Kalau tengok orang lain, semuanya bahagia dan penuh dengan kegembiraan. Beruntungnya wanita itu. Lepas itu, mulalah bandingkan dengan diri kita dan fikir adakah kita cukup bahagia cara kita. Kadang-kadang terfikir kenapa kita tidak seperti dia.
Tak perlu mengeluh, resah mahu pun sakit hati. Sebab kita sebagai mak-mak pun mampu bahagia dengan cara kita. Mungkin, cara orang lain itu, dia jadi bahagia. Tapi, kita dengan cara kita inilah membuatkan kita rasa bahagia.
Sebenarnya, tak susah pun untuk jadi wanita terbahagia atau nak bahagia cara kita. Perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop boleh mak-mak hadam dan dapat membuatkan kita bahagia dengan cara kita. Percayalah!
1. Buat apa Allah suruh buat. Tinggal apa Allah suruh tinggal.
Nescaya Allah angkat darjat kita. Kita buat untuk Allah. Tapi automatik Allah angkat kedudukan kita di mata manusia. Allah sayang. Manusia hormat. Malaikat doakan. Apa lagi yang kita mahu kalau sudah terangkatnya nilai kita di langit dan bumi.
Ads
2. Anak-anak adalah tugas utama.
Apa pun kita buat, anak adalah prioriti. Jika mampu buat semua tanpa tinggalkan masa dengan mereka, silakan. Golden age anak-anak gunakan sebaiknya. Selepas dah selesai tempoh itu, Insya Allah tugas-tugas kita sebagai ibu kemudiannya akan jadi mudah.
3. Baca buku.
Ini kajian. Wanita dan ibu yang banyak membaca kurang marah, kurang lupa, kurang bosan, lambat menopause, cepat tangkap, cepat selesai masalah, kreatif, pandai kawal emosi, ceria, bijak dan tenang.
4. Cari hobi.
Tak payah sakit hati suami tak layan kat rumah sebab suka main handphone dari layan isteri. Dia taknak layan kita, kita cari hobi sendiri. Tanam pokok. Buat kek. Masak. Menjahit. Basuh bilik air. Jangan buang masa kalau orang tak nak buang masa dia pada kita.
5. Jauhi kawan dan tenaga negatif.
Kalau nak tenaga kita maksimum, minda kita optimum, jauhi parasit. Parasit ni banyak jenis. Kita sendiri kena kenal pasti. Pandai-pandai limit. Yang penting jauhi pergaduhan dan perbalahan.
6. Berlebih kuranglah.
Orang lambat hantar makanan, tak nak kawan, kutuk belakang dan depan atau orang cari pasal. Maafkan dia. Tak apa. Tuhan kita dan Tuhan dia lihat semua.
Ads
7. Hidup dengan hidup kita.
Orang beli, kita nak. Bila orang dapat pangkat, kita mahu. Begitu juga orang jadi begitu, kita teringin. Tengok orang pergi sana sini, kita idam. Percaya satu ini. Masa kita akan sampai. Cuma belum je lagi. Buat kerja kita macam biasa.
8. Jangan balas perbuatan buruk orang.
Orang nak sangka buruk, fitnah, buat cerita, benci, buat hal tanpa sebab, takpa. Tak payah balas, serang dan tak payah jawab. Orang macam ni sakit. Hati dia ada penyakit. Kita nak sihat kan? Jangan buat apa-apa yang boleh dijangkiti sakit yang sama. Lari jauh.
9. Kenal pasti masalah besar dan kecil.
Stand up for yourself. Kalau benda kecil boleh lepaskan, lepaskan. Jika benda besar kena selesaikan, siapkan. Tapi sentiasa dengan cara paling bijaksana. Sebab jika tak, yang malu tu kita semula.
10. Ingat setiap hari, hari mati.
Entah kejap lagi, malam karang. Supaya kita tak buat jahat pada sesiapa dan buat paling baik untuk sesiapa. Katalah kita mati hari tu, kalau orang tak menangis pun moga tidak ada sesiapa kata lega kita dah takda.
11. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Apa pun orang buat. Tak apa. Kalau kita salah, minta maaf pada orang. Bergolek pegang kaki sambil meraung pun, tak apa. Buatlah sampai orang tu maafkan. Tapi kita punya bahagian, maafkan siap-siap. Orang pemaaf ni Allah akan besarkan hatinya dan tenangkan jiwanya.
Ads
12. Kerja rumah takkan pernah habis.
Sentiasa ada. Sapu sini, sepah sana. Nak masak teringat baju. Bila nak rehat teringat pokok belum siram. Nak makan teringat baju belum lipat. Tak pernah siap. Larat buat. Tak larat tinggal. Lagi-lagi jangan buat sambil marah. Habis ungkit semua. Suami, anak, kucing, jiran tetangga semua tak tolong. Janganlah. Rugi.
13. Rendahkan ekspektasi.
Suami kena layan saya macam permaisuri. Suami dia bagi gelang, suami saya tak bagi apa. Anak saya dah hantar sekolah mahal, tapi kenapa tak cakap orang putih juga. Saya buat baik, orang tak balas yang sama. Jangan pernah berharap sebab hidup ni bukan begitu. Buat baik sebab kita nak jadi orang baik.
Kita semua layak jadi wanita terbahagia.
Dengan cara kita.
#kaknis
MW: Betul tu, kita bahagia dengan cara kita sendiri. Tak perlu bandingkan dengan orang lain.
Sebelum wanita tidur, eloklah melakukan adab-adab tidur dan jangan lupa selitkan amalan yang diajarkan Rasulullah untuk kaut ganjaran pahala dan kelebihan yang sangat besar jika buat.
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah Ummul Mukminin (ra), isteri tercintanya:
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
1.Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
3.Sebelum para Muslim meredhaimu.
4.Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW:
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Rasullah SAW tersenyum dan bersabda: “Sebelum engkau tidur (lakukan ini):
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah Surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
2. “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Subhanallaahi Walhamdulillaahi Walaailaaha Illallaahu Allaahu Akbar ( 3x ).
Semoga kita bersama-sama dapat mengamalkan 4 perkara ini dan memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila isteri lebih berkemampuan, suami patut malu bukan ambil kesempatan atas kemampuan isteri. Jika isteri tolong lengkapkan itu dan ini, suami jangan buat-buat lupa tanggungjawab.
Sebaiknya sebagai seorang suami, jika tidak berkemampuan sekali pun, jangan lupa tunaikan nafkah isteri. Tak mampu berikan banyak, berikan sedikit.
Bila Isteri Lebih Berkemampuan
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.
Bila isteri lebih dari mampu, maka suami patut malu…
Jangan sewenang-wenangnya gunakan “kemampuan” isteri untuk bayar serba-serbi tu sebagai satu kelebihan dan kebaikan untuk diri kita sebagai seorang suami.
Isteri mungkin tak kata apa-apa lagi, mungkin sebab dia masih tak rasa untuk kata apa-apa lagi buat masa ini.
Suami Patut Malu
Suatu hari nanti, dia akan berbunyi juga, akan kedengaran ketidakpuasan hati juga. Mungkin akan mengungkit juga sebabnya semua dia tanggung, kesemua dia bayar dan juga semua dia setelkan.
Suami kata gaji isteri banyak lagi. Malah suami juga kata jawatan isteri tinggi lagi.
Tak kisahlah suami itu gaji rendah, atau tak kisahlah suami itu jawatan biasa-biasa sekali pun.
Kalau sudah berkahwin dengan isteri yang lebih mampu dari kita, maka itu bukanlah satu kelebihan dan kebaikan yang boleh digunakan sebagai peluang untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab wajib.
Tetap kena bayar, kena tanggung setakat kemampuan yang ada walaupun bukan semua perkara…
Kalau kita suami yang bergantung pada isteri untuk hidup senang, maka malu. Jika kita suami yang bergantung kepada isteri untuk hidup selesa, maka malu.
Kalau kita suami yang bergantung pada isteri untuk kita simpan gaji kita dan tak perlu bayar apa-apa, maka malu…
Malu jadi suami kalau isteri itu tanggung lebih dari sepatutnya. Malu jadi suami kalau duit hendak beli rokok pun mintak dari isteri.
Mingguan Wanita : Sebagai pasangan suami, isteri… jujurlah dalam merancang kewangan keluarga dan jangan bebankan satu pihak semata-mata walaupun isteri lebih dari mampu.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Murah rezeki Ozlynn, rupa-rupanya ibu kepada enam cahaya mata ini akui dirinya bukanlah seorang yang gemar duduk diam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Ozlynn yang sememangnya suka berkongsi pelbagai tip bermanfaat terutama kepada golongan wanita, menyatakan dirinya keluar mencari rezeki dan berasa seronok apabila menerima gaji sendiri.
Murah Rezeki Ozlynn
Gaji yang diterima bukanlah hanya untuk dirinya, malah Ozlynn menerangkan apabila dia bekerja ramai yang akan mendapat manfaat dan dia juga tidak lokek untuk bersedekah. Malah amalah yang dilakukan oleh Ozlynn juga boleh dicontohi kerana dengan bersedekah insyaAllah akan dimurahkan rezeki kita.
“Bila mama dah mula bekerja, ada pelbagai rasa, seronok sebab dapat keluar setelah berbulan terperap, ada gaji sendiri.
“Sejujurnya aku memang tak reti duduk diam, selagi boleh cari rezeki sendiri, buat. Jadi aku boleh guna duit tu ikut suka ati aku sendiri. Selalunya bagi mak abah popo, anak-anak, maid, p.a, driver, laki sendiri pon aku bagi sebagai tanda terima kasih sebab paham aku bagi aku peluang bekerja.
“Selalu duit aku bagi dia bawa anak-anak beli toys atau game dia dengan anak-anak. Dan yang pasti mereka yang memerlukan pun ada bahagiannya. So duit aku habis kadang tanpa aku dapat sesen. Tapi aku puas ati sebab hasil usaha aku, dapat aku manfaatkan untuk orang sekeliling.
“Kadang salah satu sebab rezeki aku melimpah pun atas doa orang yang aku tak terduga, mungkin.
Seronok Bila Dapat Buat Orang Tarik Nafas Lega
“Kita tak pernah tahu kan, rahsia Dia. So aku seronok bila dapat buat orang tarik nafas lega, dapat buat org tersenyum. kadang kita boleh dapat rasa bila orang memerlukan kita.
“Paling seronok bila dapat bantu orang kadang jadi pendengar pun boleh buat orang lepaskan lelah. Apatah lagi dapat bantu dari segi keperluan dia.
“Maklumlah,sebab aku dengan suami pernah merasa kesusahan tu. Untuk berada di tahap sekarang bukan semudah yang disangka. Jadi kena sentiasa alert. Tak nak orang rasa macam mana kami rasa dulu. Tak banyak, sikit insyaAllah ada bahagian orang lain. Tapi bukan dah berada ni baru nk berkongsi..
“Tips dia berkongsilah masa tengah diuji, jangan merungut. Jangan membeza-bezakan kehidupan orang dengan kita. Sebab kadang zahir yang kita lihat tak sama dengan apa yang mereka hadap.
“Seeloknya bersyukur dan berusahalah utk memajukan diri. Jangan banyak alasan ok, paling penting, JAGA DIRI.. semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari musibah dan Covid aamiin,” kongsi Ozlynn.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...