Tak Mustahil Gaji RM2000 Beli 3 Rumah, Asalkan Betul Caranya

Share

Bunyinya macam tak masuk akal kan. Gaji RM4000 pun terkial-kial mengumpul nak beli sebiji rumah, ini kan pula gaji RM2000 tapi boleh beli 3 rumah.

Sebenarnya tak mustahil, asalkan betul cara atur kewangan dan gunakan strategi yang tepat. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Harith Faisal ini.

10 Tip Gaji RM2000, Nak Beli 3 Rumah

SHARE lelaju bagi semua kawan-kawan kau yang bergaji RM2,000 baca sekali. Supaya berputik harapan, disertakan pula dengan panduan, pasti jadi kenyataan.

Kau yang tak pernah nak ambil tahu pasal hartanah, memang akan rasa mustahil benda ni akan berlaku. Dengan gaji RM2,000 nak beli rumah RM200,000 pun tak lepas, apatah lagi nak beli 3 buah rumah, kan. Baca bagi habis

.”

1. Memang bukan semua orang boleh buat. Tapi kalau kau sanggup buat, kau dapatlah rasa hasilnya nanti. Rahsianya, mulalah dengan yang kecik. Cari rumah lelong yang harga sekitar RM100,000 hingga RM110,000.

2. Nak dapatkan modal tu, simpanlah 50% daripada gaji kau. Nak lagi cepat cukup modal dan senang lulus pembiayaan, kau tak payah usik gaji kau tu. Simpan 100%. Kau hidup dengan duit daripada side income.

3. Bila bank tengok kau boleh simpan RM1,000 sampai RM2,000 setiap bulan, bank akan kagumlah juga. Takkan kau tak mampu nak bayar ansuran rumah lelong tu yang hanya sekitar RM500 hingga RM600.

4. Gaji kecik susah nak lulus pembiayaan? Mungkin kau kena pilih untuk buat side income yang boleh dibuktikan kepada bank akan kewujudan dan asal usulnya. Contoh, ejen takaful, konsultan unit trust, jual penapis air ke.

5.. Lepas dapat beli rumah pertama tu, kau buat fully furnished dan sewakan per head. Katakan kau dapat total sewaan RM1,000. Sebab nak bagi gempak, kita ambil contoh yang paling sedap. Sebenarnya, logik je. Asalkan kawasan tu bagus.

 

Kredit foto : says.com

Sewakan Rumah, Beli Rumah Kedua

6. Kau sewakan 6 bulan, dan kau dah boleh beli rumah yang kedua pula. Tak semua bank ambil 100% hasil sewaan sebagai pendapatan kau. Ada yang ambil 80% dan 50% pun ada juga. Ikut bank. Jadi, kita ambil contoh 80% lah.

Gaji hakiki : RM2,000
Sewaan : RM1,000 x 80% = RM800
Total : RM2,800

7. Jumlah income kau sekarang adalah RM2,800. Dari awal dulu, income kau hanya RM2,000 sekarang dah naik jadi RM2,800. Untuk kiraan kelayakan, bank akan kira ikut RM2,800. Tak masuk side income lain lagi ni.

8. Apa lagi tunggu, kau mungkin dah boleh beli subsale harga sekitar RM150,000 pula. Nak beli lelong lagi sekali pun boleh. Ikut suka hati kau lah. Kalau lelong, lebih mudah nak dapat rumah positive cashflow sewaannya.

9. Ulang balik apa yang kau buat kat rumah pertama tadi tu. Selepas 6 bulan, beli rumah ketiga pula. Pastikan buat tenancy agreement dan dimatikan setem di LHDN. Lepas 6 bulan, tenancy agreement tu valid sebagai income.

10. Rumah ketiga kau, boleh survey yang harga RM200,000. Mungkin untuk rumah ketiga ni kau kena beli rumah subsale lah. Ada sebab-sebab dia. Hint: LTV 70%.

Nanti bila rajin, saya sambung tulis ya. Kalau tak, panjang sangat pulak posting hari ni. Posting panjang-panjang macamlah kau rajin baca, kan. Ha!”

SHARE jika bermanfaat.

Sumber/Foto : Harith Faisal, twitter.com

Published by
Netty Ah Hiyer