Tak Mampu Beri Duit Atau Hadiah, DOAKAN Orang Tua Cara Balas Kembali Jasanya

Share

Setiap anak ada cara tersendiri dalam membalas jasa orang tua. Ada yang beri duit atau hadiah pada orang tuanya setiap bulan atau hari-hari istimewa. Tanggapan dengan cara ini dapat membahagiakan orang tua yang banyak berkorban untuk kita.

Beri duit atau hadiah bukanlah ukuran dalam membahagiakan orang tua. Macam mana bagi anak-anak yang tidak mampu seperti anak-anak yang lain. Adakah dengan cara ini saja untuk membahagiakan mereka.

Sebenarnya, tanyalah mana-mana mak ayah, bukan beri duit atau hadiah yang diharapkan mereka untuk membalas kembali jasa mereka. Cukuplah dengan hanya doa dari seorang anak.

Tapi, berapa ramai yang berdoa untuk ibu bapa mereka. Seperti apa yang dikongsikan oleh Nur Atiqah Othman, doa untuk mak ayah inilah amalan yang dibawa apabila mereka meninggal duit.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Bagi Mak Ayah Tenang Ajar Anak Belajar, Bacalah Ayat Pertama Surah Al-Fath

Jangan Bandingkan Anak, Mungkin Yang Nakal, Lemah Itulah Jaga Mak Ayah Bila Tua

Info Lebih Menarik DI SINI

Beri Duit Atau Hadiah, Cara Balas Jasa Mak Ayah

Kita jarang berdoa untuk kebaikan-kebaikan ibu bapa kita. Sedangkan, mereka tidak pernah lupa untuk selalu mendoakan kebaikan-kebaikan untuk kita. Banyak doa di dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan:

1. “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua (ibu dan ayah), sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.Surah Al Isra 17:24.

2. Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku.
Surah Nuh 71:28.

3. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku!”. Ibrahim:41.

4. Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” Surah Nuh: 28.

Sewaktu mereka sudah tiada di dunia pula, kita sebagai anak-anak yang boleh membantu mereka di alam sana. Daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu berkata bahawa Rasulullah Sollahualaihi wasallam bersabda:

“Apabila seseorang meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di manfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya”. Riwayat Muslim.
Kawan, sebagai anak perlulah sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapa kita. Mereka berdua yang telah berusaha membesar, mendidik dan banyak berjasa dalam hidup kita.

Balaslah kembali jasa-jasa mereka walaupun hanya dengan doa-doa kerana doa anak yang soleh itulah hadiah yang diharapkan oleh kedua-dua orang tua kita.

Benarlah.

MW: Setiap kali selepas solat, sentiasa doakan untuk mak ayah selain doa untuk ita dan keluarga kita.

Sumber: Nur Atiqah Othman,
Rindu kenangan waktu kecil.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora