Tak malu kongsi kisah duka mencari cinta sejati, Zulin kini bahagia jodoh ketentuan Ilahi. Pelakon yang baru saja mendirikan rumah tangga, Zulin Aziz akui dirinya tidak pernah menutup pintu hatinya, apatah lagi mempersoalkan tentang ketentuan jodoh.
Pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz ini juga sentiasa bersikap positif malah gemar menyampaikan mesej agar wanita lain di luar sana tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan di media sosialnya.
Seperti mana yang diluahkan menerusi SinarPlus, Zulin yang juga isteri kepada Farhan Norzaini akui sebelum ini kurang bernasib baik dalam soal cinta.
“Saya akui sebelum ini kurang bernasib baik dalam soal cinta.
“Ada sahaja perkara yang tidak kena sehingga membawa kegagalan dalam percintaan.
“Bukan sekali, tetapi beberapa kali melalui pengalaman sebegitu.
“Bagaimanapun, saya tidak pernah serik dan sentiasa bersikap terbuka untuk menerima orang baharu kerana percaya Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik buat saya.
“Jadi tiada sebab untuk saya menutup pintu hati atau terlalu berasa kecewa dengan apa yang terjadi. Alhamdulillah, hari ini saya telah ditemukan jodoh dan pasangan yang menghargai saya seadanya,” ceritanya.
Pasangan mempelai yang bernikah pada 20.02.2022 itu juga mendapat restu peminat malah ramai yang tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi.
“Mungkin disebabkan sebelum ini saya kerap tampil dengan cerita putus cinta yang menyedihkan sehingga ramai peminat mengambil berat dan mengikuti perkembangan tersebut.
“Jadi apabila akhirnya saya bertemu jodoh, mereka turut berkongsi kegembiraan itu dengan mengirimkan mesej di laman sosial yang mengandungi kata-kata positif dan doakan yang terbaik buat saya.
“Tak sangka begitu ramai yang prihatin dan gembira untuk saya.
“Tidak kurang juga yang mengakui mendapat inspirasi daripada kisah saya, sekali gus memberi semangat kepada mereka terus melangkah dan tidak berputus asa meski apa pun yang dilalui dalam kehidupan,” sambungnya.
Menarik Disini : Zulin Aziz Nikah 20 Februari, Tunang Akui “Dialah Wanita Yang Saya Mahu Sehidup Semati”
“Tak puas tgk gambar wedding zulin. Berbunga hati ni. Sis teringat cerita zulin dulu-dulu, sis yang sebak. Tahniah again zulin. Moga allah bagi kekuatan untuk jaga kebahagiaan keluarga baru ni. We love you, we support you❤️” Ayraeryna.my
Mingguan Wanita: Semoga Zulin dan pasangan bahagia hingga ke jannah.
Sumber : SinarPlus
Sumber Foto : CST PRODUCTION & Instagram Zulin Aziz
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en Tik Tok : tiktok.com/@mingguanwanita
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura