
Isi Kandungan
ToggleKek Oren memang ada keistimewaanya yang tersendiri.Mungkin rasanya yang masam manis, buatkan kek ini memang sedap dinikmati bila-bila masa. Nak buat kek oren cara yang mudah guna sahaja kordial Sanquick . Mak-mak tak perlu dah tersagat jari, bila nak kena parut kulit oren tu. Yang pastinya kek oren ini tetap ada rasa masam manisnya dan boleh jadi gebu.
Berikut perkongsian resipi Kek Oren Sanquick oleh Puan Dura sebagai rujukan mak-mak.
Bahan-Bahan:
Telur 3 bji
1 1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula yang dikisar halus
1 sudu besar Ovalet
3 sudu besar Pes oren Sanquick
1 cawanminyak matahari
1 kotak Santan (250ml)
Cara Membuat:
1.Masukkan telur, gula halus, ovalet dan pes kordial oren sanquick ke dalam mesin pengadun (mixer) dan pukul sampai gebu.
2.Kemudian masukkan minyak matahari dan santan serta sedikit pewarna oren.Pukul lagi sampai adunan menjadi gebu.
3.Masukkan pula tepung gndum yang telah diayak, pukul lagi sehingga gebu.
4.Leserkan mentega pada loyang dan masukkan adunan tadi.

5.Bakar pada suhu 150-160 selama 60 minit.Cucuk bahagian tengah kek, pastikan ia tidak melekat bagi menunjukkan kek telah masak sempurna.
Siap!
Selamat Mencuba
Sumber: Dura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerabu Tembikai Menu ‘Rare’ Orang Utagha, Sedap Baqhang!

Isi Kandungan
ToggleBagi orang utara, bahagian isi putih tembikai juga boleh dibuat kerabu yang sedap. Nak buat kerabu ni bahan-bahan yang digunakan tak banyak pun, tapi sangatlah mudah nak buatnya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Misbahul Munirah ini sebagai rujukan.
“Hampa oii yang beli tembikai lepas ambik isi jangan la jadi pepatah orang kata habis madu sepah dibuang.Serpihan isi tembikai yang ada lagi di bawah tu ada faedahnya.”
“Bagi pencinta kerabu macam sis ni memang pantang la jumpa lepas beli tembikai wajib kerjakan sampai kulitnya.”
“Ni kat bawah ni dah tunjuk gupe serpihan tembikai dan lepas dikikis isi dalam lebihan. Try la buat sedap baqhang. Kerabu tembikai nama dia.”
Simple ja bahan-bahan dia.
1. Serpihan isi tembikai lepas potong
2. Bawang merah
3. Cabai Melaka(cili padi)
4. Belacan
Cara Membuat:
1.Kikis isi tembikai lebihan tu pastu picit je belacan dengan cabai melaka pastu potong bawang merah.
2.Gaul semua sebatikan dengan garam sikit dah cukup.
3.Tak yah nak gatal tangan campur gula atau aji bagai dah sedap dah rasa dia. Tak perlu semua tu. Cukup sekadar garam secubit. Dah siap ❤
Menu rare orang utagha ni. Cenggini selera nasi.

Baca Lagi Di Sini:
Kerabu Terung Bakar Sedap, Santan Masak Sekejap Atas Dapur!
MW: Sedapnya kerabu tembikai ni, senang nak buat pulak tu. Memang kena cuba buat sendiri dekat rumah nanti.
Sumber: Misbahul Munirah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Kongsi Supaya Orang Luar Ambil Langkah Sama Memantau Pergerakan Anak. – Zarina Zainuddin

