"Saya belum memaafkan pelaku yang membuatkan saya kehilangan tangan kanan, namun saya cuba untuk tidak memikirkannya lagi kerana tiada guna untuk menangis kerana ia sudah terjadi.- Siti Nur Azizah.
‘Tak mudah terima kenyataan hilang tangan.’ Walaupun pahit hidup perlu diteruskan, gadis ini sedaya-upaya melakukan apa yang termampu untuk mencari pendapatan untuk keluarga.
Ternyata biarpun menempuh ujian yang cukup berat dalam hidupnya, gadis ini mampu bangkit dan mencari jalan terbaik untuk membantu keluarganya.
Tak Mudah Terima Kenyataan
Walaupun pahit untuk menerima kenyataan kehilangan tangan kanan, peniaga dalam talian Siti Nur Azizah Syafriadi, 18, perlu tabah menjalani kehidupan demi keluarga tersayang.
Jelas Siti Nur Azizah, dia kini menjalankan perniagaan barangan kosmetik dalam talian dengan bantuan ibunya Roslinawati Ya, 39, sebagai salah satu sumber pendapatan keluarganya.
Hilang Tangan
“Sejujurnya, saya cuba untuk kembali gembira seperti dahulu walaupun tragedi pada 26 Ogos tahun lalu masih tebal dalam ingatan.
“Saya belum memaafkan pelaku yang membuatkan saya kehilangan tangan kanan, namun saya cuba untuk tidak memikirkannya lagi kerana tiada guna untuk menangis kerana ia sudah terjadi.
“Sebelum ini, saya juga tidak pernah menangis mengenangkan tragedi itu, tetapi hanya menangis disebabkan kesakitan di bahagian kecederaan,” katanya.
Cerita Siti Nur Azizah ketika menerima kunjungan wakil Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR), Johan Rozali-Wathooth di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, semalam.
Menurutnya, selepas kisahnya disiarkan, dia menerima panggilan daripada beberapa pihak yang ingin membantu dalam pelajaran dan kewangan.
“Ada beberapa pihak yang datang dan bincang bersama ibu bagaimana mereka boleh membantu saya meningkatkan kemahiran berniaga.
Ads
“Selain itu, sekarang saya fokus untuk membantu keluarga supaya dapat sumber hasil pendapatan usaha saya sendiri,” katanya.
Hidup Perlu DiTeruskan
Sementara itu, Johan berkata, pihaknya tergerak hati mahu membantu keluarga Siti Nur Azizah selepas mendengar kisahnya daripada salah seorang penerima biasiswa YTAR.
“Azizah adalah seorang remaja yang cekal dalam menghadapi cabaran hidup selepas kemalangan yang menimpa dirinya.
“Saya berharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu Azizah dalam mencetus minatnya dalam bidang keusahawan kecil,” katanya.
Ads
Harian Metro sebelum ini melaporkan tangan kanan Siti Nur Azizah terpaksa dipotong hingga paras bahu susulan kecederaan dalam kemalangan bersama teman lelakinya, tahun lalu.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam, motosikal Yamaha Y15ZR yang dinaiki mereka ditendang penyamun di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, menyebabkan kedua-duanya terjatuh.
Mingguan Wanita: Semoga Allah mempermudahkan urusan gadis ini dan dia dapat bekerja bagi menampung keperluan keluarganya.
Norlia Ghani dapat sejuta tontonan waktu pertama kali buat ‘live’ TikTok. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.
Norlia Ghani Dapat Sejuta Tontonan Waktu Pertama Kali Buat ‘Live’ TikTok
Menariknya, siaran langsung pertama yang dilakukan oleh Norlia di TikTok mencatat tontonan yang luar biasa, iaitu sebanyak satu juta tontonan.
“Anak dan cucu saya yang ajar cara nak buat siaran langsung. Saya perhatikan bagaimana mereka lakukan dan dari situ saya belajar. Saya cuma berbual santai saja dengan peminat supaya hubungan lebih rapat. Generasi muda pun kenal saya sekarang,” katanya.
Tambah beliau, tujuan asal beliau bersiaran langsung bukanlah untuk meraih hadiah atau ‘gift’ daripada penonton kerana beliau sendiri tidak begitu arif tentang hal tersebut.
“Saya cuma buat sebab ramai yang kata lama tak nampak saya. Bila saya cuba buat siaran langsung kali pertama, tak sangka pula dapat sejuta tontonan,” katanya.
