
Isi Kandungan
ToggleBiasanya kita buat begedil kentang, kena rebus atau goreng dulu kemudian lenyek. Tetapi kali ini Puan Fazariana Mohd Ali kongsikan resepi buat begedil guna tempe, lebih cepat dan rasanya juga sedap.
Sesekali elok juga tukar selera, jom buat!
Begedil Tempe
Bahan-bahan:
5 keping tempe*
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji telur
Daun bawang
Maggi cukup rasa
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda ( * ). Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama telur, daun bawang dan maggi cukup rasa. Gaul sebati.
2. Kepal-kepal dan bulat-bulatkan adunan tadi.

3. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pergelangan Tangan Hampir Putus, Isteri Maut Berlumuran Darah, Dipercayai Ditetak Suami Tak Bekerja!

Isi Kandungan
ToggleMalang bagi seorang isteri, apabila mati dan menemui ajal ditangan suami sendiri.Lebih kejam, mangsa dipercayai dibunuh dengan parang milik suami, dengan beberapa kesan tetakan dibahagian tubuh badan.
Seorang isteri ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, muka dan tangan dipercayai ditetak suaminya dalam satu kejadian di Ladang Pintasan, dekat sini, semalam.Mangsa yang berusia 27 tahun itu dipercayai dibunuh pada kira-kira jam 8 pagi, namun laporan mengenainya hanya dibuat pada jam 8.45 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata laporan dibuat orang awam memaklumkan satu kejadian bunuh berlaku di lokasi berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Pergelangan Tangan Hampir Putus
A Sahak berkata, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kecederaan akibat tetakan di muka kiri, di atas kepala dan belakang kepala.Selain itu, katanya pergelangan tangan kanan mangsa juga hampir putus manakala tiga jari kanannya putus dipercayai ditetak.
“Pemeriksaan di dapur menemui cebisan jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami. Ketika kejadian, jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan ataupun bunyi bising dari rumah itu,” katanya.
Motif Perselisihan Faham
Katanya, selepas kejadian, jiran mangsa melihat suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira jam 8 malam sebelum melarikan diri ke arah sungai.
Beliau berkata, penduduk yang bimbang berlaku kejadian tidak diingini bertindak mengejar suspek namun gagal sebelum mereka memeriksa rumah pasangan itu dan mendapati isterinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

“Motif kejadian setakat ini dipercayai berpunca akibat perselisihan faham di antara mangsa dan suspek ketika mereka berada di dapur berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat dan usaha mengesan suspek berumur 30-an itu masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga suami mangsa dapat diberkas dengan segera dan mendapat hukuman yang setimpal. Buat pasangan suami isteri, perselisihan yang berlaku selesaikanlah secara baik.Jangan sesekali hilang sabar dan menggunakan kekerasan fizikal.Bila amarah menguasai diri,menyebabkan mudahnya bertindak diluar batasan fikiran.
Sumber: Bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Kuih DANGAI Sejukkan Dulu Kelapa Parut, Mudah Gaul Tangan Kurang Melekit!

Isi Kandungan
ToggleBagi peminat kuih-kuih lama tradisional, kuih Dangai ni antara kegemaran ramai. Selalu disediakan sewaktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Rupanya mudah sahaja nak buat kuih Dangai ni.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Pertama kali buat pun boleh jadi. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan.
Salah satu tip yang boleh diamalkan ketika buat kuih dangai ini ialah sejukkan dulu kelapa parutnya. Ini supaya, ketika menggaul kelapa dan adunan nanti tangan kurang melekit, jadi mudahlah nak buat kerja.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Aminuddin Amzar Amran ini sebagai rujukan;
Minggu lepas mak nak buat yassin perempuan. Dia nak panggil geng-geng dia. Jadi saya pun sajalah offer nak buatkan kuih dangai untuk dia. Yelah, kalau dia nak, saya buatkan, taknak takpe.
“Mak, mak nak tak orang buatkan kuih dangai nanti masa yasin?” Saya tanya.
“Haa,boleh juga” Mak jawab.
“Habis nak buat 1 loyang ke 2?”
Saya dah tahu, kalau mak nak buat yassin, abah mesti nak join gak. Dia mesti nak panggil geng-geng masjid dia. Mana boleh kalah.
“Ya jugak. Boleh lah buat 2 loyang”
“Nak orang beli kelapa tak?”
“Takyah-takyah, banyak kelapa ni ada kat rumah”
“Ok mak”
Jadi Rabu malam kami dah tidur rumah mak. Jumaat pagi tu, apa lagi terus bersilat lah. Pagi tu buat sarapan dulu. Kemudian saya hantar isteri saya ada kelas tambahan. Saya apa lagi. Balik dari kelas tambahan terus parut kelapa.
7 biji kelapa haritu. Yelah, nak buat dangai ni kelapanya kenalah seputih salju sesuci awan dilangit tu. Barulah best. Sekali dengan untuk santan bubur lambuk dan kari ayam untuk buat lawan roti jala. Kesian roti jala tu kena lawan dengan kari ayam.
Bahan-Bahan:
600 gram kelapa putih (kalau beli kat kedai, cakap je nak kelapa putih,nanti acik kedai tu tolong parutkan).
250 tepung pulut cap 3 kepala gajah
300 gram gula pasir
1-2 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Tips ulung, sila simpan dulu kelapa tu dalam peti ais bahagian chiller je. Tak payah yang beku biarlah dalam setengah jam ke, sejam ke. Bagi dia sejuk betul. Supaya senang kerja nanti.
2. Agak-agak kelapa dah sejuk, ambil satu besen besar, agak-agak muat nak buat kerja. Jangan ambil yang rap-rap.. leceh nanti. Nanti dia rap pulak dalam tu.
3. Campurkan tepung, gula dan garam. Gaul sebati. Guna jari jemari Salleh je.
4. Dah sebati, masukkan kelapa yang sejuk tadi separuh dalam adunan. Kenapa kita sejukkan, supaya bila kita gaul, tangan kurang melekit. Sebab kalau kelapa tu dibiar kat luar, dia akan jadi macam berwap,basah,basah sikit gitu kan. Jadinya bila kita sejukkan, dia akan jadi kering. Senang nak buat kerja.
5. Gaul, angkat, kirai sampai sekata. Masukkan separuh lagi. Ulang step yang sama sampai sekata.
6. Guna loyang 9 inchi. Nak letak dalam loyang pun, kirai tau adunan tu. Tak perlu nak tekan-tekan. Nanti dah siap bakar dia akan mampat sendiri.
7. Bakar suhu 190 darjah celcius, 50 minit.
8. Ambil papan alas, terbalikkan loyang. Kiranya bahagian bawah semasa bakar, akan duduk atas lah.
9. Sedia untuk dihidang.

Untuk Sukatan Cawan:
1 cawan gula
1/2 plastik tepung pulut (250gram)
3 biji kelapa putih
Semoga Bermanfaat!
Mesti Baca:DANGAI Kukus Sedap Lembut, Guna 4 Bahan Pakai Acuan Lompang!
Baca Lagi Di Sini:Resipi DANGAI 4 Bahan, Pertama Kali Buat Ingatkan Susah Rupanya Mudah Sangat!
Artikel Menarik:BAHULU Tahan Lama Lembut Di Dalam Garing Di Luar, Panaskan Tepung Sekejap Dalam Oven!
Mingguan Wanita: Menarik kan nak buat kuih Dangai ni.. rasanya pun sedap. Boleh cuba buat nanti ikut resipi dan tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Aminuddin Amzar Amran
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Dengar Suara ’Di Sini.. Sini..’ Lelaki Ini Marking Lokasi Tepat Pencarian Acap

Isi Kandungan
ToggleLelaki ini, Solo Ambush menjejak runner yang hilang Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau Acap secara bersendirian. Perkongsiannya mencari Acap ada yang disiarkan secara live di facebook fannya, dan ada juga mencari tanpa terlihat di mata netizen.
Sehingga satu lokasi pencarian iaitu di hutan, beliau mengesan suara ‘Di sini sini’. Sungguh, dia sendiri tidak sedar akan suara itu sehingga adiknya memaklumkan.
“Tentang suara ‘sini sini’, aku dengan selama kata.. eh suara saya kot. Mana ada suara orang lain tak dengar pun. Sebaik diperiksa semula di grup wasap, ramai yang memperkatakan tentang suara itu.”
Sehingga salah seorang rakan menghantar rakaman semula kepadanya.
“Kali pertama dengar macam suara aku.. tapi bila aku ulang-ulang dengar, aku sendiri terkejut. Itu bukan suara aku. Di tambah dengan panjangnya bunyi perkataan ‘sini sini’ menindah suara aku yang memanggil Acap.”
Sila dengar rakaman suara tersebut. Anda nilaikan sendiri dan komen secara berhemah.
link video suara: https://youtu.be/-e7idfPcuLo
Bagaimanapun, Solo Ambush tak lagi meneruskan penjejakan Acap namun beliau berkongsi marking ‘lokasi tepat pencarian Acap’ bagi membantu sukarelawan lain yang masih meneruskan misi itu.

Ini Lokasi Tepat Pencarian Acap
Seperti yang diketahui ramai, pada malam live tersebut penjejakan aku hanya meliputi kawasan 1 dan kawasan 2 (setelah di teliti semula).
Lokasi tepat rumah lama dan suara ‘disini sini’ ada di peta. Sila rujuk gambar.
Diharap ada pihak yang dapat meneruskan pencarian beliau.
FAKTOR-FAKTOR KAWASAN TANDAAN DI BUAT BERDASARKAN ANALYSIS DI BAWAH:
1 .OH (ORANG HILANG) TELAH MELEPASI CP6 KUALA RAZILA DAN CP6 KANDU.
2. ADANYA SAKSI YANG NAMPAK BELIAU DI SELEPAS KANDU.
3. RAMAI PESERTA SESAT KETIKA EVENT, KEMUNGKINAN BESAR OH MENGGUNAKAN JALAN MELINTASI ATAS HIGHWAY KERANA MENYANGKAKAN IA LALUAN KE TAMAT, JIKA BERDASARKAN PETA KASAR, UNTUK 25KM PERLU MELALUI ATAS HIGHWAY.
4. ANGGARAN KADAR KELAJUAN LARIAN BELIAU.(TAMBAH WAKTU REHAT)
5. MAKLUMAT SIGNAL TELCO YANG MASIH WUJUD ‘PING’ KETIKA DI KAWASAN 1, 2, 3, 4, DAN 5.
6. PENAMPAKAN SECARA GHAIB.
7. SURVEY WAKTU SIANG DI KAWASAN ‘KERAS’.
8. SPOT SPOT KEMUNGKINAN TERSILAP ANGGARAN DARI PESERTA LARIAN.
Catatan Misi Penjejakan Solo Ambush Search and Rescue Acap (SSARA) Pada 5 April 2019
Dukacita dimaklumkan kepada semua, Acap masih tidak dijumpai. Walaupun aku amat positif beliau akan di jumpai malam semalam.
Keadaanku yang amat keletihan yang baru balik dari Vietnam, memandu kereta direct selama 3 jam juga tidur yang kurang dari 3 jam selama dua hari sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan dan keupayaan stamina fizikal aku.
Aku amat sedih dan sebak pada ketika itu, aku mohon maaf kepada keluarga Acap kerana tidak dapat meneruskan pencarian di mana pencarian aku berakhir aku berbaring di sebelah kubur.
Sedikit Sebanyak Log Siasatan
Persediaan awal ( 3 hari sebelum )
√ Mengkaji kedudukan Acap berdasarkan maklumat, checkpoint, register, telco signal coverage, anggaran speed kelajuan, maklumat orang kampung dan beberapa ketua SAR serta penampakan mistik dan jelajah mistik yang aku buat sendiri.
√ Selama dua malam aku membuat homework dan aku kenal pasti kawasan yang kemungkinan tinggi Acap hilang. Aku bahagian kawasan itu sebanyak 5 bahagian.
√ Peta telah aku hafal untuk memudahkan pergerakan aku sendiri di dalam malam gelap gelita. Semalam Ku hanya sempat mencari 1 daripada 5 bahagian yang telah aku marking. Lokasi tepat aku terpaksa dirahsiakan untuk mengelak pejejakan Acap secara solo aku di ganggu.

√ Terima kasih kepada individu yang memberi maklumat dari pengalaman SAR mereka sebelum ini. Kerjasama mereka amat baik.
Survey trek di hari kejadian ( 6.45 pm )
√ Aku sedikit lewat kerana driving, jalan jem daaa…
√ Sepanjang trek di sini aku lalui, kecuali batu putih, ada beberapa kawasan yang kuat auranya, sehingga wujudnya penampakan bayang hitam di hadapan mata kira-kira 10 meter di hadapan selama 2 saat pada waktu petang tersebut. Spontan aku berkata ‘haaa jangan lari…tolong bagitau di mana Acap‘.. Bayang tersebut hilang begitu saja.
√ Berakhir di kawasan yang telah aku spot kemungkinan wujudnya Acap. Agak mengejutkan, laluan masuk ke trek itu tersembunyi dan hanya kelihatan setelah 10 meter melalui semak samun.

Ringkasan semasa live ( 19.55 malam )
Link live video part I: https://www.facebook.com/jejaksoloambush/videos/2085651681482097/
√ Aku sampai awal, live di mulakan. pencarian di mulakan. Jumpa rumah. Masuk, cari dan keluar.
Melalui laluan kepala sawit.
Melalui lauan hutan, masuk hutan. Di sini lah terdengarnya bunyi ‘di sini sini’.
√ Wujudnya makhluk halus yang bermain di atas pokok. Di panggil turun , tidak mahunya.
Cuba berinteraksi pula tidak sudi atau entah lah.
√ 1st part live terganggu kerana tiada phone coverage
20 minit berlalu dan mula live part II. Hanya menceritakan tentang coverage dan pencarian dilakukan tanpa live.
Fb live video: https://www.facebook.com/jejaksoloambush/videos/456662785077508/
√ Sejam berlalu live part III bermula, melalui kebun durian. Temui seluar (bukan runner) dan cawan aluminium keras. Live berhenti untuk berehat.
√ Pencarian di sambung lagi tanpa live.
Keletihan, dan pencarian di berhenti di kawasan kubur.
Fb live video: https://www.facebook.com/jejaksoloambush/videos/2565594673455534/
Apa-apa pun ingin aku ucapkan jutaan terima kasih yang menyokong juga yang mendoakan.
Hingga sekarang aku masih berdoa semoga Acap di jumpai.
Moga bermanfaat.
Sumber/Foto : Solo Ambush
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI