
Isi Kandungan
ToggleIni cara senang perangkap nyamuk untuk anda yang rumahnya selalu ada nyamuk. Jenuh juga kalau setiap malam nak kena sembur dulu sebelum tidur, tambah pula kalau anda ada anak kecil. Jimat tak perlu beli racun penyembur.
Jadi macam elok sangatlah kalau Hakak kongsi tip ini demi tepis segala penyakit yang puncanya dari seekor nyamuk. Jom semak, apa yang anda perlu…
Sediakan bahan-bahan ini ya…
200 ml air
50 gram gula perang
1 gram yis (yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya)
1 botol plastik 2 liter
Cara nak perangkap:
1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher.
2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.
3. Tambah yis. Tidak perlu gaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.
Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.
Serius, kaedah perangkap nyamuk ini sangat berkesan, sila cuba demi nyawa orang tersayang!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Rupanya 3 Titipan Doa Yang Dikirim Fazura Kepada Adik Angkatnya Di Tanah Suci Buat Dirinya Sayu

Tanah suci merupakan tempat ibadah yang dijanjikan segala doa dan hajat yang dipinta akan dimakbulkan atas kehendakNya. Menjadi kelaziman ramai antara kita yang mengirimkan titipan doa kepada sesiapa yang berkunjung ke sana, baik ketika melakukan umrah mahupun ibadah haji.
Semalam, pelakon cantik Nur Fazura Sharifuddin,34 ada memuat naik satu gambar kertas kiriman doa berlatar belakangkan Kaabah didalam posting terkini di Instagramnya.Menurut isteri kepada pelakon Fattah Amin,27 ini, gambar tersebut dihantar oleh adik angkatnya, Siti Nursyazwani Harun atau disapa Wani yang kini sedang berada ditanah suci menunaikan ibadah umrah.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah meskipun sering mengirimkan doa buat adik angkatnya, namun gambar kiriman doa yang ditulis oleh Fazura sendiri diatas kertas kali ini membuatkan dirinya terlebih sayu. Malah, Fazura juga ada meminta para peminat dan pengikutnya agar sudi mengaminkan doa tersebut ketika menantikan solat maghrib dan isyak malam tadi.
“Subhanallah. Cukup beruntung saya dipertemukan dengan adik angkat saya yang diperkenalkan oleh mama sebagai anak angkat nya sewaktu saya berada di Madinah baru-baru ini.”
“Wani merupakan adik saya yang sangat rajin berdoa lantas sering meminta titipan doa dari saya hampir setiap kali dia melangkah ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu.”
“Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini. Salam syukur, kasih dan sayang. “@sitinursyazwani_harun
Berikut antara kiriman doa Fazura di tanah suci:
1.Semoga dikurniakan zuriat yang sempurna.
2.Dikurniakan rezeki buat dirinya dan suami supaya supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan.
3.Dilindungi dan dijauhkan dari fitnah serta hasad dengki manusia.

Ringkas namun cukup bermakna kiriman doa Fazura ini. Mingguan Wanita mendoakan semoga segala impian, hajat yang dipinta dimakbulkan oleh Nya. Semoga bertambah murah rezeki dan dilimpahi dengan kasih sayang berpanjangan. Tak sabar nak tengok fattzura junior!
Sumber:missfazura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BizWanita-i CGC Khusus Untuk PMKS Wanita

