“Tak Payah Pergi Jepun” Cantiknya, Malaysia Dilanda ‘Musim Bunga Sakura’

Share

Cuaca di Malaysia ini, panas lembap sepanjang tahun. Tak macam di negara Jepun, ada empat musim; bunga, panas, luruh dan sejuk. Di Jepun, musim bunganya jatuh pada bulan Mac hingga Mei. Waktu inilah bunga memekar antaranya sakura dengan cantik sekali.

Malaysia pun ada ‘musim bunga sakura’ yang tersendiri. Bulan Mac ini, bunga-bunga cantik warna merah jambu muda dan putih, mula memekar dan kelopak bunga yang gugur cantik melatari permukaan tanah.

Cuma di negara kita ini, Sakura Malaysia ini nama sebenarnya adalah bunga Tekoma. Beberapa tahun sebelumnya, bunga Tekoma yang cantik ini viral di belah Utara.

Malaysia Dilanda Musim Bunga Sakura

Gambar dikongsi pembaca Mingguan Wanita. “Ya, memang cantik. Kami di Kluang.” – Rozaini Paijan

Bila mana Mingguan Wanita kongsikan, kecantikan bunga Tekoma di laman facebook kami, ramai yang berkongsi keindahan bunga Tekoma yang sedang memekar.

Ada dari Johor, Kuala Lumpur malah beberapa negeri lain. Mingguan Wanita kongsikan juga di sini perkongsian yang boleh buatkan hati mak-mak berbunga-bunga.

Malah, ada yang jadi teringin nak tanam bunga cantik ini depan rumah. Ada juga yang kata, “tak payah pergi Jepun.” Sebab dah boleh tengok bunga sakura Malaysia depan mata.

Kredit foto : Juriah Jumat

Sebagaimana yang dikongsikan Sinar Harian, setiap tahun pada musim panas atau kemarau pokok-pokok Tecoma akan mengeluarkan bunga warna putih dan merah muda di beberapa kawasan di ibu kota ini.

Mekarnya bunga pokok Tecoma bukan sahaja mewarnai pemandangan jalan raya dan kawasan sekitarnya, malah menjadi tarikan golongan pecinta alam berswafoto dan merakam gambar kenangan untuk dimuatkan ke dalam media sosial.

Kredit foto : Afja Jasmin (Puchong, Selangor)
versi putih, kredit foto : Nurhaslina Muhamad Saad

Malah, perkongsian Harian Metro memaklumkan wajah bandaraya Melaka ibarat musim bunga di Korea selepas landskap bunga Tekoma pelbagai warna menghiasi hampir semua laluan utama di negeri ini.

Pokok dengan nama saintifiknya “Tecoma stans” daripada keluarga Bignoniaceae berasal dari benua Amerika berkenaan jelas mengindahkan lagi pemandangan bandaraya ini.

Cantiknya Bunga Sakura Malaysia

MW merisik #sakuramalaysia di instagram. Dan hasilnya ada banyak gambar-gambar cantik yang dikongsikan netizen. Sebagai momen untuk dikenang bersama bunga Tekoma yang cantiknya setanding sakura Jepun ini.

9 rahsia taman herba belakang rumah teres lot tengah subur menghijau.

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

Published by
Netty Ah Hiyer