Tak Payah Risau Pasal Penampilan, Lelaki Kalau Nak Curang, Dia Buat Juga!

Share

Perempuan cukup takut lelaki curang, sampai ada yang sanggup jaga badan sebab nak ”ikat suami”.

Tak cukup dengan itu, ada pula yang jenis tambah nasi dengan niat nak jual produk dia. Katanya kalau tak jaga badan nanti suami lari! Hey, bak kata saudara Firdaus Shakirin, kalau lelaki nak curang, dia curang juga. Bukan sebab isteri dah tak cantik atau tak berduit tau.

Tahu Tak Bila Masa Suami Nak Curang?

Bila lelaki akan cari lain atau curang? Adakah bila badan isteri dia dah berubah? Atau dah tak berharta? Atau dah makin tua? Atau dah makin tak cantik?

Susah nak jawab soalan ni…

Sebab lelaki akan cari lain TANPA SEBAB… baik isterinya kurus atau gemuk, berharta atau tak berharta, muda atau tua, cantik atau dah tak cantik lagi.

Dia akan “cipta” alasan untuk membenarkan atau menghalalkan tujuannya. Jadi tak perlulah risau akan bentuk badan, umur, kemewahan, rupa paras diri sendiri sebab jaga macam mana pun, tetap tak menjamin bahawa dia tak kan cari lain.

Kalau Hati Dah Niat Nak Curang

Ada isteri berpangkat, tetap ditinggalkan. Ada isteri kurus, tetap ditinggalkan. Ada isteri cantik, pun ditinggalkan. Ada isteri yang muda lagi, juga ditinggalkan.

Lelaki seperti ini, dia sentiasa mencari yang lebih  lagi, lebih dari apa yang dia dah miliki. Dia rasa tak cukup, dia rasa tak puas. Ada ‘something’ dalam diri dia yang missing iaitu kefahaman agama. Pencarian dia sampai bila- bila takkan berhenti selagi dia tak menghargai, tak memahami, tak melengkapi apa yang dia dah miliki.

Published by
Nadia