rumah bersepah

Rumah bersepah dengan mainan anak itu biasa, yang pelik kalau jenis biar rumah kotor sampai berdebu dan tandas berlumut. Hah, agak-agak macam mana orang itu boleh hadap keadaan rumahnya kotor setiap hari?

Jadi mak-mak dan isteri ini kena tenang, tak boleh cepat mengamuk bila tengok keadaan rumah. Barulah bahagia tu datang tanpa dijemput. Kena fikir positif, kalau tengok suasana rumah bersepah, di situlah ada anak-anak yang bijak.

Tetapi kalau nak mudah, mak-mak boleh ikut tip ini. Anda wanita bekerja atau suri rumah, rumah tetap kemas bersih teratur.

1. Kena Basuh Baju Setiap Hari

Ini paling penting, jangan sesekali biarkan baju kotor menimbun. Kerana sehari tangguh basuh baju, kemungkinan akan bertangguh 2-3 hari lagi.

Dan akhirnya, kain baju kotor berlonggok-longgok. Bukan saja menyemakkan mata, tapi menyesakkan nafas. Juga menyesakkan telinga kena bebel dengan suami.

2. Lipat Baju, Jangan Kumpul

Kalau baju dah kering, angkat dan sumbat dalam bakul. Sebelum tidur, atau sambil-sambil tengok TV lipatlah baju tadi. Tak payah tunggu esok lusa, kononnya hari ini tak sempat.

IKLAN

Tip mudah dan pantas lipat baju, asingkan baju ikut tuan punya baju. Buat target siap melipat dalam masa paling lama satu jam. Dah siap lipat, terus angkat masuk ke dalam almari yang berkenaan.

3. Jangan Biar Pinggan Tak Basuh

Walaupun sebiji pinggan, atau sebiji cawan. Dan guna terus basuh. Jika anda tinggal sebiji, maka berbiji-bijilah pinggan dan cawan yang akan berlonggok dalam sinki. Ini dapat menyelamatkan anda buang masa 1/2 jam untuk cuci pinggan mangkuk yang bersusun di dalam sink.

4. Kemas Dapur Lepas Masak

Ajar diri sepas masak jangan tinggal dapur kotor. Cepat lap dapur dan basuh peralatan dapur yang dah guna.

IKLAN

Dapur kotor boleh buat kawasan lain jangkit dengan kotor dan sepahnya. Lipas pun suka mucul. Jadi kemaskan dapur sejurus lepas masak.

5. Kemas Ruang Tamu

Ruang tamu adalah ruang yang paling penting dalam rumah sebab disitulah anda dan juga suami akan duduk bila dia balik kerja.

Susun sofa, kemas mainan anak-anak, dan letak semula benda yang bersepah di tempat asalnya. Juga sapulah atau vacum setiap hari. Percayalah, ruang tamu yang kemas akan buat anda kurang stress.

IKLAN

6. Ajar Anak Kemas Mainan

Biasalah, mainan akan sepah bila ada anak dalam rumah. Itu tanda rumah anda ada seri dengan karenah anak. Tetapi untuk elakkan anda dari stress dan sakit hati lihat mainan berterabur. Ajar dan ajaklah anak kemas mainan bersama.

Atau boleh juga berikan ganjaran kalau anak menolong. Contoh, upah bagi susu @ makanan yang dia suka. Anak akan excited nak kemas.

Tak payahlah marah-marah atau naik suara untuk ajak anak kemas mainan. Nak lagi seronok, mak-mak boleh buat undang-undang sebelum anak bermain. Lepas main mesti kemas balik mainan tadi.

Jadi ibu dan isteri mesti kreatif dalam uruskan rumah tangga. Insyaallah ikut 6 tips kemas rumah di atas, rumah kemas, anda tak stress. Dan paling penting, anda tidak lagi dilabel tak pandai jaga rumah.

Tetapi… kalau asyik penat dan tak larat, tambah pula stress, macam mana nak kemas rumah? Haaa… kenalah bagi suami faham. Jangan harapkan suami tolong kalau anda tak pernah suruh. Sekurang-kurangnya ‘minta tolong’ dan nanti suami tahu yang kita perlukan dia untuk sempurnakan suasana indah dalam rumah tangga.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI