Tak mudah jadi surirumah! Bila mak-mak lalui sendiri barulah tahu cabarannya, jangan perkecilkan mereka.
Sememangnya tidak semua wanita sanggup bergelar surirumah sepenuh masa, ada yang perlu bekerja dan ada pula wanita yang terpaksa melupakan cita-cita demi keluarga.
Tidak kiralah anda seorang surirumah atau wanita bekerjaya, mak-mak adalah di kalangan wanita kerana menghabiskan masa dan tenaga untuk menguruskan anak-anak dan keluarga.
Tak Mudah Jadi Surirumah!
Ikuti perkongsian Wawa Shauqi ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Betul ke jadi surirumah ni stres?
Jadi surirumah ke, ibu bekerja ke, ayah bekerja ke, masing-masing ada cabaran tersendiri.
Bagaimanapun, bila keluar data begini, dari study yang legit, pasti ada sebab di sebaliknya.
Nota ini adalah daripada nota Konvensyen Suri, 2 tahun lepas. Info ni dikongsi oleh psikologis Akif Basri.
Bila Lalui Sendiri Barulah Tahu Cabarannya
Antara Top 10 Penyebab Surirumah Lebih Stres adalah:
Menjalani rutin yang sama setiap hari
Tidak berpeluang bersosial dengan manusia lain
Terkurung di dalam rumah. Bayangkan bertahun-tahun dok pusing-pusing dalam rumah saja
Tidak mempunyai pendapatan untuk menyara kehendak
Kejaya surirumah menggunakan kekuatan fizikal, mental dan emosi secara serentak.
Tidak pernah cuti. Orang beraya pun cuti. Tapi surirumah bila raya lagi banyak kerja. Dahlah kerja tak bergaji.
Ads
Mengurus dan mengawal kerenah serta masalah anak-anak yang mencabar.
Tekanan masyarakat.
“Bazir sijil kau belajar tinggi-tinggi last-last dok dapur.”
“Dok rumah habiskan beras laki.”
“Korang ni golongan yang tak nak memajukan diri.”
Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.
Busy mind. Kepala sentiasa memproses pelbagai pemikiran. Antara tugas rumah, keperluan anak-anak, dan keperluan suami.
Jangan Perkecilkan Surirumah
Nombor 1 hingga 3 tu, ramai dah merasa waktu pandemik melanda dengan dahsyat 2 tahun ni kan!
Faktor yang menggandakan lagi stres ni bila :
– Bekerja sambilan dari rumah
– Anak masih kecil
– Juga anak rapat-rapat
– Anak istimewa
– Campur tangan mertua dan ahli keluarga (selalunya sebab tinggal sebumbung)
– Tiada sokongan dan bantuan dari pasangan
Ads
Surirumah Satu Kerja Mulia
Sesungguhnya, tak mudah jadi surirumah sebenarnya. Dah lalui sendiri, barulah tahu cabarannya.
Janganlah perkecilkan mereka ni.
Sesungguhnya kerjaya mereka ni mulia.
Siapa je sanggup sandang tugas macam-macam tapi tak diberi cuti dan tiada gaji?
Ada yang sanggup melupakan cita-cita dan kepuasan kerjaya, demi nak membesarkan anak-anak yang cukup kasih sayang dan penjagaan.
Hargailah mereka.
Sesekali, pegang bahu dan cakap kat mereka, “You are such a brave and strong for being a housewife.”
Itu pun sudah cukup beri mereka kekuatan.
Jom pakat beri kata-kata yang empowering buat golongan ini dan ibu-ibu lain yang sedang struggle.
Mingguan Wanita : Tidak kira siapalah mak-mak, surirumah atau wanita bekerjaya keduanya mempunyai peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Semoga semua wanita di luar sana terus kuat berdepan cabaran.
Semakin risau dengan aplikasi pelik-pelik yang muncul zaman sekarang, lagi kasihan yang terjebaknya wanita bertudung.
Mungkin anda punya pendapat yang berbeza, tetapi cuba renungkan sudut pandang daripada Ustaz Farid Rashidi ini. Agak-agak rasa betul ke tindakan kita publish video tergedik-gedik itu di media sosial?
Terjebak Dengan Aplikasi, Comel Tapi…
Sekumpulan lelaki sedang lepak-lepak di restoran. Sekejap mereka ketawa, sekejap senyum. Ralit memerhati telefon kawan mereka. Semuanya sedang fokus pada telefon bimbit yang satu itu.
Rupa-rupanya mereka sedang ketawa melihat aksi gadis melayu yang beraksi liar. Terkinja-kinja, tergedik-gedik bagai cacing terkena api. Semuanya dipertontonkan percuma di aplikasi Tik tok, Dubsmash, Bigo, IG Story, FB Story dll. Ya, secara percuma.
Aduhai. Malu hilang entah ke mana. Apalagi mahu memikirkan soal halal haram. Entah berapa juta mata lelaki melihat perlakuan itu.
Benarlah kata Ibnu Qayyim al-Jauziyah:
“Siapa yang tidak ada malu, maka tidak adalah baginya sedikit pun dari nilai insaniah itu melainkan hanya tinggal daging, darah serta tubuh fizikal mereka.”
[Kitab Miftah Daris Sa’adah – Kunci Kebahagiaan Dunia Akhirat]
Kerana itu bila manusia hilang malu, dia akan berbuat apa saja hatta perangai haiwan pun dia sanggup tiru. Malah lebih teruk daripada haiwan ternakan. Nauzubillahhi minzalik. ?♂️
Sebuah hadis menyebut:
عَنْ أَبيْ مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ: صلى الله عليه وسلّم (إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُولَى إِذا لَم تَستَحْيِ فاصْنَعْ مَا شِئْتَ) رَوَاهُ اْلبُخَارِيّ
Dari Abu Mas’ud ‘Uqbah bin ‘Amr Al Anshari Al Badri r.a dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
”Sesungguhnya termasuk perkara yang didapati oleh manusia dari perkataan nubuwwah (kenabian) yang pertama adalah jika engkau tidak malu maka berbuatlah sesukamu.”
[Hadis Riwayat al-Bukhari, no.6120]
Antara akhlak Rasulullah SAW yang terhebat, malunya Baginda SAW melebihi malunya seorang anak gadis.
Di dalam Kitab Syamail Muhammadiyah dalam bab Sifat Malu Rasulullah SAW ada hadis menyebutkan:
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di dalam biliknya. Jika beliau tidak senang kerana sesuatu, maka kami boleh mengetahuinya dari raut wajah beliau.”
[Hadis Riwayat at-Tirmizi, al-Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Abu Daud at-Thayalisi dan Ibnu Sa’d]
Marilah kita berpesan-pesan, ingat mengingati bersama. Sayang Rasulullah SAW kan?
Tolong beritahu anak gadismu (tak kiralah kalau mak-mak pun join sama, menari didapur sambil upload tik tok) tebalkan rasa malumu.
Andai hilang malu, menghilanglah segala maruahmu.
Dijemput share benda baik, ini tak perlu malu-malu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dari kaca mata isteri, suami lebih kasar bercakap berbanding dirinya. Namun kebiasaannya, suami tidak sedar yang kata-katanya kasar untuk dihadam oleh isteri. Sebenarnya, suami bercakap lebih didominasi oleh akal dan logik.
Sebab itulah, isteri yang fikirannya didominasi hati dan emosi amat mudah tersinggung dan sakit hati dengan kata-kata suami.
Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, menjelaskan “Lazimnya secara berpasangan, suami yang bercakap dengan cara lelaki akan membuatkan isteri mudah terasa hati. Sebaliknya, bila isteri bercakap cara wanita, suami mudah sakit kepala.
“Oleh itu berbalik kepada pesanan Rasulullah SAW, yang mengingatkan orang lelaki agar bercakap lemah lembut dan romantik dengan isterinya.
Suami Gunakan 5 Nada Ini Ketika Bercakap Dengan Isteri
1. Bercakap dengan emosi isteri, bukannya akal dan logik.
2. Biasakan guna kata-kata manis dan romantik, tetapi harus diingat jangan sesekali hipokrit.
3. Sentiasa hargai dan sebut kebaikan serta kelebihannya, insyallah lebih mudah bila kita perlu menegur kelemahannya.
4. Elakkan mempersendakan kelebihannya seperti kekuatan emosi dan spiritual, kecantikan dan sebagainya.
5. Elakkan kita nak menang dengan cara kita, atau pun mengharapkan isteri mengalah dengan kehendak kita. Tetapi dengan kita mengalah ikut kehendaknya, selepas itu mudah dia mengikuti kata-kata kita.
√ Kadangkala isteri akan salah faham bila lelaki bercakap dengan pertuturan yang biasa. Wanita rasa kasar dan sakit hati. Lebih parah isteri merasakan yang suami tak lagi menyayanginya. Sebabnya suami tak pandai menggunakan nada yang betul ketika bercakap dengan isteri.
√ Bukankah fikiran isteri didasari oleh emosi. Jauh beza dengan lelaki yang ikut logik. Jadinya, wanita tetap akan menghargai dan menghormati suaminya yang memahami cara percakapan wanita.
√ Walau bagaimanapun, isteri perlu juga belajar memahami fitrah suami. Sudah lumrah, suami memang sebegitu (bercakap kasar). Agar tidak menjeruk rasa dan terasa hati, belajarlah fahamkan fitrah lelaki yang akan bercakap dengan logik akalnya.
Penting Belajar Fitrah Pasangan
Tidak dinafikan kesannya memang mudah berlaku salah faham di kalangan suami dan isteri. Tidak hairanlah ramai pasangan bergaduh kerana salah faham dengan apa yang tidak dimaksudkan oleh pasangan.
Walhal tiada niatpun di hatinya mahu menyakitkan hati, atau pun memeningkan kepala pasangan.
Dengan kerjasama: Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Timbalan Dekan HEP, Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyakit Eczema seringkali menimpa kanak-kanak dan ia boleh berterusan sehingga meningkat dewasa. Sebenarnya menurut Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar, Eczema boleh dikawal jika mak ayah faham mengenai rawatan asas yang boleh dilakukan untuk penyakit ini.
Berikut merupakan antara penjelasan oleh beliau;
Soalan tentang ECZEMA memang paling kerap aku terima. Evergreen punya soalan. Sentiasa ada yang menyoal. So malam ni kita study sikit je asas tentang Eczema yang anda semua patut tahu ( yang Insya Allah akan membantu proses rawatan)
Eczema ni satu term yang sangat general. Ianya bawa maksud ruam kulit yang GATAL. ( ITCHY skin rash). Jadi kalau ada ruam yang TAK GATAL, 99.99% ianya bukan eczema. Eczema sebenarnya ada banyak kategori, contohnya contact dermatitis, nummular eczema, seborrhoeic dermatitis dan atopic dermatitis ( AD).
Eczema yang paling kerap orang tanya (dan ramai hidapi) ialah ATOPIC DERMATITIS ( AD).
Antara ciri simptom paling penting Atopic Dermatitis ( AD) ni ialah:
1. Ruam GATAL pada pelipat kulit. Contohnya belakang lutut, celah lipatan siku, sekeliling leher, celah kelengkang, lipatan breast.
2. Ada sejarah penyakit atopy yang lain seperti asthma & allergic rhinitis ( resdung). Untuk kes kanak kanak bawah 5 tahun, tengok sejarah keluarga terdekatnya ( parents, adik beradik)
*** Boleh baca tulisan ringkas aku tentang ATOPY disini:
3. Kebanyakkan masa kulit yang terlibat itu kering ( dry skin).
4. Onset nya ( mula kena ) pada usia yang awal, bawah 2 tahun selalunya. Dan ia boleh progress ( secara kronik on & off) hingga dewasa.
Kena faham, AD ialah satu penyakit yang kronik. Ada masa ia OK ( terkawal), ada masa ia menyerang ( relapse).
Kena faham asas rawatan ( Rawatan secara terperinci, itu kerja doktor). Bila faham asas rawatan, anda tak akan over treat / under treat. Bila faham asas rawatan, anda boleh kawal AD, Insya Allah.
Prinsip Asas Rawatan Atopic Dermatitis ( Eczema ):
1. Elakkan Alahan
Elakkan bahan / makanan yang menyebabkan tindak balas alahan ( avoid allergen). Ini mudah cakap, tapi payah nak buat. Selalunya tak tahu apa yang alah/ sensitif. Dah buat extensive skin test pun tak jumpa allergennya apa.
2. Kulit Mesti Cukup Air ( Well Hydrated )
Di sini lah penting nya MANDI & penggunaan emollients ( moisturizing agent)
Kena faham penting nya guna sapuan / krim pelembab sebab kulit eczema selalunya dry. Sapu setiap hari krim pelembab.
Bila mandi, mandi lama sikit supaya kulit lembab lepas di lap. Dan kena tahu cara yang betul nak apply krim pelembab. Ideally di sapu sejurus lepas mandi supaya tinggi kadar serapan nya.
3. Guna Krim / Sapuan Steroid
Kena faham tak boleh berterusan guna krim steroid. Selalunya dalam acute attack AD, sapu krim yang ada steroid tak lebih seminggu. Mula gunakan krim steroid yang paling lemah dulu (less potent)
4. Ubat Anti Histamin
Anti histamin ialah untuk kurangkan gatal. Contohnya Cetrizin / Zyrtec / Loratadine.
5. Penggunaan Antibiotik
Antibiotik perlu di sapu / atau makan, kalau AD di jangkiti bakteria. Antara ciri ciri AD di jangkiti ialah bila kulit mula merah teruk,berair, bernanah.
6. Steroid Pil
Untuk kes kes AD yang kronik atau relapse yang teruk, kita akan gunakan pil steroid utk merencatkan aktiviti relapse of AD tu dengan kadar segera.
Pastikan anda betul-betul faham prinsip no. 1 – no.4, maka Insya Allah boleh elakkan guna no. 5 dan/atau no. 6.
Untuk memahami dengan lanjut tentang jenis jenis krim….krim pelembab… dan krim steroid mana yang kuat ( potent), yg mana yang lemah ( less potent), aku ada tulis satu post tentangnya pada tahun lepas. Boleh baca kat sini:
Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang telah pulang ke ramahtullah malam tadi.Berita tersebut telah disampaikan...