Tak mampu lagi menggalas tanggungjawab, PM New Zealand Jacinda Ardern umum letak jawatan. Lebih 5 tahun memegang jawatan penting memimpin negara New Zealand, pemimpin kerajaan wanita termuda di dunia Jacinda Ardern ini akhirnya melepaskan jawatannya.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu pengumuman tergempar.Memetik laporan portal The Guardian, perkara mengejutkan itu diumumkan menerusi mesyuarat kaukus tahunan parti pada Khamis.
Jelasnya, pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern merasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu.
Ujarnya, jawatan yang disandangnya itu datang dengan tanggungjawab yang berat.
“Saya meletak jawatan kerana tugas ini memerlukan tanggungjawab, iaitu mengetahui adakah saya orang yang tepat untuk memimpin dan menyedari bila masanya untuk berundur.
“Saya tahu apa yang diperlukan dalam menggalas jawatan ini. Dan saya tahu saya tiada lagi keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Ia semudah itu,” ujarnya.
Susulan pengumuman itu Ardern menghubungi tunangnya Clarke Gayford bagi mengajaknya berkahwin.
“Mari kita berkahwin akhirnya,” tulisnya.
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu.
Sebelum ini beliau menjadi pemimpin kerajaan wanita termuda di dunia selepas dilantik sebaga Perdana Menteri pada 2017 pada usia 37 tahun.Pentadbirannya turut menyaksikan kepimpinannya semasa menempuh pandemik COVID-19, beberapa bencana dan tragedi besar seperti kejadian serangan masjid di Christchurch dan letusan gunung berapi White Island.
Untuk rekod, tempoh jawatan yang disandangnya itu akan berakhir selewat-lewatnya 7 Februari.
Mesti Baca:MP New Zealand Nak Bersalin, Sempat Kayuh Basikal Ke Hospital!
Baca Lagi Di Sini:Wanita Terlupa Bawa Dompet, PM New Zealand Tolong Bayarkan Barang Dapur
Artikel Menarik:Masih Terngiang-ngiang Suara Jemaah, Sebut ‘Allah.. Allah’ Hingga Nyawa Di Hujung Tenggorok
Mingguan Wanita: Sungguh tindakan yang terpuji apabila memilih untuk meletak jawatan dengan penuh bertanggungjawab apabila merasakan diri tidak lagi mampu menggalas amanah memimpin kerajaan. Bukan hanya tetap mengekalkan kuasa, walaupun diri tidak lagi berkelayakan.
Sumber: Astro Awani
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.