niat bertudung

Cukup bahagia bila membaca kisah penghijrahan Abby Abadi, daripada artis yang tidak memakai tudung sehingga dia mampu menutup aurat dengan sempurna. Malah lagi gembira melihat cara dia mendidik anaknya sehingga mampu menjadi anak soleh dan solehah.

Terbaru, Abby Abadi sendiri ada trowback kisahnya menerusi Instagram macam mana dia boleh menutup aurat dan begitu istiqamah melakukan perubahan dalam hidupnya. Jemput renungkan dan moga boleh menjadi inspirasi untuk kita semua dan kepada mereka yang masih belum menutup aurat dengan sempurna.

Throwback Umrah March/April 2012 ♥️

Google benda lain, jumpa artikel ni: Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang wanita beragama ISLAM.

“Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana ALLAH SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus bertudung.

“Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-NYA. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya,” kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah”

Ads

Nota:

Tergerak untuk mengerjakan Umrah yang pertama ni sebab kecewa dengan cinta manusia (bukan Oman) Dah tak tahu mana nak pergi masa tu, baru pandai cari ALLAH (padan muka). Syukur sangat-sangat ALLAH SWT terima saya sebagai hamba yang memerlukan DIA (nasib sempat) . ALLAH lalukan semua kesalahan2 Sy sewaktu disana. Allahu..tak terluah dgn kata2. Sblm balik, depan Kaabah, Sy minta peluang sekali lagi pada ALLAH, utk tebus segala kesalahan Saya dan Alhamdullillah, saya dapat rasakan ALLAH bagi ruang pada saya. Hidayah Petunjuk Milik ALLAH. Itulah hadiah dan peluang yang ternilai untuk saya.

Throwback Umrah March/April 2012 ♥️ . Google benda lain, jumpa artikel ni: Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sbg seorang wanita beragama ISLAM . “Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana ALLAH SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus bertudung . “Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-NYA. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya,” kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah” -blog apatah tadi ? . PS: Tergerak utk mengerjakan Umrah yg pertama ni sebab kecewa dgn cinta manusia (bukan Oman)…. ? dah tak tahu mana nk pergi masa tu, baru pandai cari ALLAH (padan muka). Syukur sangat2 ALLAH SWT terima Sy sbg hamba yg memerlukan DIA (nasib sempat ?) . ALLAH lalukan semua kesalahan2 Sy sewaktu disana. Allahu..tak terluah dgn kata2. Sblm balik, depan Kaabah, Sy minta peluang sekali lagi pada ALLAH, utk tebus segala kesalahan Sy & Alhamdullillah, Sy dpt rasakan ALLAH bagi ruang pada Sy. Hidayah Petunjuk Milik ALLAH. Itulah hadiah & peluang yg ternilai utk Sy ☺️ #HarapTerusKuat #TolongDoakanSy #JagaHakALLAH #Sebaiknya #JanganIkutSetan #Lawan ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

 

Ads

Throwback lagi…

Tak ingat ni gambar tahun bila, yang Saya ingat masa ni pakai tudung waktu shooting je. Suka pakai tudung bukan sbb ALLAH, tapi sebab rasa mcm cute bila pakai. Pastu pakaipun ikut suka, pakai ikut majlis, pakai bila rasa nak pakai. Pakai bila ada org meninggal. Cam apa je saya la tu dulu.

Kesilapan besar kalau begitu Sahabat, sebab bila kita beragama ISLAM, wajib faham yang wanita ISLAM yang sudah akil baligh wajib menutup aurat seluruh badan kecuali muka & tapak tangan. Tapi sakitnya Sy dulu, tahu dah tentang ini. Tahu tak pakai tudung berdosa, tapi nak pakai terus. Memang taklah! Sebab rasa cam hot sgt rambut mengerbang sana sini. Pergi saloon berjam-jam sebab nak blow rambut (lelaki pulak tu yang basuh & potongkan) Paling sakit, sibuk pagi petang siang mlm nak cantik-cantik, nak bersiap-siap, sampai tak heran pun nak solat sebab sayang ank padam make up. Kalau solat pun, tah iya ke tah tidak dulu. Kejap solat. Kejap tak. Perangai macam apa je, Aduhai. bertahun mcm tu. Bila teringat semula, malu dekat diri sendiri. Paling malu dengan ALLAH.

Ads

ALLAH SWT bagi pinjam macam-macam nikmat kt kita. Tapi solat taknak, tutup aurat taknak, tak sedar diri la tu. ALLAH cipta kita ni utk beramal ibadat pada DIA semata-mata. Dah bila kita tak taat pada DIA, tak solat, tak tutup aurat, tak jaga pergaulan dan sebagainya, Kita buat yang ditegah olehNYA, kita berpakaian menjolok mata, tertonjol tang sini, terdedah tang sana. Kita ikut siapa? FIKIRLAH SENDIRI YE.

Antara sebab saya disini… sebab nak share perkara-perkara macam ni la. Biar jadi peringatan bersama. ALLAH sedarkan saya supaya kembali pada DIA & Sy terpanggil untuk share pengalaman, sebarkan dan bagi peringatan tentang janji-janji ALLAH setiap hari disini, sebab dulu takde siapa ingatkan saya tentang semua ni. Saya letakkan diri saya bekerja dengan ALLAH sekarang ni. Kalau ada yang tak suka pun, tiada masalah pada saya kerana semua milik ALLAH. Ingatkan utk solat kerana ALLAH. Saya berusaha Sahabat nak tebus kesalahan-kesalahan dan saya tak nak ulang lagi kesalahan yang sama. Sy usahakan juga unuk sedarkan ahli keluarga saya, sahabat-sahabat lain juga supaya hidup dan mati kita biarlah semata kerna DIA. Dan bergantunglah hanya pada DIA. Solat jangan tinggal. Rugi mati tak solat.

Throwback lagi ? Tak ingat ni gambar tahun bila, yg Sy ingat masa ni pakai tudung waktu shooting je ? Suka pakai tudung bukan sbb ALLAH, tp sbb rasa mcm cute bila pakai haha ?Pastu pakaipun ikut suka, pakai ikut majlis, pakai bila rasa nak pakai. Pakai bila ada org meninggal. Cam apa je sy la tu dulu ? . Kesilapan besar kalau begitu Sahabat, sbb bila kita beragama ISLAM, wajib faham yg wanita ISLAM yg sudah akil baligh wajib menutup aurat seluruh badan kecuali muka & tapak tgn. Tapi sakitnya Sy dulu, tahu dah tentang ini. Tahu tak pakai tudung berdosa, tp nak pakai terus.. mmg taklah! Sbb rasa cam hot sgt rambut mengerbang sana sini. Pergi saloon berejam2 sbb nk blow rambut (lelaki pulak tu yg basuh & potongkan ?) Paling sakit, sibuk pagi petang siang mlm nak cantik2, nk bersiap2, sampai tak heran pun nak solat sbb sayang nk padam make up. Kalau solatpun, tah iya ke tah tidak dulu. Kejap solat. Kejap tak. Perangai macam apa je, Aduhai. bertahun mcm tu. Bila teringat semula, malu dekat diri sendiri. Paling malu dgn ALLAH ? . ALLAH SWT bagi pinjam macam2 nikmat kt kita. Tapi solat taknak, tutup aurat taknak, tak sedar diri la tu. ALLAH cipta kita ni utk beramal ibadat pada DIA semata2. Dah bila kita tak taat pd DIA, tak solat, tak tutup aurat, tak jaga pergaulan & sebagainya, Kita buat yg ditegah olehNYA, kita berpakaian menjolok mata, tertonjol tang sini, terdedah tang sana. Kita ikut siapa? FIKIRLAH SENDIRI YE ? . Antara sebab Sy disini.. sebab nk share perkara2 macam ni la. Biar jadi peringatan bersama. ALLAH sedarkan Sy supaya kembali pd DIA & Sy terpanggil utk share pengalaman, utk sebarkan & bagi peringatan tentang janji2 ALLAH setiap hari disini, sbb dulu takde siapa ingatkan Sy tentang semua ni ? Sy letakkan diri Sy bekerja dgn ALLAH skrg ni. Kalau ada yg tak suka pun, tida masalah pada Sy krn semua milik ALLAH. Ingatkan utk solat krn ALLAH. Sy berusaha Sahabat nk tebus kesalahan2 Sy & taknak ulang lagi kesalahan yg sama. Sy usahakan juga utk sedarkan ahli keluarga Sy, Sahabat2 lain juga supaya hidup & mati kita biarlah semata kerna DIA. & bergantunglah hanya pd DIA. Solat jgn tinggal. Rugi mati tak solat #NakKurus haha #JomHIJRAH #AbbyAbadi

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Nampak tak macam mana Allah mudahkan satu-satu apa yang Abby Abadi perlu, sebenarnya semua wanita mampu. Cuma nak atau tak nak sahaja, jika mahu mulakan… sila bergerak ke arah itu perlahan-lahan. Moga penghijrahan kita akan menjemput rezeki yang lebih berkat dan berganda!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI