minda kita optimum, jauhi parasit. Parasit ni banyak jenis. Kita sendiri kena kenal pasti. Pandai-pandai limit. Yang penting jauhi pergaduhan dan perbalahan.
Orang lambat hantar makanan, tak nak kawan, kutuk belakang dan depan atau orang cari pasal. Maafkan dia. Tak apa. Tuhan kita dan Tuhan dia lihat semua.
Orang beli, kita nak. Bila orang dapat pangkat, kita mahu. Begitu juga orang jadi begitu, kita teringin. Tengok orang pergi sana sini, kita idam. Percaya satu ini. Masa kita akan sampai. Cuma belum je lagi. Buat kerja kita macam biasa.
Orang nak sangka buruk, fitnah, buat cerita, benci, buat hal tanpa sebab, takpa. Tak payah balas, serang dan tak payah jawab. Orang macam ni sakit. Hati dia ada penyakit. Kita nak sihat kan? Jangan buat apa-apa yang boleh dijangkiti sakit yang sama. Lari jauh.
Stand up for yourself. Kalau benda kecil boleh lepaskan, lepaskan. Jika benda besar kena selesaikan, siapkan. Tapi sentiasa dengan cara paling bijaksana. Sebab jika tak, yang malu tu kita semula.
Entah kejap lagi, malam karang. Supaya kita tak buat jahat pada sesiapa dan buat paling baik untuk sesiapa. Katalah kita mati hari tu, kalau orang tak menangis pun moga tidak ada sesiapa kata lega kita dah takda.
Apa pun orang buat. Tak apa. Kalau kita salah, minta maaf pada orang. Bergolek pegang kaki sambil meraung pun, tak apa. Buatlah sampai orang tu maafkan. Tapi kita punya bahagian, maafkan siap-siap. Orang pemaaf ni Allah akan besarkan hatinya dan tenangkan jiwanya.
Sentiasa ada. Sapu sini, sepah sana. Nak masak teringat baju. Bila nak rehat teringat pokok belum siram. Nak makan teringat baju belum lipat. Tak pernah siap. Larat buat. Tak larat tinggal. Lagi-lagi jangan buat sambil marah. Habis ungkit semua. Suami, anak, kucing, jiran tetangga semua tak tolong. Janganlah. Rugi.
Suami kena layan saya macam permaisuri. Suami dia bagi gelang, suami saya tak bagi apa. Anak saya dah hantar sekolah mahal, tapi kenapa tak cakap orang putih juga. Saya buat baik, orang tak balas yang sama. Jangan pernah berharap sebab hidup ni bukan begitu. Buat baik sebab kita nak jadi orang baik.
Kita semua layak jadi wanita terbahagia.
Dengan cara kita.
#kaknis
MW: Betul tu, kita bahagia dengan cara kita sendiri. Tak perlu bandingkan dengan orang lain.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita