Malang tidak berbau.Macam mana kita pandu dengan berhati-hati pun, kadang kala atas kecuaian orang lain, tetap boleh juga berlaku kemalangan.Kereta yang dilanggar oleh orang lain daripada belakang memang menyakitkan hati. Bila berlaku perkara macam ni, sebenarnya, ramai diantara kita, khususnya golongan wanita tidak tahu apakah proses yang harus dilakukan.
Tidak perlu gaduh-gaduh dan penuh emosi sebaliknya bertindaklah dengan rasional dan matang dalam meng hadapi situasi ini sebagaimana yang diajar oleh peguam, Salkukhairi Abd Sukor ini.
Tip Ringkas Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang;
1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit dan keluar daripada kereta anda.
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
Ads
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya,janganlah terus maki hamun kepadanya.
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.
Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
Ads
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
10.Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
Ads
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.
Itu sahaja!
Mudah bukan? Tak perlu nak gaduh-gaduh atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah.
Tak dinafikan setiap anak-anak yang dilahirkan membawa rezeki. Mempunyai anak-anak yang ramai dan keluarga besar memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terutamanya dari segi kewangan yang mencukupi. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
Dua Isteri, 19 Anak
Mungkin tak mahu lagi memiliki anak lagi atas faktor kesempitan hidup, seorang lelaki yang mempunyai 2 orang isteri dan 19 anak, telah menamakan bayi terbarunya dengan nama Yeter, yang bermaksud ‘Cukuplah’.
Zeher Geher, tinggal di bandar Diyarbakir, Turki mempunyai 19 orang anak hasil pekahwinannya dengan dua orang isteri iaitu Dilber dan Ikramiye.
Tidak Bekerja
Ekoran daripada pandemik COVID-19, Zeher mengakui mengalami kesukaran bagi memenuhi keperluan keluarga besarnya kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Pada awalnya, kedua-dua orang isteri Zeher mengakui sukar untuk berkongsi kasih, namun kini mereka bagaikan adik beradik tinggal bersama dalam rumah yang agak sempit.
Isteri pertama Zeher telah melahirkan 10 orang anak, manakala isteri keduanya 9 orang.
Akibat daripada masalah kewangan yang dialami, Zeher menamakan bayi terbarunya dengan nama tersebut kerana tidak lagi mampu untuk menyara lebih ramai anak dimasa akan datang.
“Sekiranya saya tahu ini akan terjadi, saya takkan mempunyai anak yang ramai.”, kata Zeher.
MW: Anak ramai memang seronok.Namun kena pertimbangkan segala aspek terutama dari segi tanggungjawab dan kemampuan kewangan.Ukur baju dibadan sendiri iya.
Anak Ain Edruce diserang sawan. Pelakon dan pengacara terkenal Ain Edruce berasa cemas apabila anak tunggalnya Soraya diserang sawan gara-gara mengalami demam panas.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Ain memaklumkan dirinya terpaksa bergegas pulang sebelum tampil secara langsung menerusi program Melodi pada Ahad susulan anak perempuannya diserang sawan.
Anak Ain Edruce Diserang Sawan
Menurut Ain lagi sebelum keluar rumah anaknya dalam keadaan baik.
“Dalam pukul 10.30 pagi tadi (Ahad) dia bangun tidur macam gembira. Hati saya pun tenanglah. Saya bersolek untuk ke studio.
“Dah sampai di set, dah siap latihan dengan Bell Ngasri, kemudian dapat panggilan Soraya masuk hospital. Saya hubungi suami semula dan dia kata Soraya diserang sawan.
“Rasa gugur jantung saya. Dengan Melodi dah nak bermula… Tuhan sahaja tahu perasaan saya,” luahnya.
Soraya Kini Dirawat Di Hospital
Ain juga meluahkan perkara tersebut dan memberitahu kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.
Terbaru, Ain turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya. Malah dia juga menunjukkan suaminya, Amirul Hafiz berdepan keadaan cemas ketika itu.
“Saya tengok video dekat CCTV. Sedih rasanya. Perkara ini terjadi betul-betul selepas saya pergi kerja.
“Anak menangis saya tiba-tiba tiada di rumah. Naik tinggi suhu badan. Soraya tak pernah sawan. Saya tidak tahu bagaimana Amirul boleh kawal situasi ini,” kongsinya.
Soraya Demam Sudah Tiga Hari
Pada perkongsian yang sama, Ain juga memohon agar anaknya kembali sihat.
“Soraya dah demam tiga hari. Dalam pukul 4 pagi (Ahad) demam naik sehingga suhu badan 40 darjah. Sudah bagi ubat pun tak surut.
“Demam dia masih tinggi. Doakan dia sihat,” jelasnya.
Al Fatihah.. ketika penyanyi Nora Ariffin, masih lagi mengumpul kekuatan menerima hakikat pemergian suami, Johan Nawawi dua tahun lalu. Pagi ini, ibu ini redha menerima ujian pemergian anak kedua nya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20.
Alif Johan meninggal dunia secara mengejut di kediaman keluarganya pagi tadi. Dan berita sedih itu dikongsikan Nora sendiri di instagramnya ketika penyanyi Di Persimpangan Dilema itu berada dalam pesawat dari Singapura.
Nora menerima berita sedih itu sebaik tiba di Singapura untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya. Dia kemudiannya, bergegas mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur.
Menurut saudara terdekat, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.
Anak Kedua Nora Akan Di Post-mortem Esok
Terkini, Nora memaklumkan jenazah anak keduanya akan menjalani post-mortem esok. Sebaik selesai urusan itu, insya Allah pada waktu Zohor, jenazah anaknya akan dibawa ke masjid Kampung Tunku dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, iaitu tanah perkuburan yang sama dengan arwah suaminya.
“Esok anak saya akan dipost-mortem dulu. InsyaAllah.. lepas selesai.. lepas zohor, jenazah akan di bawa ke masjid Kampung Tunku. Insya Allah.. dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara bersama ayahnya.”
Kongsi Nora sebelum ini, “Inna Lillahi wainna ilayhi raji’un… Allah uji sekali lagi. Saya mahu bagi tahu semua, anak saya, Aliff Johan, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir.”
“Beliau kembali ke rahmatullah pagi tadi. Di rumah saya dan jenazahnya akan dikebumikan secepat mungkin, hari ini.”
“Mohon maafkan kesalahannya. Saya diuji sekali lagi.. Saya reda Ya Allah.”
Pemergian Alif Johan meninggalkan tiga orang beradiknya yang lain, Mohd Syakir Iman Johan, Purti Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.
Allahyarham Pernah Jalani Pembedahan Bariatric
Sebelum ini, Alif pernah mengalami masalah berat badan hingga mencecah 130 kilogram. Arwah kemudiannya menjalani pembedahan bariatric dan berjaya menurunkan berat 40 kg dalam tempoh beberapa bulan.
Allahyarham juga aktif dalam nyanyian malah tersenarai sebagai 20 calon protege Mentor Milenia 2019. Semasa hayatnya, berimpian meneruskan legasi arwah bapanya dalam bidang muzik.
Pelajar tahun akhir jurusan perfileman Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini juga kerap menunjukkan bakat dalam pelbagai pertandingan nyanyian.
Pada 6 Disember lalu, Allahyarham juga memuat naik video kemenangannya sebagai juara pertandingan Clash of the Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) yang membawakan lagu Salam Terakhir.
Dua tahun sebelumnya, suami Nora, Allahyarham Johan Nawawi yang juga merupakan seorang komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
MW :Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Nora Ariffin. Semoga roh Allahyarham Alif Johan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Nora Ariffin, Berita Harian, Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...