Tak Nak Campur Urusan Rumah Tangga Nabila “Saya Nak Bahagia Saja Dengan Anak Cucu” Noor Kartini

Share

Tak Nak Campur Urusan Rumah Tangga Nabila. Ibu kepada Usahawan Wanita Berjaya yang juga selebriti popular Noor Neelofa, Noor Kartini Noor Mohammed menerangkan dia enggan mengulas tentang kisah rumah tangga anaknya yang juga kakak kepada Neelofa, Noor Nabila.

Ibu berwajah jelita ini juga turut menerangkan dirinya tidak mahu campur urusan rumah tangga anaknya.

Tak Nak Campur Urusan Rumah Tangga Nabila

Malah tegasnya lagi, Nabila pun sudah berkeluarga, dewasa dan soal itu kenalah ditanya pada empunya diri.

“Urusan rumah tangga tak nak campur dan saya tak nak tahu. Yang saya tahu saya nak bahagia saja dengan anak cucu. Bagi saya mereka semua di mata dan hati saya. Untuk Ameera dia masih lagi bawah perlindungan dan jagaan saya.

“Tak ada apa lagi saya nak rungutkan sebab bukan ramai ibu-ibu luar sana yang bertuah, bernasib baik, beruntung, Allah bagi nikmat macam mana saya dapat kasih sayang dalam keluarga anak-anak saya. Itu cukup,” katanya seperti mana dilaporkan Harian Metro.

Tampil Bersuara Bila Dakwaan Tidak Betul

Menurut Kartini lagi, dia turut akan tampil bersuara jika dakwaan terhadap anak-anaknya tidak betul. Sebagai ibu juga dia sebenarnya tidak ambil tahu jika kisah anaknya tular tapi memutuskan untuk tampil bersuara untuk dakwaan tidak betul.

Sebelum ini adik kepada Neelofa, Ameera Khan difitnah terbabit dengan aktiviti perjudian.
“Alhamdulillah tak ada sesiapa pun tengok anak-anak saya ada di kelab (malam), tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha dan vape. Itu saya boleh rasa banggalah dengan anak-anak.

“Pasal perjudian itu memang tak ada dalam keturunan kami. Tak pernah jejak kaki pun ke tempat begitu. Saya tak anggap itu satu ujian pun.

“Tak pernah ambil tahu pasal orang cakap hari-hari tular (pasal anak-anak). Cuma pasal Ameera itu perlu jawab,” luah Kartini.

Sebagai ibu Kartini juga mengharapkan Ameera atau lebih dikenali Little Miss Khan masih banyak perlu belajar untuk memperbaiki diri.

Mingguan Wanita: Semoga semuanya baik-baik buat keluarga Noor Kartini.

Mesti Baca: Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Ambil Keputusan Batalkan Permohonan Cap Dagang ‘Harimau Menangis’
Baca Lagi Di Sini: Neelofa Warisi Kekuatan & Kejelitaan Datin Noor Kartini
Artikel Menarik: Ibu Neelofa Sanggup Masak Hantar Sendiri Makanan Tunaikan Hasrat Wanita Hamil ‘Mengidam’

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Harian Metro

Sumber Foto : Instagram Noorkartini

 

Published by
Norhayati Suboh