Tak payah tukar pagar baru, pasang Aluminium Panel nampak mewah dan jimat! Menarik sungguh idea transformasi pagar standard yang pemaju sediakan, menjadi pagar baru yang nampak mewah. Tak perlu membazir tukar pagar baru yang lain, hanya perlu ‘make over’ DIY pasang Aluminium Panel je.
Boleh cedok idea DIY transformasi pagar rumah standard yang dikongsikan oleh Mohamad Izwan Mohamad Noor ini sebagai panduan;
Ambil idea dari group ni jadikan pagar rumah standard pemaju pasang Aluminum panel. Nampak mewah dan jimat juga la dari tempah pagar baru sebab besi mahal sekarang. Yang penting hati wife berbunga sebab pagar rumah dah cantik.
Gambar asal pagar tak ambil. Amik gambar google je.
Mingguan Wanita:Menarik juga idea yang dikongsikan ini. Pasang Aluminium Panel pada pagar, terus berubah cantik dan lebih jimat. Tak perlulah nak tempah pagar baru, guna yang sedia ada je.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Mudah sangat rupanya mak-mak boleh buat tauhu kering atau fucuk sendiri di rumah. Hanya menggunakan air soya segar tanpa gula.Bukan apa, bila buat sendiri, lebih terjamin tahap kebersihannya, halal malah hilang segala keraguan dari segi cara pemprosesannya. Masak tumis air letak telur dan kentang pun dah cukup sedap! Namun ada caranya supaya fucuk ni lebih cantik kejadiannya. Kena masak guna teknik ‘Double Boil’.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Siti Zara’sini sebagai rujukan;
Antara hikmah pandemik ni, kita dapt belajar benda baru. Alhamdulillah dah terror buat fucuk. Lebih yakin, halal dan bersih.
Caranya :
1. Kacang soya rendam semalaman dan buang kulit (tak dapat buang semua pun ok, yang penting 50% dapat buang kulit). Kemudian kisar soya, nisbah air 1:2. Tapis airnya.
2. Air soya yang telah direbus masak. Boleh guna apa-apa bekas periuk. Pastikan api sentiasa terpasang. Api sederhana. Saya guna bekas makanan buffet, double boil hasilnya lagi cantik.
3. Permukaan air soya tu akan jadi mengeras dan boleh angkat dengan lidi sate yang panjang tu.
4. Kemudian jemur dia. Hehe dah macam jemur tuala. Biar sampai kering betul. Kemudian ulang proses tadi sampai dapat banyak.
Mingguan Wanita : Mudah je caranya nak buat Tauhu kering atau fucuk ni. Bila buat sendiri lebih yakin halal dan bersih. Boleh cuba nanti ikut cara yang dikongsikan ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Langsir jenis ring yang menggunakan batang rod kayu biasanya lebih nampak kemas, moden dan cantik berbanding langsir guna dawai. Namun nak guna rod kayu tu agak mahal dan bajet besar. Bagi mak-mak yang nak pakai langsir jenis ring tapi dengan bajet terhad boleh cuba DIY batang langsir menggunakan Paip PVC ni.
“Yang mana teringin nak pakai langsir ring macam ni. Tapi tak dak modai nak beli kayu tu, boleh buat guna paip modai tak mahai sangat.Guna paip saiz 20mm, besi L tu boleh dapatkan di kedai eco. Yang lain-lain tu kedai hardware. Langsir saya beli kat d.i.y je”
“Boleh guna besi L yang agak kuat sikit.Terpulang masing-masing nak guna macam mana yang agak selamat.Yang ni percubaan pertama saya buat.”
“Saya cuma buat untuk satu bilik. Paip pun pakai yang dah ada saja, untuk langsir panjang 140cmx250cm. Kalau nak kira anggaran untuk 1 tingkap yang dua daun tu dalam RM5 macam tu saja.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
Paip PVC saiz 20mm (tebal) lebih kurang panjang 59 inci.