Norlia turut mengakui ada menerima ‘gift’ daripada penonton ketika bersiaran langsung, namun perkara itu bukan keutamaannya.
“Kalau orang nak bagi, saya terima dengan terbuka. Kalau tak ada pun tak mengapa. Saya pun tak ada jadual tetap, cuma kalau ada masa lapang, terutama ketika menunggu di lokasi penggambaran, saya akan buat siaran langsung sekejap. Bukan setiap hari pun,” ujarnya.
Selain itu, beliau juga menerima tawaran untuk membuat ulasan produk dan kini menjadi duta kepada jenama susu.
“Sekarang saya buat review produk untuk satu jenama susu sebab saya dilantik sebagai duta. Banyak juga produk lain yang ajak saya buat ulasan,” katanya lagi.
Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.
“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua-tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.
“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.
“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.
Isu abang bas ‘crush’ murid sekolah rendah, sebagai ibu Diana Danielle puas hati dengan tindakan polis. Hari ini heboh mengenai pemandu bas yang memuatnaik rakaman video penumpangnya yang dipercayai murid sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Sebelum ini juga telah tular di aplikasi TikTok seorang lelaki dipercayai pemandu bas sekolah menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai murid sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah Rendah
Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Terbaru pemandu bas yang memuatnaik rakaman video penumpangnya yang dipercayai murid sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’, direman lima hari bermula hari ini. Perintah reman itu dibenarkan Majistret Suhaila Safi’uddin, selepas ia dimohon di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi.
Pemandu bas berusia 24 tahun itu akan direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(a)(III) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak 2001. Suspek diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Batu Pahat.
Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis
Isu ini juga mendapat perhatian pelakon dan model Diana Danielle. Sebagai seorang ibu, Diana sangat berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap pemandu bas tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Diana menyatakan walaupun pemandu bas tersebut memberitahu sebenarnya murid perempuan itu merupakan anak buahnya namun pada masa ini keluarga rapat pun sebenarnya agak sukar untuk dipercayai.
“As a mom, saya puas hati dgn tindakan polis kali ni ttg isu pemandu bas yang sibuk record video pelajar yg dia suka sgt tu. Walaupun dia ckp itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok lately, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai.
“Banyak kes haruan makan anak. Apa Abang Bas tu ingat sebab tu anak buah dia, dia boleh sexually objectify and angle it as “purely content”?
“Too bad you didn’t have better content that you thought objectifying children was the best one.
“The bus driver apparently said in one of his lives defending his actions that the parents of these kids knew he makes content about them and are chill about it. Kalau betul parents anak-anak ni tak kisah pun, the law still exists.
“The law is there to protect children even from their own parents yang tak peka, tak faham atau yang memang tak kisah. You chose to create content that shows preditory tendencies towards children.
“No one can give you consent for doing that, not even their parents. There are laws protecting children against exactly this type of exploitative schemes and I AM THANKFUL they exist. He should never be allowed to work near children ever again,” kongsi Diana yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak.
Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kuih Bengkang Ubi banyak meninggalkan kenangan manis dan nostalgia buat sebahagian daripada golongan mak-mak.Jika dahulu, kuih ni lah yang paling mudah dibuat untuk hidangan minum petang, sarapan pagi mahupun waktu kenduri kendara. Memandangkan ubi kayu mudah didapati dan ditanam sekeliling rumah.
Tak sangka rupanya 4 bahan je diperlukan untuk buat kuih tradisonal Bengkang Ubi.Mak-mak boleh cuba perkongsian resipi daripada Zurinanuar Ina ini. Menurut beliau,kali pertama membuat kuih bengkang ubi ni, terus menjadi dan sedap rasanya.
“Sumpah sedap sangat bengkang ubi kayu nie baru siap makan panas-panas.Pertama kali sis buat nie menjadi seronoknya.Selalu suka makan ja.”
Resepi yang sangat mudah.
Bahan-Bahan:
4 cawan ubi yang telah diparut dan diperah airnya (simpan sagunya untuk dicampur dengan ubi)
2 1/2 cawan pati santan
1 1/2 cawan gula
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
Cara Membuat:
1.Semua bahan diatas digaul, rasa sehingga gula larut ye.
2.Kemudian loyang disapu marjerin sekelilingnya, tuang adunan kedalam loyang bakar suhu 200c selama satu jam setengah suhu atas bawah ok.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...