Tak Perlu Bandingkan Orang Lain, Seburuk-Buruk Pasangan Ada Kebaikannya, Bahagia Cara Kita

Share

Bila tengok pasangan bahagia lain bahagia, beri hadiah, bawa berjalan-jalan, makan berdua-duaan, mulalah bandingkan orang lain dengan pasangan kita. Sedangkan kita tahu pasangan kita bukanlah jenis seperti ini.

Kadang-kadang dengan kita bandingkan orang atau pasangan lain, hati kita tak tenang dan rasa ada saja tak kena dengan pasangan sendiri terutamanya isteri. Mesti ingin pasangan berubah seperti yang dia lihat pasangan lain.

Membandingkan kehidupan orang lain ini boleh membuatkan rumahtangga semakin tidak bahagia. Sedangkan sebelum ini semuanya dalam keadaan baik. Masing-masing ada cara tersendiri untuk bahagia.

Tak perlulah minta pasangan berubah tapi bahagialah cara kita. Inilah yang dikongsikan oleh Zulfikarullah Ren agar sentiasa hargai pasangan dan tak perlu nak bandingkan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bahagialah Dengan Cara Sendiri, Jangan Sesekali Bandingkan Hidup Kita Dengan Orang

Akibat Selalu Dibandingkan, Cucu Berdendam Bakar Rumah Atuk & Nenek

Info Lebih Menarik DI SINI

Bandingkan Orang Lain, Bahagia Itu Pilihan

“Awak tengok isteri Mat tu. Siap pakaikan stokin untuk Mat. Awak! Stokin saya pun tak tahu letak mana.”

Dalam keluarga, ada spesis suami @ isteri yang jenis perangai macam ni. Suka sangat nak banding-bandingkan pasangan dengan orang lain.

Seolah-olah dalam diri pasangan tu langsung takde kebaikan sepanjang hubungan dibina.

Ye, setiap manusia tak ada yang perfect. Kalau nak tegur tak salah. Tapi bila dibanding-bandingkan dengan orang lain tu membuatkan hati terasa pilu. Macam dihiris-hiris je perasaan tatkala itu.

Dalam hidup ini kita lihat kebaikan orang bukan sebagai point nak suruh pasangan kita berubah.

Sebaliknya kita lihat kebaikan orang untuk kita sendiri mengubah diri.

Ada orang hanya nampak salah pasangan je.

Orang macam ni biasanya akan cakap…

“Saya dah buat habis baik dah selama ini. Dia yang tak pernah hargai. Penat tau.”

Nampak tak, dia rasa dirinya dah buat habis baik. Tidak ada lagi perkara yang perlu ditambah baik bagi dirinya. Sebab tu dia hanya nampak salah pasangan je. Yang buruk semua pasangan dia.

Kalau orang macam ni bercerita pasti nampak pasangan dia jahat gila. Percayalah.

Hakikatnya diri dia sendiri banyak kelompongan yang perlu dibaiki. Tapi dia takkan nampak semua tu sebab dia fokus pada kekurangan pasangan.

Seburuk-buruk Pasangan Ada Kebaikannya

Nak cerita bab kelemahan orang ni, kalau kita cari memang jumpa punya. Lebih-lebih lagi pasangan kita.

Tetapi hakikatnya, buruk-buruk pasangan kita pasti ada kebaikan dalam dirinya.

Biasanya kebaikan itu lebih banyak berbanding keburukan dirinya.

Cuma, bila orang fokus pada keburukan dia takkan nampak lagi kebaikan itu.

Kalau jenis spesis lalat, dia takkan dapat menikmati kemanisan madu.

Bagilah banyak mana pun madu sekalipun, sikit pun takkan dihargai oleh lalat.

Sebab itu kita kena jadi macam lebah. Senantiasa menikmati kemanisan sebelum memberikan madu yang enak.

Apa pun, hargailah setiap kebaikan pasangan kita waima sekecil-kecil berkata.
Gembirakan ketika pasangan buatkan hari untuk kita.

Bahagialah ketika pasangan duduk bersenda gurau dengan kita.

Senyumlah ketika pasangan memeluk dan ucap I love u pada kita.

Setiap kebaikan yang dia lakukan jangan rasa biasa-biasa. Tetapi hargailah ia sebagai sesuatu yang luar biasa.

Barulah kita akan rasa getaran wow factor dia.

Barulah rasa best.

Jalan hidup kita berbeza. Oleh itu, hargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Kalau rumah kita kecil, syukurlah kerana ada orang langsung takde rumah sendiri.

Kalau pasangan kita kuat membebel bersyukurlah kerana ada orang pasangan langsung tak boleh bercakap.

Kalau pasangan kita malas, tegurlah dengan penuh berhemah.

Bahagia itu pilihan.

Mingguan Wanita : Inilah pasangan yang dijodohkan untuk kita. Terima kebaikan dan keburukan kita. Hargailah. Jika jodoh tak panjang, mungkin Allah dah atur yang lebih baik untuk kita.

Sumber: Zulfikarullah Ren

 

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.

Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora