Tak Payah Kukus, Tanak Pulut Dalam Rice Cooker LAPIK Penutup Periuk Guna Kain!

Share

Selalunya bila nak tanak pulut pasti gunakan periuk pengukus. Namun sebenarnya ada cara lebih mudah dan senang nak tanak pulut ni dengan menggunakan periuk nasi je. Mak-mak yang nak cuba cara ni boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Siti Asrien Mohd Hassan ini sebagai rujukan.

“Panjangkan pahala seorang kawan.Tips/cara dari seorang kawan untuk tanak pulut dengan rice cooker.”

Caranya:

1. Basuh beras bersama sedikit garam untuk dapat efek berkilat.
2. Basuh 3/4 kali basuhan.
3. Sukatan air untuk tanak pulut tu guna ruas jari telunjuk macam dalam gambar ni. Tak kisah beras banyak mana, air sukat sebanyak separuh ruas pertama jari telunjuk.(jari diatas beras).

4. Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Tak boleh longgar supaya wap panas tak keluar.

5. Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM.
6. Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak. InsyaAllah pulut cantik.
7. Selepas WARM pun jangan terus bukak biar 5-10 min baru bukak penutup, bagi pulut masak dengan wap panas.

Dah setahun lebih guna tips/cara ni tanak pulut. Buat tapai pun senang, tak payah kukus.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Baca Lagi Di Sini:Tapai Pulut Manis Leting Pastikan Ragi Betul-Betul Elok, Tak Betul CARA Tak Jadi!
Tak Perlu Kukus Dua Kali, Cara Lengkap Buat Pulut Kuning Sedap Tekstur Cantik Merelit

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak tanak pulut, tapi takde periuk pengukus boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan ni. Lebih mudah!

Sumber: Siti Asrien Mohd Hassan

Published by
Suhaidah Abd Wahab