Ada caranya untuk kita goreng ayam rasa sedap dan rangup, tak menggunakan walau setitik minyak pun namun tetap garing.Bukan apa dengan keadaan kenaikan harga barangan seperti minyak, seeloknya kita mengurangkan penggunaannya. Bukan sahaja jimat, malah lebih sihat.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Tsu Feh Sufiah ini sebagai panduan;
Ayam Goreng TAK GUNA MINYAK tetap GARING.Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer.
Cer tengok nih!
Yes. Misi berjaya.
Ayam goreng sedap dan rangup.Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Hihi.
Try la buat. Serius,tak payah masuk setitik minyak pun.
Bahan-Bahan:
bawang putih (tumbuk lumat)
sedikit halia (tumbuk lumat)
sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
sedikit kunyit serbuk
garam
Ads
Caranya senang je:
1. Basuh bersih ayam.
2. Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia, kunyit hidup, kunyit serbuk dan garam.
3. Gaul sebati.
4. Masukkan dalam bakul air fryer suhu 180 darjah, masa 15 minit.
*Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.
Mingguan Wanita:Ada air fryer di rumah, boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan ini. Memang lebih jimat dan sihat tak perlu gunakan minyak pun. Malah ayam goreng pun elok sedap, rangup dan tetap garing!
Memang ‘seksi’ sungguh resipi ayam panggang yang dikongsikan ini. Cantik elok berkilat, garing kulitnya namun isinya sungguh lembut dan sedap dengan perapan aroma herba dan bahan-bahan yang digunakan. Tak perlu lagi nak pergi Kenny Rogers, malah memang jimat poket dan lebih berbaloi bila buat sendiri di rumah. Nak sediakan untuk makan sekeluarga atau nak buat jual untuk berniaga pun boleh sangat.
Sexy ciken grill is doneeee. Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tak payah pergi kenny rogers dah kome.Jimatt poket.
Bahan-Bahan:
Ayam seekor atau potong 4. Nak seksi biarkan dia seekor
Bahan A :
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia.
Bahan B
sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Cara Membuat:
1. Perap bahan A dengan Bahan B. Bahan B tu simpan sikit buat ‘basting’ bila masak setengah jalan, jadi ayam tak kering.
2. Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.
Selamat mencuba!
Info Ekstra!
Tak perlu balut dengan aluminium foil, campak terus dalam oven.
Ayam Grill ini sedap dicicah dengan blackpepper gravy.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Jadi jika nak buat ‘Ayam Seksi’ Grill ini bolehlah cuba resipi dan cara yang dikongsikan.Tak perlu lagi beli dekat Kenny Rogers. Memang sedap dan lebih jimat poket.
Ramai yang suka biskut batang jenama Pepero yang berasal dari Korea Selatan. Biskut ni ada bermacam-macam perisa yang sedap.Jika mak-mak masih tercari-cari biskut raya yang mudah, senang dibuat boleh cuba resipi Popia Pepero yang sedang viral ni.
Kulit popia (apa-apa brand tak kisah)
Minyak untuk menggoreng secukupnya
White coklat
Biskut Oreo (hancur)
Cara-Cara Membuat:
1. Potong dan gulung kulit popia.
**kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian, gulung dan lekatkan hujungnya dengan air.
**kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja, lekatkan hujungnya dengan air.
2.Goreng kulit popia hingga keperangan. Dah goreng, saya simpan dalam tupperware. Esoknya baru celup white choc.
3.Cairkan white coklat guna kaedah double boil. Bila dah cair celup pada kulit popia, pastu balut pula dengan oreo.
Kaedah double boil, macam ni.
Info Ekstra!
Kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap. Tapi badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu.
Tak perlu letak dalam peti sejuk.
Saya guna lidi sate semasa menggulung dan ia tak padat.
Saya guna kulit popia yang besar, potong 4. Rangup sampai ke dalam.
Oreo beli dah siap hancur. Beli kat kedai kek, harga dalam RM13.
White coklat saya guna brand ni. Cairkan guna kaedah double boil. Beli kat kedai cake jugak. Harga rm15.90.
Siap!
Selamat Mencuba!
MW:Senangnya buat popia papero ni. Anak-anak dan budak kecil puan mesti suka bila hidang masa raya nanti. Kena cuba!
Penggemar kek carrot atau lobak merah, bolehlah cuba buat kek bajet ini. Nak lagi sedap boleh letak topping cream cheese atas kek yang sudah siap itu.
Buat kalian yang masih mencari-cari resipi bagaimana hendak buat kek carrot, bolehlah cuba resipi ini. Resipinya mudah dibuat kerana ikut sukatan cawan sahaja.
Boleh Cuba Buat Resipi Kek Carrot Bajet Perkongsian Hidayati Hana Ini.
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 batang carrot (diparut jadikan 1 cawan)
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil ovalete (kalau tak letak pun boleh)
1/2 cawan minyak
Sedikit kismis atau walnut
Bahan Topping
250gm cream cheese
6 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1-Pukul telur, gula perang, ovalete hingga kembang.
2-Masukkan esen vanila dan carrot. Masukkan minyak.
3-Ayak tepung dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan masukkan kismis atau walnut.
4-Lapikkan loyang dengan baking paper bawahnya dan tuangkan adunan.
5-Panaskan oven suhu 170 dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.
6-Dah siap sejukkan kek baru letak topping dan taburkan lebihan carrot, walnut tadi atau pun gula-gula manik jika suka.
7-Untuk buat topping – mixedkan (campurkan) cream cheese dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila. Gaul sebati dan bolelah sapu atas kek.
Selamat mencuba!
MW: Bolehlah cuba kalau nak rasa kek carrot buatan sendiri. Tapi pastikan letak topping itu hanya apabila kek sudah disejukkan terlebih dahulu. Barulah cantik topping itu nanti.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...