Sudah masuk fasa kedua untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ini bermakna, selama inilah mak-mak tidak jemu-jemu fikir menu apa untuk tempoh ini untuk hidangan keluarga.
Namun, lainnya bila ruang lingkup yang terhad dan ulang aktiviti sama setiap hari pasti akan menimbulkan kebosanan dan akhirnya mencetus bibit-bibit tekanan saban hari. Keadaan tekanan kehidupan yang semakin bertambah saban hati ini mencetuskan fenomena yang agak membimbangkan dan ada suami isteri yang boleh bergaduh, stres dan sebagainya.
Situasi membimbangkan ini sebenarnya boleh kita elakkan dengan mengamalkan ilmu rumah tangga yang betul dan sihat. Pakar Perhubungan dan Keintiman, Puan Diyana Tahir berkongsi beberapa tip rumah tangga untuk sama-sama diamalkan sepanjang tempoh PKP agar hubungan antara suami isteri dan anak-anak sentiasa harmoni dan fikiran sentiasa tenang.
Perkara ini adalah perkara yang amat penting untuk anda sedari. Ramai orang yang gagal untuk merasai ketenangan kerana mereka tidak “ being present”. Masih berfikir terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup selama ini sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan ketika ini.
Jika dilihat dalam konteks ketika ini, ramai yang mungkin berasa rimas,bosan, terkurung dan penat kerana tidak dapat menjalani kehidupan biasa yang terisi dan bermakna. Apatah lagi terpaksa melayan kerenah suami dan anak-anak dalam sepanjang hari sepanjang tempoh PKP. Tidak hairanlah apabila ramai ibu dan isteri yang memekik bagai tarzan sehingga didengari jiran-jiran.
Sedari bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan. Sedari juga nikmat yang kita dapat dengan berada di di samping keluarga yang amat sukar kita perolehi selama ini kerana kesibukkan menjalani tugas harian.
Jika dahulu makan kerap kali dibeli, sebulan hanya sekali dua anakdan suami merasa air tangan isteri. Kini hikmah di sebalik PKP anak dan suami gembira dan berselera makan bersama, dahulu tiada cukup masa untuk berbual, kini masa yang ada boleh mengimbau kembali saat bercinta, tuturkan kata-kata manis yang boleh membangkitkan rasa sayang dan cinta.
Tumpukan pada diri, bukan pasangan anda. Jangan harapkan pasangan berubah tetapi anda yang kena mula ubah diri. Upgrade diri , emosi dan minda anda. Penuhkan diri dengan mindset-mindset yang positif.
Perbaiki diri anda, sayangi diri anda setiap hari, lakukan penjagaan wajah dan diri dengan dengan teratur, kekalkan circle and berhubung dengan individu-individu yang positif. Jauhi makcik bawang dan gssip-gossip tidak berfaedah. Percayalah kalau anda amalkan dan benar-benar ingin memperbaiki diri pasti jiwa anda akan tenang dan bahagia. Bukan itu sahaja kesan perubahan anda pasti akan mempengaruhi suami dan anak-anak. Hasilnya PKP dilalui tanpa tekanan tidak munasabah dan kasih sayang keluarga dapat disuburkan, suami dah tentulah makin sayang.
Ramai beranggapan alam rumah tangga ini seperti dalam cerita pari-pari, segalanya indah dan manis-manis belaka. Keadaan sekarang jauh berbeza dengan 20 tahun lalu. Ketika ini pelbagai ilmu boleh diperoleh dengan cara yang mudah, malah ada yang diperolehi secara percuma. Jadi manfaatkan waktu yang ada sewaktu PKP untuk menambah ilmu rumah tangga dan beramal dengan ilmu yang anda pelajari. Keadaan kehidupan anda akan bertambah baik dan hebat.
Jika anda sedang berbaring, bangun. Jika anda sedang duduk, berdirilah dan buat sesuatu. Melakukan pergerakan kecil ini amat penting untuk ubah STATE OF MIND anda. Contohnya setiap pagi anda biasakan denga melakukan aktiviti fizikal. Mulaka hari seawal jam 7 pagi, berlari di atas threadmill untuk aktifkan badan anda. Cubalah kalau tak percaya! Jika mahu hasil yang hebat boleh amalkan secara berterusan dalam kehidupan harian anda.
Kenapa anda perlu lakukan pergerakan pada waktu pagi? Ini kerana melalui aktiviti inilah tersimpan seribu satu rahsia yang very POWERFUL untuk emosi kita.
Cari push factor kenapa anda perlu berubah. Lihat anak-anak anda. Keluarga anda atau sesiapa sahaja yang mengharapkan anda ketika ini. Paling tidak pun, tanyakan pada diri adakah anda benar-benar sanggup membiarkan diri anda terus di rundung masalah yang sedang anda lalui. Tuliskan dalam jurnal. Bagi anda yang gemar menulis salurkan minat anda dengan betul agar lebih bermanfaat. Tuliskan segala apa yang anda rasa dengan penuh sedar. Tulis perkara-perkara yang positif untuk memberikan aura positif dalam diri dan dalam hidup anda. Menulis juga boleh menjadi satu terapi diri yang berkesan ya!.