Tak Perlu Beli Racun Penyembur Sebab Cara Ini Boleh Perangkap Nyamuk Lagi Senang

Share

Ini cara senang perangkap nyamuk untuk anda yang rumahnya selalu ada nyamuk. Jenuh juga kalau setiap malam nak kena sembur dulu sebelum tidur, tambah pula kalau anda ada anak kecil. Jimat tak perlu beli racun penyembur.

Jadi macam elok sangatlah kalau Hakak kongsi tip ini demi tepis segala penyakit yang puncanya dari seekor nyamuk. Jom semak, apa yang anda perlu…

Sediakan bahan-bahan ini ya…

200 ml air

50 gram gula perang

1 gram yis (yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya)

1 botol plastik 2 liter

Cara nak perangkap:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher.

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu gaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Serius, kaedah perangkap nyamuk ini sangat berkesan, sila cuba demi nyawa orang tersayang!

Published by
Nadia