Besi L
Penutup hujung paip
Mesin drill
Skru dan nat secukupnya (untuk ikat besi L dan U plastik)
Cable tie
Cara Membuat:
1.Pasang Besi L dan U plastik serta skru sebegini.
2. Kemudian pasang/ tebuk pada dinding ikut kesukaan tuan rumah nak letak tinggi mana. Ukuran saiz panjang tingkap lebih kurang 54 inci.
3.Selepas itu, letakkan paip pvc dan pasang penutup paip kiri dan kanan.
4. Kemudian ikat dengan cable tie pada bahagian skru. Fungsinya untuk mengikat kedua-dua skru tersebut supaya lebih kukuh lagi.Risiko bahaya pada kanak-kanak, Insyaa allah selamat… Jika kain langsir yang berat perlu tambah kan besi L pada tengah tingkap supaya paip pvc tidak melentur.
Siap!
Penambahbaikan:
1. Boleh tukar Besi L lebih tebal dan U plastik tu boleh tukar kepada besi ikut pada saiz paip.
2.Gantikan U plastik tu dengan U besi. Penutup paip bahagian hujung tu pakai U paip yang lekat dekat dinding. Ataupun U plastik tu letak dua-dua telinga tu atas besi L tu. Ia lebih kukuh.
3. Besi L bergantung saiz tingkap.Kalau tingkap panjang kita perlu tambah supaya takut melentur. Besi L saya pasang tu hanya dua sahaja sebab kain nipis.Kalau kain tu berat baru pasang 3.Cari yang besi punya kalau untuk kain yang tebal.Satu tingkap lekat besi L tu sekurang-kurangnya 3.
4.Boleh pasang selak untuk tujuan keselamatan jika risau anak-anak tarik nanti.
Info Ekstra!
Dekat hardware ada jual batang besi yang bulat untuk sidai towel, boleh juga tukar kepada tu lebih nampak kemas. Jimat juga sebatang 6 kaki x RM2 = 12 + endcap RM3.50 kiri kanan.Dah ok boleh pakai langsir ring. Besi ni ada 2 jenis, nipis dan tebal, elok amik yang tebal kalau langsir berat sikit boleh lah tampung.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak guna langsir jenis ring, boleh cuba buat sendiri rod langsir guna batang PVC paip ni. Lebih jimat kos.
Kalau tiba musim hujan, payah nak sidai baju anak-anak di luar rumah. Jika pandai bertukang boleh buat sendiri penyidai baju bertingkat macam ni. Sesuai untuk baju anak-anak yang ringan, stokin, kain buruk dan sebagainya.Jimat ruang, boleh sidai dalam rumah dah kos pun tak banyak. Malah lebih kukuh, bila buat sendiri. Guna Paip PVC je sebagai batang penyidai.
Boleh ceduk idea yang dikongsikan oleh Mohd Erwanini sebagai panduan;
Alhamdulillah, sebelum ni dah beli yang di Shopee, tapi penyidainya tak berapa tahan lama. Jadi kita beli penyidai mahal sikit harap-harap tahan lama. Kita DIY balik, alhamdulillah inilah hasilnya.
Beli penyidai tu kan aslnya ada batang di tengah. Buang batang tu, masukkan penyidai dalam paip 3 suku. Sebelum masukkan penyidai tu kena letak penyambung paip dulu, lepas letak socket penyambung. Masukkan paip dekat penyambung tu lepas tu masukkan penyidai. Siap!
Info Ekstra!
Semua guna Paip PVC 3suku. Penyidai ni untuk kegunaan baju budak-budak kecil ok la.
Soket yang bawah guna socket 5way. Selepas tu sambung elbow 45 beli dekat Shopee.
Yang penting kaki (tapak) kena kukuh. Sambung batang yang besar sikit dalam isi pasir/simen, agar lebih kukuh.