Isi Kandungan
TogglePandemik Covid-19 telah memberi kesan yang mendalam kepada semua terutamanya bagi para pengusaha Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) komited untuk terus membantu PMKS yang terjejas akibat pandemik kesihatan dan kemelesetan ekonomi ini. Kini ketika ekonomi sedang kembali pulih, sudah tiba masanya PMKS juga bangkit memajukan perniagaan mereka. CGC menawarkan beberapa produk pembiayaan terus dan salah satunya adalah BizWanita-i, khusus untuk usahawan wanita.
Baru-baru ini, Mingguan Wanita telah menemubual Puan Sharifah Attashah Syed Ali, Naib Presiden CGC, Jabatan Pengurusan Cawangan & Penjualan dan beliau telah menjelaskan peranan CGC dalam membantu para usahawan wanita menerusi BizWanita-i dan proses permohonan untuk skim pembiayaan ini.
Puan Sharifah telah mengesyorkan pelbagai usaha dan bantuan perniagaan oleh CGC kepada PMKS untuk terus maju terutamanya pada waktu yang mencabar ini.
“Dilancarkan pada Oktober 2015, BizWanita-i adalah skim pembiayaan terus khusus untuk usahawan wanita yang perniagaannya beroperasi kurang dari 4 tahun dengan menggunakan Dana Bank Negara Malaysia (BNM). Dana ini direka bagi memudahkan akses kepada pembiayaan bagi PMKS yang berdaya maju,” kata beliau.
Menurut Puan Sharifah lagi, BizWanita-i menawarkan pembiayaan bermula dari RM30,000.00 hingga RM300,000.00 dengan kadar keuntungan serendah 6.80% yang sangat kompetitif berbanding produk lain. Kadar keuntungan dimaksudkan sah sehingga 31 Disember 2021.
Sehingga kini, CGC telah meluluskan pembiayaan kepada 1,151 usahawan wanita berjumlah RM78.66 juta.
Syarat Dan Cara Memohon Skim Pembiayaan Terus BizWanita-i
• Bagi permohonan kemudahan BizWanita-i, anda boleh layari laman web www.cgc.com.my, atau www.imsme.com.my, atau kunjungi mana-mana 16 cawangan CGC di Malaysia.
• Pemohon mestilah PMKS yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta beroperasi kurang dari 4 tahun.
• Perniagaan dikawal dan dimiliki oleh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
• Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh wanita dan kakitangan utama adalah wanita.
• Pemohon berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
• Cara bayaran balik Skim Pembiayaan Terus BizWanita-i adalah sama ada melalui Arahan Tetap (Standing Instruction), Auto-Debit atau pembayaran secara dalam talian.
BizWanita-i Bantu Usahawan Kembangkan Modal Perniagaan
Puan Sharifah sempat berkongsikan kisah seorang usahawan wanita yang boleh dijadikan inspirasi. “Pada mulanya, usahawan ini menjalankan perniagaan sebagai perkhidmatan reka bentuk dapur bagi restoran dan hotel. Akibat pandemik, perniagaan beliau terjejas dan ramai pelanggan terpaksa membatalkan urus niaga dengan syarikatnya. Beliau telah mendekati CGC dan memohon pembiayaan BizWanita-i bagi membantu kelangsungan perniagaannya.
Hasil pembiayaan itu, beliau telah beralih ke perniagaan kafe yang menjual kek dan biskut, dan berpindah ke lot rumah kedai dengan kadar sewa yang lebih rendah.
Perniagaan kek dan biskut yang dijalankan secara bawa pulang dan penghantaran telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya semasa musim perayaan. Hasil jualan itu juga dapat memastikan setiap pekerjanya kekal bekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”
Skim BizWanita-i menyediakan kemudahan pembiayaan yang bertujuan untuk menampung modal kerja, kos operasi dan pembelian aset.
“Menerusi BizWanita-i, usahawan wanita PMKS ini dapat dibantu oleh CGC. Mereka boleh menjana pendapatan dengan lebih produktif melalui penambahan stok untuk perniagaan, pembiayaan dan memudahkan pengendalian. Malah, mereka dapat mempertingkatkan pengeluaran produk melalui pembelian aset yang berkenaan untuk perniagaan mereka,” tambah Puan Sharifah lagi.
Pelbagai Kemudahan Pembiayaan Untuk Usahawan & Pelanggan CGC
1. Skim BizJamin SRF & BizJamin-i SRF
• Skim Jaminan sehingga 80% ke atas pinjaman/pembiayaan bernilai sehingga RM1 juta bagi membantu meringankan beban aliran tunai jangka pendek yang dihadapi PMKS yang terjejas.
2. Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)
• Melalui Dana Bank Negara Malaysia, pihak CGC turut menyediakan Kemudahan
Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) melalui skim jaminan pembiayaan khusus
untuk PMKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan
semula langkah-langkah pembendungan Covid-19 sejak Jun 2020.
3. BizBina-i
• Ialah skim pembiayaan terus yang disediakan khas untuk pelanggan CGC yang terjejas akibat bencana alam atau pandemik Covid-19. Ia menawarkan pembiayaan berjangka dengan jumlah minimum RM20,000.00 sehingga RM200,000.
4. BizMula-i & BizWanita-i
• Pembiayaan terus ditawarkan kepada perniagaan baru yang telah beroperasi
minimum 6 bulan dan tidak melebihi dari 4 tahun melalui skim BizMula-i dan
BizWanita-i.
5. Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
• Melalui Program PEMULIH, pelanggan CGC telah diberi kemudahan Bantuan
Bayaran Balik Pinjaman bermula pada Julai 2021.
Pembiayaan lain yang ditawarkan oleh CGC
Selaras dengan misi CGC untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang kompetitif, PMKS yang mendapati BizWanita-i bukan pembiayaan yang diperlukan, boleh membuat permohonan untuk pembiayaan yang sesuai dalam talian melalui platform rujukan pembiayaan/pinjaman PMKS pertama di Malaysia iaitu imSME.

imSME telah dilancarkan pada Februari 2018 dan adalah platform rujukan pembiayaan/pinjaman PMKS bagi menyuaipadan PMKS dengan Insitusi Kewangan yang terpilih bagi memperolehi pembiayaan/pinjaman.
Sehingga 31 Julai 2021, imSME telah berjaya membantu lebih 4,000 PMKS memperolehi pembiayaan/pinjaman berjumlah lebih RM 405 juta.
Layari laman web www.imsme.com.my untuk mendaftar dan memperolehi peluang pembiayaan/pinjaman bagi perniagaan anda. Rakan niaga CGC melalui imSME terdiri daripada Institusi Kewangan/Pembangunan Kewangan, syarikat Peer-to-Peer (P2P) dan Agensi Penjanaan Kapasiti.
Bagi perniagaan yang memerlukan bantuan Khidmat Nasihat Pembiayaan pula, anda boleh berurusan dengan CGC melalui MyKNP.
Tujuan MyKNP ini untuk mendapatkan pemahaman tentang faktor yang mempengaruhi permohonan pembiayaan dan mempertingkatkan pengalaman PMKS dalam situasi di mana pembiayaan mereka tidak diluluskan. Pada masa yang sama mengesyorkan pembiayaan atau penyelesaian alternatif.
Untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan perkhidmatan CGC, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-7880 0088 atau anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan CGC di serata Malaysia.
Butiran lanjut mengenai lokasi cawangan boleh didapati di laman web www.cgc.com.my.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Ceraikan Isteri, Tak Tahan Tabiat Buruk Hanya Mandi Sekali Dalam Setahun

Seorang lelaki di Taiwan nekad menceraikan isterinya ekoran tak tahan dengan tabiat buruk pasangannya yang hanya mandi sekali dalam setahun.Memetik laporan Taipei Times,lelaki tersebut nekad ingin bercerai kerana tidak tahan dengan tabiat buruk isteri. Bukan sahaja tidak menjaga kebersihan diri, wanita tersebut turut melarang suaminya untuk bekerja.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Lin akan sentiasa kunyah gula-gula getah dan memakai topi untuk menutup bau mulut serta rambutnya. Tambah suaminya lagi, Lin juga hanya memberus gigi dan membasuh rambut ketika dia merasa perlu sahaja.Lin hanya mandi setiap kali masuk tahun baru dan menghabiskan masa 3 jam untuk mandi.
Usia Perkahwinan 13 Tahun
Perkahwinan mereka sudah 13 tahun bersama dan lelaki itu mengatakan isterinya juga menghalang untuk mendapatkan zuriat dan mereka hanya melakukan hubungan intim sekali 1 tahun.Sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki itu mendakwa isterinya itu akan mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun keadaan semakin parah setelah mereka berkahwin.
Selain malas mandi, wanita tersebut turut memaksa suaminya untuk tidak bekerja dan menjaga bapanya yang sakit.Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan terpaksa bergantung kepada ibu mertuanya.
Bagaimanapun, pada tahun 2015, lelaki ini nekad untuk berpindah keluar dari rumah tersebut dan bekerja di Hsinchu di utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya. Tidak berapa lama kemudian, isterinya mendapat tahu tentang perkara itu dan terus memaksa suaminya itu berhenti dan pulang semula ke rumah.Susulan kejadian, lelaki ini akhirnya nekad pulang ke rumah dan memfailkan penceraian terhadap isterinya.

Macam-macam hal. Musim sejuk-sejuk ni, jangan malas-malas mandi iya. Tetap kena jaga kebersihan diri.
Sumber: Astro Awani & Taipei Times
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI