Bunyinya macam tak masuk akal kan. Gaji RM4000 pun terkial-kial mengumpul nak beli sebiji rumah, ini kan pula gaji RM2000 tapi boleh beli 3 rumah.
Sebenarnya tak mustahil, asalkan betul cara atur kewangan dan gunakan strategi yang tepat. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Harith Faisal ini.
10 Tip Gaji RM2000, Nak Beli 3 Rumah
SHARE lelaju bagi semua kawan-kawan kau yang bergaji RM2,000 baca sekali. Supaya berputik harapan, disertakan pula dengan panduan, pasti jadi kenyataan.
“Kau yang tak pernah nak ambil tahu pasal hartanah, memang akan rasa mustahil benda ni akan berlaku. Dengan gaji RM2,000 nak beli rumah RM200,000 pun tak lepas, apatah lagi nak beli 3 buah rumah, kan. Baca bagi habis.”
1. Memang bukan semua orang boleh buat. Tapi kalau kau sanggup buat, kau dapatlah rasa hasilnya nanti. Rahsianya, mulalah dengan yang kecik. Cari rumah lelong yang harga sekitar RM100,000 hingga RM110,000.
2. Nak dapatkan modal tu, simpanlah 50% daripada gaji kau. Nak lagi cepat cukup modal dan senang lulus pembiayaan, kau tak payah usik gaji kau tu. Simpan 100%. Kau hidup dengan duit daripada side income.
Ads
3. Bila bank tengok kau boleh simpan RM1,000 sampai RM2,000 setiap bulan, bank akan kagumlah juga. Takkan kau tak mampu nak bayar ansuran rumah lelong tu yang hanya sekitar RM500 hingga RM600.
4. Gaji kecik susah nak lulus pembiayaan? Mungkin kau kena pilih untuk buat side income yang boleh dibuktikan kepada bank akan kewujudan dan asal usulnya. Contoh, ejen takaful, konsultan unit trust, jual penapis air ke.
5.. Lepas dapat beli rumah pertama tu, kau buat fully furnished dan sewakan per head. Katakan kau dapat total sewaan RM1,000. Sebab nak bagi gempak, kita ambil contoh yang paling sedap. Sebenarnya, logik je. Asalkan kawasan tu bagus.
Ads
Kredit foto : says.com
Sewakan Rumah, Beli Rumah Kedua
6. Kau sewakan 6 bulan, dan kau dah boleh beli rumah yang kedua pula. Tak semua bank ambil 100% hasil sewaan sebagai pendapatan kau. Ada yang ambil 80% dan 50% pun ada juga. Ikut bank. Jadi, kita ambil contoh 80% lah.
Gaji hakiki : RM2,000 Sewaan : RM1,000 x 80% = RM800 Total : RM2,800
7. Jumlah income kau sekarang adalah RM2,800. Dari awal dulu, income kau hanya RM2,000 sekarang dah naik jadi RM2,800. Untuk kiraan kelayakan, bank akan kira ikut RM2,800. Tak masuk side income lain lagi ni.
Ads
8. Apa lagi tunggu, kau mungkin dah boleh beli subsale harga sekitar RM150,000 pula. Nak beli lelong lagi sekali pun boleh. Ikut suka hati kau lah. Kalau lelong, lebih mudah nak dapat rumah positive cashflow sewaannya.
9. Ulang balik apa yang kau buat kat rumah pertama tadi tu. Selepas 6 bulan, beli rumah ketiga pula. Pastikan buat tenancy agreement dan dimatikan setem di LHDN. Lepas 6 bulan, tenancy agreement tu valid sebagai income.
10. Rumah ketiga kau, boleh survey yang harga RM200,000. Mungkin untuk rumah ketiga ni kau kena beli rumah subsale lah. Ada sebab-sebab dia. Hint: LTV 70%.
“Nanti bila rajin, saya sambung tulis ya. Kalau tak, panjang sangat pulak posting hari ni. Posting panjang-panjang macamlah kau rajin baca, kan. Ha!”
Anak saudara pengacara Mingguan Wanita Talkshow, Nurul Syuhada Nurul Ain dilaporkan hilang. Gadis berusia 15 tahun yang hilang ini bernama Raja Maryam Raja Azlan ini adalah anak istimewa.
Maklum Nurul Syuhada di instagram, Maryam mempunyai kecenderungan untuk melakukan impulsive act (Maryam mempunyai kecenderungan ADD Attention Deficit Disorder.
Anak Saudara Nurul Syuhada Nurul Ain Hilang
Katanya, “Assalammualaikum followers saya yang dihormati, minta kerjasama anda untuk VIRAL kan kehilangan anak saudara saya, MARYAM.”
“Maryam berusia 15 tahun, berbadan gempal dan mempunyai ketinggian yang sederhana.”
Dia dikatakan telah meninggalkan rumah sekitar jam 3 pagi. Kali terakhir dia dilihat di cyber cafe Mineski Setiawangsa pada jam 4.30 pagi. (Bajunya tertera perkataan NIRVANA)
“Ibu bapa Maryam telah melakukan police report. Kerjasama anda amat-amat dihargai.”
Kali Terakhir Di Cyber Cafe Mineski, Setiawangsa
Daripada laporan polis yang dibuat ibunya menjelaskan beliau telah pun mencari anaknya di Cyber Cafe Mineski dan Cyber Cafe Orang yang terletak di Setiawangsa. Namun, anaknya tiada di sana.
Ketika meminta pihak Cyber Cafe Mineski Setiawangsa untuk melihat rakaman CCTV, didapati kali terakhir anak perempuannya itu ada di premis tersebut.
Ketika itu Maryam memakai baju lengan panjang hoodie yang bertulisan NIRVANA pada hadapan bajunya. Tambah ibunya lagi, Maryam berkaca mata berbingkai hitam, berambut panjang kerinting dan berkulit putih.
Sekiranya anda ada maklumat terkini mengenai anak buah Nurul Syuhada bernama Maryam, SEGERA hubungi nombor ini : 012 233 6597 atau 017 367 0842
“Sila viralkan! ALLAHU AKBAR!”
MW : Sama-sama lah kita bantu sebarkan agar anak buah Nurul Syudaha ini dapat ditemui semula dalam keadaan selamat.
Dua adik beradik ini, Mohamad Danial, 4 dan Muhammad Dayyan Hazim, 20 bulan mengalami demam serentak. Kongsi bapa mereka, Mohd Esmadi Ibrahim, 36, selepas sehari mengalami demam, anak bongsunya, Hazim meninggal dunia pada 6 Januari lalu.
Manakala anak keduanya, Danial ketika itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta Kuantan yang disahkan positif Influenza A. Sungguh ini dugaan hebat untuk bapa tiga anak ini. Yang mana, dia tak dapat bersama menemani isteri menghadapi saat-saat akhir hayat anak bongsunya.
Sejak anak bongsunya demam, dia tak berpeluang untuk berjumpa malah menjaga anaknya itu. Sejak 1 Januari lalu dia berada di wad menjaga Danial yang juga alami demam teruk.
Sehinggalah pada 2 Januari itu, isterinya Rossilawati Mohamad, 37 menghubungi. Maklumkan yang Hazim demam panas mendadak. Dia juga mengadu sakit dalam perut.
Dia kemudiannya meminta isterinya membawa Hazim ke klinik swasta. Dari pengalamannya sebelum ini, jika pesakit baru demam, pesakit akan disuruh balik. Tidak pula dibuat ujian terperinci termasuk ujian darah.
Bila masa isteri bawa anak ke klinik, Hazim didapati negatif influenza.
Sehari Demam Panas, Tubuh Hazim Jadi Lemah
Isterinya pun pulang ke rumah bersama Hazim dengan bekalan ubat demam dan antibiotik. Rupanya demam panas anak meningkat mendadak sehingga terpaksa diberikan ubat. Malah mengalami sawan dan dikejarkan ke Hospital Jengka. Keadaan Hazim semakin kritikal, sehingga dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.
Waktu itu, Mohd Esmadi dalam perjalanan pulang ke Kuantan. Sebaik sampai ke hospital itu, doktor pakar memaklumkan yang anaknya dalam keadaan kritikal. Dan Hazim meninggalkan mereka sekeluarga pada jam 7.11 pagi.
Jenazahnya dikebumikan di Jengka 18 pada hari yang sama.
Sungguh, ayah ini tak menyangka demam satu hari boleh menyebabkan tubuh anak bongsunya menjadi lemah.
“Walaupun saya dan isteri amat sayangkan Hazim, tetapi kami redha dengan ketentuan kerana Allah lebih sayangkannya.” Maklum bapa ini yang bertugas sebagai Pengurus Felda Jengka 1.
Bapa ini tidak menyalahkan sesiapa. Cuma dia berharap selepas ini pihak hospital tidak terlalu mengikut prosedur. Membuatkan pesakit perlu menunggu hingga 5 hari baru hendak melakukan ujian. Sedangkan sakit teruk.
Kata ayah ini lagi, anak keduanya Danial diserang demam panas sejak 31 Disember lalu. Waktu itu, suhunya naik sehingga 39 darjah selsius.
Mulanya dia bawa Danila ke Hospital HOSHAS Temerloh. Bila mana doktor sahkan tiada jangkitan kuman, Danial diminta pulang.
“Walaupun saya memberitahu anak saya sering sakit perut dan demam tak kebah biarpun makan ubat, tetapi doktor mengesahkan tidak dijangkiti kuman.”
“Doktor tetap arahkan anak saya dibawa pulang. Dan minta kami basahkan Danial.” Dia yang bimbangkan keadaan anaknya itu memutuskan untuk merujuk kes anaknya ke klinik swasta.
Di situlah, Danial disahkan positif Influenza A.
“Berbekalkan surat rujukan dari klinik itulah saya bawa anak ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.” Anak keduanya sembuh dan dibenarkan pulang pada 6 Januari lalu. Rupanya itulah hari terakhirnya dapat melihat adik bongsunya.
Bapa ini berasa sedih dengan fasiliti hospital kerajaan yang tak mampu mengesahkan anaknya menghidap Influenza A.
MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Mohd Esmadi. Semoga roh Allahyarham Muhammad Dayyan Hazim di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Mak ayah lain pun kena ekstra jaga-jaga. Lagi-lagi musim Influenza ketika ini makin meningkat jumlah pesakitnya. Semoga kita semua dilindungiNya.
Baru-baru ini, ramai yang menyahut cabaran #10yearschallege di media sosial, baik di laman Instagram, Facebook, twitter dan sebagainya. Ramai yang teruja berkongsi gambar perubahan pada diri daripada segi saiz tubuh badan, bentuk raut wajah dalam tempoh 10 tahun.
Data Perisian Pengecaman Wajah
Sebenarnya, tujuan cabaran popular ‘10 Year Challenge’ dipercayai dicipta untuk mengumpulkan sejumlah besar data bagi perisian pengecaman wajah pada masa hadapan, demikian menurut seorang penulis teknologi seperti laporan portal berita CTV News kelmarin.
Cabaran tersebut melonjak popular dan menjadi trending tidak lama selepas 1 Januari lalu. Ia meminta pengguna media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter memuat naik gambar sebelah menyebelah, menunjukkan wajah mereka sekarang berbanding 10 tahun lalu.
Trend tersebut menjadi ikutan berjuta-juta orang termasuk selebriti Amerika Syarikat seperti Reese Witherspoon dan Jennifer Lopez. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut memuat naik gambarnya dan berseloroh bagaimana rambutnya makin beruban dalam tempoh 10 tahun.
Tidak Undang Bahaya
Walaupun cabaran itu kelihatan tidak mengundang bahaya, penulis teknologi dan penasihat Fortune 500, Kate O’Neill menyatakan dalam komennya di Twitter kelmarin bahawa 10 Year Challenge mungkin diwujudkan bagi melatih algoritma kecerdasan buatan (AI) mengecam wajah dan proses penuaan manusia.
“Anda mahukan pangkalan data yang luas dan menyeluruh serta sarat dengan gambar orang ramai. Ia juga banyak membantu jika imej tersebut adalah dalam selang masa tertentu seperti 10 tahun,”
“Tidak perlu panik atau bimbang. Ia cuma perlu lebih beringat dan berhati-hati bagaimana data berpontensi boleh digunakan,” katanya
Jelas Kate O’Neill lagi, data yang dikumpul boleh digunakan oleh perisian pengecaman wajah yang seringkali digunakan dalam industri pengiklanan.Dia turut menasihatkan agar lebih selektif dengan apa yang dikongsikan, tidak kiralah dalam apa juga media sosial.
MW: Mungkin juga alasan ini ada benarnya.Setiap satu cabaran yang dicipta pasti ada tujuan tertentu.Bukan saja-saja.Apa yang penting kita lebih bijak memilih, serta tidak membahayakan keselamatan diri dan sebagainya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...