Selalunya bila nak tanak pulut pasti gunakan periuk pengukus. Namun sebenarnya ada cara lebih mudah dan senang nak tanak pulut ni dengan menggunakan periuk nasi je. Mak-mak yang nak cuba cara ni boleh ikut tip yang dikongsikan oleh PuanSiti Asrien Mohd Hassan ini sebagai rujukan.
“Panjangkan pahala seorang kawan.Tips/cara dari seorang kawan untuk tanak pulut dengan rice cooker.”
Caranya:
1. Basuh beras bersama sedikit garam untuk dapat efek berkilat.
2. Basuh 3/4 kali basuhan.
3. Sukatan air untuk tanak pulut tu guna ruas jari telunjuk macam dalam gambar ni. Tak kisah beras banyak mana, air sukat sebanyak separuh ruas pertama jari telunjuk.(jari diatas beras).
4. Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Tak boleh longgar supaya wap panas tak keluar.
5. Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM.
6. Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak. InsyaAllah pulut cantik.
7. Selepas WARM pun jangan terus bukak biar 5-10 min baru bukak penutup, bagi pulut masak dengan wap panas.
Ads
Dah setahun lebih guna tips/cara ni tanak pulut. Buat tapai pun senang, tak payah kukus.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak tanak pulut, tapi takde periuk pengukus boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan ni. Lebih mudah!
Memang bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kesum. Walaupun orang kata cucuk, siram ikut aturan dan tinggal. Tetap juga daunnya kering layu dan mudah mati sebelum naik pucuk mudanya.’Geram’ kadang kala bila tengok pokok orang tanam elok subur, akar banyak dan gemuk-gemuk merimbun daunnya.
Tanam pokok kesum ni ada pelbagai cara dan tekniknya. Cubalah mana-mana yang serasi sampai berjaya.Cuma tip asas, daun kesum ni perlukan kawasan yang lembap dan berair serta redup.Boleh cuba siram dengan air bawang merah pula, barulah pokok kesum keluarkan akar dan pucuk yang banyak.
Cara ini dilakukan dan dikongsikan oleh Puan Noridah Tahir sendiri, katanya serasi dan berkesan dengan tip ini.
“Guna air bawang merah baru la ciksom keluarkan akar yang banyak. Potong 2 batang dan semai dalam botol mineral. Harap membesar dan rimbun.”
Air Bawang Merah:
Bahan Diperlukan:
5 Biji Bawang Merah beserta kulit
1.5 liter air paip
Cara Buat Air Bawang Merah :
1.Blend 5 biji bawang merah beserta kulit dengan sedikit air paip.
2.Kemudian tapis untuk ambil air bawang dan campurkn dengan 1.5 liter air paip.
3.Peram 1 ke 2 hari. Campurkan dengn air paip dengan nisbah 1:5 dan jirus pada pokok untuk banyakkan akar atau sembur pada pokok untuk banyak kan pucuk.
Zaman sekarang ni kebanyakan perkara boleh dilakukan secara online termasuklah pelbagai urusan rasmi. Namun demikian, apabila melibatkan urusan rasmi kebanyakkannya juga memerlukan tandatangan pada surat mahupun dokumen penting yang dilampirkan.
Sebenarnya jika menggunakan komputer, ada cara mudah untuk masukkan tandatangan dalam dokumen mahupun surat dengan menggunakan Microsoft Word.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Sentral Computer ini sebagai rujukan;
CARA MASUKKAN TANDATANGAN DALAM DOKUMEN GUNA MICROSOFT WORD
1. Mula-mula buka microsoft word dan klik insert.
2. Setelah itu, pilih ‘Picture’ dan pilih ‘This Device.
3. Pastikan dah ambil gambar tandatangan sendiri di atas kertas putih.Kemudian pilih gambar tandatangan tersebut dan kecilkan.
4. Selepas itu, klik kanan atau right click dan pilih ‘Wrap Text’. Pilih ‘In Front of Text’.
5. Kemudian pilih ‘Remove Background’. Pilih ‘Keep Changes’.
6.Terakhir sekali, pilih ‘Colours’ , pilih Black and White 50%.
7. Dah siap!
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Boleh tengok video penuh dengan lebih jelas, di bawah ini :
Mingguan Wanita:Baru tahu macam ni rupanya nak masukkan tandatangan pada surat atau dokumen dalam microsoft word. Mudah je caranya. Boleh cuba nanti ikut tip yang dikongsikan ini.
Tak ramai yang tahu tentang air rendaman bendi ini sangat berkhasiat buat kita semua terutamanya dari segi kesihatan. Kalau sebelum ini, bendi menjadi salah satu pelengkap dan menyedapkan dalam aneka masakan kari.
Sesetengah orang tidak gemar dengan bendi kerana memikirkan lendir yang ada pada bendi, lebih-lebih lagi bila menghirisnya. Kalau tak tahu cara memang akan keluar lendir dan mungkin dengan inilah yang memberi kebaikan kepada kita.
Bercerita tentang air rendaman bendi ini, orang dulu-dulu sudah tahu khasiatnya yang tersendiri. Cuma tak ramai yang praktikkan. Bahkan bendi ini bukan sahaja untuk pelengkap masakan tapi ada khasiat lain yang kita tidak tahu.
Dalam perkongsian Mayee Nazrich yang diperolehi daripada sumber Dara Anggun ini turut memperkatakan tentang amalan minum air rendaman bendi. Kita tak tahu masalah kita alami tapi dengan amalkan minuman ini, ia boleh membantu kita semua dalam kesihatan badan.
“Balik kampung tempoh hari, ada bersembang dengan kawan atuk, umurnya sudah masuk 86 tahun tetapi masih kuat lagi. Bela lembu kambing, tanam nenas dan cili 5 ekar.
Tiada penyakit seperti adik beradik dia yang lain, tekanan darah ok, gula dalam darah ok, kencing manis tak ada dan kolesterol rendah.
Bila aku tanya apa rahsia dia…
Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia masuk umur 30 tahun
Aku pun dah masukj 4 series, cuba juga buat, kiranya ini dah hari ketiga. Mudah-mudahan aku istiqamah amalkan ini sampai bila-bila.
Caranya mudah dan murah: 1. Beli 1 ikat kacang bendi RM1 2. Potong halus (basuh dulu ya) 3. Rendamkan 8-12 jam di dalam air mineral supaya lendir bendi tadi keluar (tidak perlu rebus) 4. Minum macam biasa, air tak ada rasa apa-apa pun. 5. Bila air sudah habis, rendam sekali lagi (boleh buat sampai 2-3 kali, sampai likat lendirnya habis) 6. Bendi tadi tu bolehlah goreng kicap, rebus buat ulam atau letak dalam kari…tak adalah membazir.
Selamat mencuba!
Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu
1. Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
2. Dalam bidang perubatan tradidional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
3. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
4. Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
5. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
6. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
7. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
8. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
9. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
10. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
11. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
12. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
13. Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
14. Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan di samping itu juga boleh menstabilkan paras gula.
Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang memberangsangkan.
Sumber: dara anggun
MW: Boleh cuba nanti, moga memberi manfaat pada semua.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.