Isi Kandungan
ToggleSebagai seorang ibu, “Saya kongsi supaya orang luar ambil langkah sama memantau pergerakan anak,” jelas Zarina.
Tujuan dia memuatnaik video pengakuan anaknya bukan atas tujuan memalukan anaknya sebaliknya sebagai pengajaran buat mak, ayah semua agar sama-sama beringat serta sentiasa peka dengan tingkah laku anak masing-masing.
Hilang Kata-Kata
Pelakon, Zarina Zainuddin terkejut apabila anak bongsunya, Adam, 15, membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli tiga permainan video dalam talian sehingga wang simpanannya hanya berbaki RM3.
Zarina ketika dihubungi berkata, dia hilang kata-kata apabila wang simpanan sebanyak RM23,000 untuk kegunaan masa depan pendidikan anaknya itu kini hanya berbaki RM3.
“Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk mudahkan dia membeli data internet atau makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu.
“Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000,” katanya kepada Harian Metro.
Baca Juga Di Sini:
Dikahwini Sebab Kasihan, Zarina Zainuddin Usaha ‘Tackle’ Hati Madu, Raih Sayang Suami
Apa Cerita Mas Anizan, Zarina Zainuddin dan Wilma Muhammad?
Kongsi Supaya Orang Luar Ambil Langkah Sama
Terdahulu, Zarina berkongsi video di Instagram yang memperlihatkan Adam mengaku kesilapan yang dibuat dan berasa kesal dengan tindakannya itu.
Bagaimanapun, Zarina sudah memadam video itu kerana dikecam netizen yang mendakwa pelakon itu menjatuhkan air muka dan membuka aib anaknya.
Zarina berkata, dia tidak berniat untuk mengaibkan anak bongsunya itu sebaliknya mahu perkara ini menjadi iktibar dan teladan kepada ibu bapa lain.
Awasi Pergerakan Anak
“Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku.
“Saya sudah memadam hantaran itu dan saya beritahu Adam yang saya nak dia menghargai apa yang saya lakukan untuknya selama ini.
“Sebagai ibu saya sangat terkesan dengan benda ini tapi orang luar tak faham perasaan saya. Mereka ingat saya muat naik video untuk tujuan nak malukan dia.
Dia Calarkan Kepercayaan Saya
“Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?
“Takkanlah nak simpan keburukan anak. Saya kongsi supaya orang luar juga ambil langkah sama dengan memantau pergerakan anak masing-masing. Saya dah terkena, jadi saya tak mahu orang lain pun sama,” katanya.
Zarina berkata, dia sangat tegas dengan anak-anak dan jika buat salah kena mengaku kesilapan yang dibuat dan kena tanggung kesan kesalahan itu.
Mingguan Wanita : Sudah tentu jika mak ayah di tempat Zarina Zainudin akan melakukan perkara yang sama kerana kecewa dengan sikap anak yang tidak menghargai pemberiannya. Cuba letakkan diri di kasut Zarina dan fahami apa yang dilaluinya.

Sumber : myMetro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkahwinan Hanya Mampu Bertahan 15 Minit, Suami Ceraikan Isteri Gara-Gara Sebab Ini

Dalam perkahwinan kena ada rasa kepercayaan, baik dalam hubungan suami isteri mahupun keluarga mertua. Perkahwinan juga, bukan bertujuan ‘menjual’ anak untuk mendapat ‘keuntungan’ duit mas kahwin mahupun hantaran. Sebagai mak ayah seharusnya ikhlaskan niat dihati dalam mengahwinkan anak agar kebahagiaan anak itu mampu bertahan selama-lamanya.
Perkahwinan satu pasangan di Dubai hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja apabila pengantin lelaki menceraikan isterinya gara-gara bengang dengan sikap bapa mentua yang tidak sabar meminta wang mas kahwin.
Minta Tunggu 5 Minit
Lelaki terbabit sudah bersetuju untuk menyerahkan wang sebanyak 100,000 dirham (RM108,381) kepada bapa mentuanya. Perkahwinan turut disaksikan keluarga dan rakan mereka yang hadir ke pejabat Hakim Syarie.
Pengantin lelaki telah menyerahkan separuh daripada jumlah wang berkenaan pada masa itu, dan selebihnya akan diberi selepas meninggalkan bangunan, lapor Gulf News. Pengantin lelaki meminta bapa mertuanya agar menunggu selama 5 minit, agar dia boleh mengambil baki duit mas kahwin tersebut didalam kereta.
Bagaimanapun, bapa mentuanya berkeras meminta wang selebihnya dengan segera menyebabkan lelaki berkenaan berasa terhina dan menganggap tindakan tersebut seperti hilang percaya dengan dirinya, sebelum mengambil keputusan membatalkan perkahwinan mereka, kata peguam yang mengendalikan kes itu.

“Dia memberitahu bapa mentuanya bahawa dia tidak lagi mahu memperisterikan anaknya dan menceraikan wanita itu kurang 15 minit selepas menandatangani kontrak perkahwinan,” kata peguam itu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI